fbpx

Apakah Sendi Berbunyi Tanda Bahaya?

  1. Kita selalu mendengar sendi mengeluarkan bunyi “krek” ketika meluruskan sendi pada tubuh.
  2. Bunyi ini dalam bahasa perubatan dinamakan “crepitus”.
  3. Selalu terjadi bila kita melakukan :
    a. Meluruskan sendi-sendi jari.
    b. Meregangkan tubuh terutama bahagian pinggang.
    c. meluruskan sendi lutut bila kita berubah posisi duduk kepada posisi berdiri
    d. Menggerakkan bahu
    e. Memutarkan pergelangan tangan atau kaki.
    f. Menggerakkan kepala.
  4. Pergerakan ini mengeluarkan bunyi dengan lebih ketara apabila kita semakin meningkat umur.
  5. Jangan risau, ia adalah normal dan tidak berbahaya.
  6. Ia menjadi tidak normal dan merupakan tanda awal suatu penyakit bahaya bila ia mendatangkan rasa sakit atau ada bengkang pada sendi. Elok dapatkan pemeriksaan dan rawatan.
  7. Mengapa sendi kita berbunyi bila digerakkan? Terdapat beberapa teori yang cuba menerangkan:
    a. Berlakunya pengeluaran udara dari cairan dalam sendi.
    Cairan sinovial yang terdapat pada sendi mengandungi oksigen, nitrogen, dan karbon dioksida.
    Bila kita luruskan sendi, dan ia berbunyi “krek”, gas dilepaskan dari cairan dan membentuk gelembung pada sendi.
    Jika ingin mengulang bunyi yang sama lagi, kita harus menunggu beberapa saat hingga gas kembali masuk semula ke dalam cairan sinovial.

    b. Pergerakan sendi, tendon, dan ligamen.
    Ketika sendi diluruskan, posisi tendon bergeser keluar sedikit dari posisi asal. Bila tendon kembali semula ke posisi asal, ia mengeluarkan bunyi “krek”.
    Pada waktu yang sama, ligamen menjadi semakin menegang, terutama pada sendi lutut atau pergelangan kaki.
    Ia akan menghasilkan bunyi yang sama.

    c. Permukaan tulang rawan semakin kasar.
    Bagi wargamas, sendi dalam tubuh meteka akan lebih mudah mengeluarkan bunyi “krek”.
    Ini kerana permukaan sendi yang menjadi kasar akibat tulang rawan semakin menipis akibat kekurangan cairan sendi.
    Ini tidak normal dan perlukan rawatan.

  8. Terdapat beberapa keadaan di mana sendi berbunyi boleh mendatangkan rasa sakit dan ia adalah sesuatu yang serius.
    a. Arthritis (radang sendi) atau osteoarthritis.
    b. Kecederaan meniskus (cedera pada tulang rawan di sendi lutut).
    c. “Patellofemoral pain syndrome” atau rasa sakit pada tulang tempurung lutut.
  9. Biasanya ia tidak memerlukan rawatan tetapi boleh dikurangkan dengan menuam pek ais pada sendi tersebut. Rawatan perubatan hanya diberikan jika ia menyebabkan rasa sakit atau ada bengkakan pada sendi tersebut. Jadi dapatkan pemeriksaan doktor.
  10. Walau bagaimana pun amalan meluruskan sendi bagi mendatangkan bunyi \”krek\” tidak harus dilakukan dengan kerap atau terlalu kuat . Ini kerana ia boleh mencederakan tendon, ligamen dan tulang rawan dalam sendi tersebut. Apabila semakin berusia ia akan menyebabkan kedatangan masalah keradangan sendi dengan lebih cepat

Semoga bermanfaat.

Ambil minyak zaitun, minyak kelapa dara atau minyak ikan bersama vitamin E dan vitamin A bagi meredakan keradangan pada sendi. Boleh dapatkan TOCOTRIEONAL SOFTGEL OLIVE HOUSE.

Ambil sebiji atau dua biji (jika berat badan lelaki melebihi 80kg dan wanita melebihi 70kg). 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *