fbpx

OLIVE HOUSE HQ

Madu Pembekal Tenaga

Terdapat banyak kajian yang telah mengatakan bahawa madu memberi banyak manfaat dan khasiat terhadap kesihatan disebabkan ianya mengandungi gula semulajadi, mineral, vitamin, protein dan air 

Madu juga diambil sebagai alternatif pemanis yang natural dan sejak beribu tahun dahulu ianya adalah makanan yang memberi sumber tenaga semulajadi yang penting. 

“Madu terdiri daripada karbohidrat unik yang mempunyak gula semulajadi, antioksidan, enzim, mineral, vitamin dan juga asid amino yang boleh menjadikannya sebagai snek petang yang semulajadi dan penuh dengan tenaga. Malahan, selama bertahun lamanya, para pakar diet suka juga mensyorkan para atlet untuk mengambil makanan atau snek yang mempunya madu asli sebelum melakukan sebarang senaman.” – Pakar Diet Berdaftar, Mitzi Dulan (National Honey Board) 

Madu juga boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan dan mudah untuk dijadikan sebagai snek harian, sama ada anda berada di rumah, sekolah, pejabat ataupun di gym. Jika anda mahukan bekalan tenaga semulajadi, anda boleh mengambilnya dengan makanan sihat yang lain sebagai ‘energy booster’.  

Jadi mari dapatkan madu asli; Madu daripada Pergunungan Kyrgyzstan yang mendapat pengiiktirafan AUTENTIK daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pembekal tenaga anda di www.aafiyatmall.com 

Ingat, beli yang ori, makan yang kualiti!