fbpx

Isu pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal yang telah direhatkan beberapa hari lalu dari menjadi pengacara Program Salam Baitullah kini sudah selesai. Dikhabarkan masalah yang berlaku melibatkan pendakwah berkenaan sudah diselesaikan secara baik antara pihak RTM dan juga pihak Ustaz Don. 

Ustaz Don juga telah dipanggil untuk bertemu dengan pihak pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ianya telah berjalan dengan baik malah turut membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Langkah yang diambil oleh Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman yang merehatkan Ustaz Don pada 5 Jun lalu adalah kerana enggan mengelakkan perbalahan berpanjangan dalam kalangan netizen di medial sosial. 

BACA JUGA : Olive House Kekal Meraih Pensijilan Organik KKM: Jaminan Kesihatan Terunggul untuk Pengguna!

BACA JUGA : ‘Hari Diampunkan Dosa’ 7 Keistimewaan Hari Arafah

BACA JUGA :Minyak Zaitun Mesra Alam: Diiktiraf ‘Carbon Neutral’ Oleh VINCOTTE

Olive House sebagai penaja utama Salam Baitullah pada tahun ini, tetap akan terus menyokong dan menyambut baik apa-apa keputusan yang di buat oleh pihak RTM.

Agenda Olive House jelas untuk membantu masyarakat merealisasikan gaya hidup aafiyat dah salah satunya adalah dengan menaja program seumpama ini.

Walaupun terpalit dengan kontroversi ini, Olive House akan terus menyokong asatizah malah program Salam Baitullah ini turut membantu jemaah dan bakal jemaah mendapatkan perkongsian maklumat di Tanah suci. Olive House adalah jenama yang dipercayai dan produk utamanya iaitu Olivie sudah pun terjual lebih sejuta botol sepanjang dipasarkan. 

Jangan lupa kita terus tonton Program Salam Baitullah pada malam ini dan seterusnya kerana pelbagai topik yang menarik berkaitan kesihatan jemaah haji.