fbpx

Madu Penawar Ikhtiar Penyakit 

Betulkan madu boleh jadi penawar kepada penyakit?  

Madu mampu mengurangkan keradangan kerana ia mempunya sifat antimikrob. Selain itu, pengambilan madu juga boleh membantu meningkatkan dan menguatkan imuniti badan dan boleh melawan jangkitan virus dan bakteria. Telah terbukti secara saintifiknya bahawa madu adalah makanan paling berkhasiat. 

Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis telah mendapat laporan kajian bahawa madu adalah pilihan karbohidrat yang terbaik untuk diambil sebelum bersenam kerana madu membekalkan tenaga. Ini kerana, madu mempunyai kompaun gula semulajadi, mineral, air, vitamin debunga dan protein. 

Bagi mereka yang mempunyai diabetes, boleh gantikan gula dengan madu sebagai alternatif kerana madu boleh membantu mengawal kadar gula dalam darah. Ini kerana madu mempunyai glukosa dan fruktosa yang boleh menggantikan gula biasa yang berbahaya. 

Selain itu, di dalam madu terdapat sejenis antioksida yang bernama flavonoids yang boleh membantu mengurangkan risiko masalah sakit jantung. Kandungan radikal bebas yang banyak dalam badan boleh mendatangkan penyakit dan salah satu cara melawan radikal bebas ini adalah dengan mengambil pemanakanan yang mempunyai antioksida yang tiggi. Seperti madu. 

Tetapi, pastikan anda dapatkan madu yang asli seperti Madu Daripada Pergunungan Kyrgyzstan dari Olive House. 

Ingat ya, beli yang ori, makan yang kualiti! 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *