fbpx

Pengamalan Minyak Zaitun Extra Virgin Efek Jantung 

Tahukah anda pakar kardiologis juga menyarankan kita untuk mengamalkan minyak zaitun extra virgin dalam diet harian untuk kesihatan jantung kita?  Tapi, itukan minyak? Minyak mesti banyak lemak kan?  

Ramai yang masih menganggap bila sebut ‘minyak’ sahaja, adalah petanda tidak baik. Memang betul minyak zaitun extra virgin mempunyai lemak tetapi, ianya mempunyai kandungan lemak yang baik; yang mana bagus untuk tubuh badan kita. Lemak baik ini kaya dengan asid lemak tak tepu (terutama asid oleik) serta polifenol; sejenis mikronutrien yang terdapat secara semula jadi dalam tumbuhan. 

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa minyak zaitun extra virgin adalah minyak yang sangat bagus untuk kesihatan jantung kita. Jadi, mari kita tengok beberapa komponen utama yang menjadikan “minyak” yang ini sangat istimewa dan tak sama dengan minyak yang dipandang negatif tu. 

Pertama: Kaya dengan Hydroxytyrosol

Minyak zaitun extra virgin kaya dengan polifenol yang dipanggil Hydroxytyrosol. Apa itu Hydroxytyrosol? Hyroxytyrosol adalah salah satu antioksidan semulajadi yang sangat hebat dan bermanfaat tinggi kepada kesihatan, termasuklah sistem kardiovaskular dan penyakit-penyakit lain. 

Kedua: Mengandungi Oleocanthal

Polifenol yang digelar Oleocanthal. Ia adalah komponen yang penting dalam penentuan kualiti sesuatu minyak zaitun extra virgin tersebut. Komponen inilah yang menyebabkan minyak zaitun berasa pahit malahan sedikit ‘peppery’ setelah telan. Ia memberikan kebaikan terhadap kesihatan kita kerana ianya bersifat antioksida dan anti keradangan. 

Ketiga: Tinggi dengan vitamin E

Selain daripada itu, minyak zaitun juga mengandungi vitamin E. Fungsi vitamin E ini adalah untuk memastikan sel-sel badan tidak rosak. Pembentukan plak kolesterol dapat dielakkan dan kebolehan darah untuk membeku juga berkurang kerana vitamin E adalah sejenis vitamin yang larut lemak. 

Keempat: Mempunyai asid oleik

Seterusnya adalah asid oleik. Asid oleik mampu membuatkan seseorang individu itu berasa kenyang lebih lama dan kurang lapar, sekaligus membantu pengguna mendapatkan berat badan ideal. Pengambilan minyak zaitun extra virgin juga menunjukkan kesan positif terhadap mikrobiota usus dan kesihatan usus pada manusia sekaligus membantu untuk melancarkan proses pembuangan. 

Minyak zaitun adalah antara makanan utama dalam diet Mediterranean, dengan khasiat polifenol serta asid oleik, minyak zaitun extra virgin ini bukan sahaja mampu untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau pun sakit jantung, malahan ianya mampu  membantu menstabilkan tahap kolesterol dalam darah. Negara-negara Mediterranean telah menunjukkan kadar kematian paling rendah akibat penyakit jantung di seluruh dunia.  

Bahayanya kolesterol berlebihan dalam darah boleh menyebabkan arterisklerosis yang boleh menjadi pemicu penyakit jantung.  

Pengamalan memakan minyak zaitun extra virgin dalam diet harian adalah amat digalakkan untuk penjagaan kesihatan jantung kita. Jadi dapatkan minyak zaitun extra virgin yang asli; Olivie Plus 30X, diiktiraf ORGANIK daripada Kementerian Kesihatan Malaysia di  www.aafiyatmall.com  

Ingat ya, beli yang ori, makan yang kualiti! 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *