fbpx

Sering Lapar Ketika Berpuasa? Tips Tanganinya Bersama Dr Izzat

Sering rasa lapar Ketika berpuasa? Rahsianya disini…

Alhamdulillah dah masuk minggu kedua bulan puasa. Harap semua masih berpuasa penuh yaa..

Ramai antara kita mungkin masih lagi kurang jelas tapi perubahan yang berlaku semasa bulan puasa sangat seiring dengan penambah baikkan tahap kesihatan sesiapa sahaja yang menjalankan ibadah ini dengan sempurna.

Antara cabaran semasa berpuasa yang adalah sering berasa lapar kemudian ada juga yang lesu serta gastrik. Okay untuk pertama adalah cepat lapar semasa berpuasa. Bagaimana membantu untuk mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa?

Berikut adalah antara beberapa tips yang boleh amalkan Insya Allah.

\"serat\"

1. Banyakkan pengambilan Serat ketika bersahur dan berbuka puasa. Glycemic index yang lebih rendah dalam Serat sangat baik untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

\"\"

2. Makan dalam keadaan tenang sama ada ketika berbuka ataupun bersahur. InshaaAllah apabila makan dalam keadaan tenang, kita akan ambil masa sedikit lama untuk habiskan makanan. Namun ia merupakan kaedah terbaik untuk tidak makan secara berlebihan.

Jika kita perhalusi bagaimana ia dikatakan tidak menyumbang kepada makan berlebihan adalah berbalik kepada hormon yang memberikan rasa kenyang itu sendiri yang dirembeskan lebih kurang 20 minit setelah kita mula makan.

\"\"

3. Ambil lemak sihat sebagai sumber tenaga yang lebih baik. Kita jelas kalori pengambilan lemak sihat lebih baik berbanding kalori daripada karbohidrat. Malah bukan itu sahaja, lemak sihat juga membantu penghasilan hormon yang memberikan rasa kenyang dengan mengurangkan triglycerides dalam tubuh.

Kenapa pengurangan triglycerides dalam tubuh penting? Ia akan menganggu dalam penghasilan hormon leptin jika kadar triglycerides tinggi. Contoh terbaik lemak sihat semestinya zaitun.

\"\"

4. Minum air dengan secukupnya. Rasa dahaga kadang-kadang di salah ertikan dengan rasa lapar. Insya Allah pengambilan air yang cukup semasa tidak berpuasa dapat mengekalkan hidrasi tubuh dan mengelakkan untuk rasa keinginan pada air ataupn keinginan menjamah.

\"kek

5. Elakkan pengambilan makanan yang manis ataupun makanan yang tinggi glycemic index. Sebagai contohnya kek, biskut dan air bikarbonat. Ini antara makanan-makanan yang sangat di gemari oleh sebahagian pihak.

Jelaslah yang berlaku apabila makanan yang tinggi glycemic index ini diambil samada ketika bersahur ataupun berbuka puasa, ia akan menyebabkan lebih cepat turun kadar glucose dalam darah disebabkan hormon insulin yang banyak dirembeskan sesuai dengan kadar glycemic index yang tinggi makanan itu. Akibatnya makanan ini walaupun tinggi kalori namun ia tidak kekal untuk memberikan sumber tenaga yang lebih berpanjangan.

\"makanan

6. Elakkan makanan yang tinggi triglycerides contohnya dari makanan proses ataupun makanan segera. Seperti yang dah dijelaskan tadi. Insya Allah apa apa sahaja kaedah yang membantu mengurangkan triglycerides dalam tubuh akan membantu proses pengeluaran hormon leptin yang memberikan rasa kenyang. Ini termasuklah pengambilan lemak sihat, bersenam dan amalan ibadah puasa itu sendiri yang jelas sangat baik untuk mengurangkan triglycerides.

Kuncinya di sini bukan pada kuantiti makanan yang masuk tapi pada jenis makanan makanan apa yang diambil dan bagaimana kita beradap dalam menjamah makanan.

Selamat meneruskan ibadah puasa. Mudah-mudahan puasa kali ini mengajar kita untuk menjadi lebih baik dalam pemilihan makanan yang sihat. Insya Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *