fbpx

Jenis Buah Zaitun yang Popular di Dunia!

Wah, banyak rupanya jenis-jenis zaitun yang ada ya di dunia ni? Kita bukan setakat ada jenis jenis minyak zaitun, kita juga ada pelbagai jenis buah zaitun.

Kalau kita perhatikan betul-betul, buah zaitun ni ada yang sudah masak dan ada yang tidak masak. Macam mana nak bezakannya?

Mudah sahaja.

Kalau muda, belum masak, dia warna hijau. Kalau buah muda minyak terhasil tinggi antioksidanya dan rasa sedikit pahit
Kalau sudah masak, dia warna gelap/hitam. Kalau buah masak minyak terhasil tinggi serat dan rasa lemak-lemak

Kita boleh bezakan zaitun yang sudah masak atau tidak berdasarkan warnanya dan sekarang ni, jom kita belajar jenis-jenis kultivar zaitun yang ada di dunia ini!

Picholine: Kultivar Picholine ini banyak ditanam di Selatan Perancis serta Morocco, dimana buahnya berwarna hijau dan mempunyai saiz sederhana dan bentuk memanjang. Buah jenis ini dimakan segar serta turut diproses, ia juga mempunyai rasa lembut dan rasa seperti kacang (nutty taste).

Kornoneiki: Kultivar Kornoneiki ini berasal dari Greece. Saiz buahnya kecil dan agak sukar untuk ditanam, namun ia digunakan secara eksklusif untuk pengeluaran minyak berkualiti tinggi.

Manzanillo: Kultivar Manzanillo ini berasal dari Sepanyol. Ia mempunyai saiz besar, berwarna ungu kehijauan dan berbentuk bulat oval. Isinya tebal dan kaya dengan zat dimana ia kini ditanam di kebanyakan negara lain.

Frantoio: Kultivar Frantoio ini berasal dari Itali, di mana ia menjadi bahan asas untuk industri minyak zaitun di negara tersebut. Kini varieti ini telah banyak ditanam di beberapa negara lain kerana ia mempunyai nilai yang tinggi serta rasa yang manis dan sedap.

Picholine Marocaine Olives: ada banyak di Morocco kerana ia bertahan dalam cuaca yang kering. Minyak zaitun dari Picholine Marocaine ini stabil dan sangat berkualiti tinggi

Menarik bukan? Zaitun memang kaya dengan komponen-komponen yang mampu membantu kesihatan kita dan jadi, marilah kita amalkan gaya hidup sihat dengan Olivie Plus 30X.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *