PENGIKTIRAFAN PENSIJILAN MAKANAN ORGANIK MALAYSIA
Aafiyat Marketing Sdn Bhd yang bergerak di atas jenama Olive House adalah satu daripada sembilan syarikat yang berjaya meraih Pensijilan Makanan Organik dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pensijilan berprestij ini diberikan kepada produk makanan terproses yang dihasilkan secara organik, tanpa bahan kimia sintetik. Ini adalah bukti nyata komitmen Olive House terhadap penjagaan kualiti produk dalam menjamin kesihatan yang terbaik kepada pengguna.
Lebih membanggakan lagi, daripada sembilan syarikat ini, hanya satu yang dimiliki oleh anak Melayu tempatan ataupun bumiputera. Kejayaan atau pengiktirafan ini patut dibanggakan kerana bukanlah mudah untuk memperolehi pensijilan tersebut terutamanya dalam industri makanan. Prosedur dan prosesnya yang jauh lebih kompleks berbanding mendapatkan pensijilan seperti HALAL Jakim, MeSTI dan MyFoodTag.
Skim Pensijilan Makanan Organik Malaysia ini adalah sebagai satu pengiktirafan yang diberikan kepada makanan organic tertentu yang telah memenuhi kriteria pensijilan makanan organik. Skim ini juga adalah untuk memastikan makanan organik yang dihasilkan adalah selamat dan integriti makanan organik dikekalkan di sepanjang rantaian makanan organik.
BACA JUGA : Hanya Dengan Vitamin E, Kulit Anda Cantik Sekelip Mata
BACA JUGA : Mudah Rasa Letih, Mata Kuning, Perut Buncit… Awas ! Ia Mungkin Hati Berlemak
BACA JUGA : Ekzema Sungguh Menyeksakan !
APA ITU MAKANAN ORGANIK?
Makanan organik adalah makanan yang dikembangkan atau dihasilkan secara alami, tanpa ubat-ubatan, hormon pertumbuhan, antibiotic, pewarna atau sebarang bahan kimia. Ia dihasilkan secara alami iaitu kembali kepada cara yang dilakukan nenek moyang kita dulu. Dalam penanaman pulak, produk yang disahkan organic juga tidak mengandungi racun perosak, perisa tiruan, pewarna dan pengawet. Oleh itu, makanan organik berupaya membantu mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia yang mengancam kesihatan. Dalam masa yang sama, Olive House tidak ketinggalan untuk turut memastikan rangkaian produk yang dipasarkan mendapat pengiktirafan tempatan walaupun rangkaian produk Olive House telah mendapat pengiktirafan organik dari Amerika dan juga Kesatuan Eropah.
Dengan pengiktirafan ini, ianya sekaligus dapat meningkatkan lagi kepercayaan pengguna terhadap produk-produk Olive House yang sangat berkualiti. Ia juga sebagai lambang kesungguhan Olive House dalam memastikan rangkaian produk yang dipasarkan benar-benar menepati kriteria semulajadi dan organic untuk manfaat pengguna.
Antara produk Olive House yang mendapat Pensijilan Makanan Organik Malaysia iaitu:
BACA JUGA : Pahitnya Minyak Zaitun Ini… Tak Boleh Telan La !
BACA JUGA : Gabungan Duo Baharu Menjanjikan Perubahan Kesihatan Anda
BACA JUGA : Fakta Minyak Zaitun Asli, Jangan Mudah Tertipu !