Kontroversi pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid, yang berlarutan dalam rancangan Salam Baitullah di Radio Televisyen Malaysia (RTM), sedang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak di media sosial, menimbulkan pelbagai spekulasi dan perbincangan yang tidak enak didengari.
Walaupun tiada rancangan untuk menarik diri, Olive House sebagai penaja utama selama lima tahun rancangan Salam Baitullah melahirkan rasa kesal atas apa yang berlaku. Agenda Olive House jelas untuk membantu masyarakat merealisasikan gaya hidup Aafiyat dan salah satunya adalah dengan menaja program seumpama ini. Program Salam Baitullah adalah satu rancangan ilmu yang menjadi panduan kepada umat Islam yang ingin melaksanakan haji dan mendapatkan informasi di Tanah Suci. Jadi, adalah wajar ilmu yang disalurkan itu benar dan tepat.
Perkara ini turut mendapat perhatian Dr. Maza dalam perkongsian beliau di media sosial.
BACA JUGA : Olive House Kekal Meraih Pensijilan Organik KKM: Jaminan Kesihatan Terunggul untuk Pengguna!
BACA JUGA : ‘Hari Diampunkan Dosa’ 7 Keistimewaan Hari Arafah
BACA JUGA :Minyak Zaitun Mesra Alam: Diiktiraf ‘Carbon Neutral’ Oleh VINCOTTE
Beliau menyatakan bahawa, “Oleh kerana RTM menjadi saluran rasmi kerajaan maka ilmu yang disalurkan melalui RTM hendaklah authentic. Maklumat yang tidak berasas, atau karut dan tersasar dari sumber ilmu yang boleh dipegang sebagai benar terutama yang berkaitan dengan agama hendaklah tidak disalurkan melalui media bertanggungjawab seperti RTM. Untuk itu, pengurusan penyiaran RTM hendaklah berada di bawah kepimpinan yang mementingkan soal kualiti pengisian. Saya memohon kepada pihak Kementerian Komunikasi melihat semula aspek ini dalam pengurusan media rasmi Kerajaan Madani yang ada.
Aziziyyah menuju Mina,
Hari Tarwiyah.
Kontroversi ini bermula apabila Ustaz Don Daniyal mengundang perhatian apabila dia membuat dakwaan bahawa Nabi Muhammad SAW melamar dan ditolak seorang wanita, Ummu Hani. Dakwaan tersebut menyaksikan dia direhatkan seketika oleh RTM daripada terlibat dalam program Salam Baitullah.
Namun, malam tadi dia membuat kemunculan semula di Salam Baitullah, tetapi sekali lagi menuai kecaman apabila membuat dakwaan yang diragui mengenai kelebihan memandang ulama mendapat pertikaian apabila berkongsi hadis yang mengatakan memandang pada wajah guru, lebih baik dari menyedekahkan 1,000 ekor kuda di jalan Allah.
Olive House berharap RTM dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku dan para asatizah wajar untuk lebih berhati-hati dalam menyampaikan ilmu. Semoga perkara sebegini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
BACA JUGA : Pahitnya Minyak Zaitun Ini… Tak Boleh Telan La !
BACA JUGA : Gabungan Duo Baharu Menjanjikan Perubahan Kesihatan Anda
BACA JUGA : Fakta Minyak Zaitun Asli, Jangan Mudah Tertipu !