fbpx

Selamatkah Makan Madu?

Laporan Kosmo pada 15 Ogos 2016 yang bertajuk “Lambakan Madu Palsu, sintetik” dan “Kandungan Toksik Bawa Maut” pada 16 Ogos 2016 telah diambil maklum oleh pihak Kementerian Kesihatan. Kosmo telah menyatakan bahawa 80% madu yang dijual di pasaran adalah merupakan madu palsu kerana mengandungi kandungan hydroxymethyl fulfural (HMF) yang terlampau tinggi dan aktiviti enzim yang tidak mencapai standard antrabangsa yang telah ditetapkan.  

Jadi selamatkah makan madu?  

Jawapannya ya selamat asalkan ianya madu asli. Madu yang telah mendapat pengiktirafan AUTENTIK daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Skim Pensijilan Makanan AUTENTIK ini telah diperkenalkan oleh KKM pada 19 Januari 2016 bagi memastikan produk-produk makanan tersebut adalah tulen dan asli.  

Selain rasa yang sedap, madu asli juga mempunya banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan tubuh badan kita.  

Kajian dari Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis telah menunjukkan bahawa madu adalah pilihan karbohidrat yang terbaik untuk diambil sebelum bersenam. Ini kerana madu membekalkan tenaga kerana ianya mempunyai kompaun gula semula jadi, air, mineral, vitamin debunga dan protein.  

Madu juga adalah salah satu makan yang mampu untuk menolong kita mengurangkan berat badan. Berdasarkan pakar nutrisi Mike McInnes, madu akan membakar lemak badan.   

Madu asli ini mengandungi sukrosa rendah dan kombinasi fruktosa dan glukosa yang tinggi.   

Banyak lagi manfaatnya madu asli ini. Jadi pastikan tuan-tuan dan puan-puan diluar sana membeli madu yang ada label AUTENTIK daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan madu tersebut adalah tulen dan tidak bercampur dengan apa-apa komponen yang boleh memudaratkan kesihatan anda. Madu Pergunungan Kyrgyzstan Olive House adalah salah satu produk di Malaysia yang mendapat pelabelan Autentik dari KKM  

Jadi, beli yang ori, makan yang kualiti dengan Madu dari Pergunungan Kyrzstan dari Olive House!

Sumber:

Kenyataan Akhbar KPK 17 Ogos 2016 – Isu Penjualan Madu Palsu
80 peratus madu tiruan di pasaran

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *