fbpx

Tips Kekal Bertenaga Pada Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan semakin menghampiri kita. Walaupun berpuasa, tidak bermakna seseorang individu itu akan hanya duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Sudah pasti akan ada yang bekerja dan menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
Disini dikongsi beberapa tips untuk kekal bertenaga pada bulan Ramadhan.

Pengambilan Madu

Terdapat banyak kajian menyatakan bahawa madu adalah pembekal tenaga segera. Kajian daripada University of Memphis mengatakan bahawa madu adalah sumber karbohidrat yang terbaik dan digalakkan untuk mengambil madu sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman.
Para atlet juga disarankan untuk mengambil madu asli atau sebarang snek yang mengandungi madu asli sebelum melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.

Memakan kurma pada waktu sahur

Selain daripada madu, kurma juga mampu untuk membekalkan tenaga. Ini kerana, kurma juga adalah sumber karbohidrat. Selain daripada membekalkan tenaga, pengambilan kurma juga adalah bagus untuk ibu yang hamil untuk meningkatkan kualiti susu badan.

Pengamalan Minyak Zaitun

Terdapat kajian daripada Technische Universitat Muchen (TUM) dan Universiti Vienna yang mendapati bahawa minyak zaitun ini mampu untuk membantu mengawal rasa kenyang sekaligus mengelakkan seseorang individu itu daripada mengambil snek.

Dengan diet yang sihat, pengambilan makanan yang baik dan pengamalan ketiga-tiga makanan ini, seseorang individu itu mampu untuk membantu dirinya bertahan daripada rasa lapar dan kekal bertenaga sepanjang waktu berpuasa.

Oleh itu, mari realisasikan gaya hidup aafiyat dengan beli yang ori dan makan yang kualiti di www.aafiyatmall.com

    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *