fbpx

Penat Diet tapi Berat Naik? Raja Segala Minyak Zaitun Solusinya!

Banyak kajian telah menyatakan bahawa pengamalan diet Mediterranean mampu membantu untuk mengurangkan berat badan yang memfokuskan kepada pengambilan minyak zaitun sebagai asas kepada pemakanan

Walaupun minyak zaitun digelar sebagai ‘minyak’. Akan tetapi, ianya tidaklah memberikan kesan yang buruk terhadap badan, kerana lemak yang dibawa oleh minyak zaitun ini adalah lemak yang sihat dan baik. Ianya kaya dengan antioksida yang mampu mengurangkan LDL dalam badan.

LDL ini dikenali sebagai kolesterol jahat kerana jika kadar LDL dalam badan tinggi, ia boleh menyebabkan pengumpulan plak-plak atau kolesterol dalam saluran darah. Manakala HDL pula akan membantu untuk membuang kolesterol-kolesterol yang telah berkumpul daripada badan.

Kadar HDL yang tinggi dan seimbang dalam badan adalah bagus untuk kesihatan. Minyak zaitun bertindak untuk membersihkan saluran darah daripada pengumpulan plag atau kolesterol sekaligus mengurangkan risiko-risiko penyakit kronik.

Bagi mereka yang mengamalkan diet IF (Intermittent Fasting) untuk menurunkan berat badan, pengambilan minyak zaitun sangatlah membantu dalam proses penurunan berat badan. Ia dapat membantu untuk mengawal dan menurunkan paras kolesterol jahat dalam darah, menstabilkan metabolisma badan dan juga membantu untuk mengawal nafsu makan dan tahan lapar lebih lama.

Selain daripada membantu mengurangkan lemak tidak sihat dalam badan, tahukah anda kadar sakit jantung terendah adalah dikalangan penduduk Mediterranean kerana pengamalan diet Mediterranean yang berpaksikan minyak zaitun dalam diet harian mereka.

Minyak zaitun boleh diambil dengan pelbagai cara, antaranya;

  1. ‘drizzle’ kannya atas salad atau sayur-sayuran yang telah dimasak
  2. Menjadikannya sebagai sos pencicah
  3. Sapukannya atas daging atau ikan bakar
  4. ‘drizzle’kannya atas pasta

Ada pelbagai cara untuk menurunkan berat badan dan salah satunya adalah dengan pengamalan minyak zaitun extra virgin, Olivie Plus 30X daripada Olive House yang mempunyai 30 kali ganda antioksida berbanding dengan minyak zaitun yang biasa dan mendapat pengiktirafan ORGANIK daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beli yang ori dan makan yang kualiti dengan Olivie Plus 30X daripada www.aafiyatmall.com.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *