fbpx

Ustaz Don sekali lagi mencetuskan kontroversi ketika dalam program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1 semalam. Baru saja muncul di kaca tv selepas direhatkan, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman beri bayangan kekecewaan ekoran tindakan pendakwah popular itu. 

“Bila bagi peluang, ‘consult authority’ dan ahli agama, ‘remind’ apa yang boleh cakap dan apa yang tak boleh, kenalah pandai ‘anticipate response from viewers’. “Wisdom kena ada, kawalan diri kena mantap. Don’t play victim. So sorry have to rest you. Maaf semua, hang in there team,” ciap Suhaimi di platform X, petang ini.

BACA JUGA : Olive House Kekal Meraih Pensijilan Organik KKM: Jaminan Kesihatan Terunggul untuk Pengguna!

BACA JUGA : ‘Hari Diampunkan Dosa’ 7 Keistimewaan Hari Arafah

BACA JUGA :Minyak Zaitun Mesra Alam: Diiktiraf ‘Carbon Neutral’ Oleh VINCOTTE

Program Salam Baitullah yang di siarkan di RTM berbaki lagi tiga hari dan tidak akan ada lagi penampilah Ustaz Don sebagai pengacara Salam Baitullah. Kenyataan Ustaz Don malam tadi tentang ‘memandang wajah guru, lebih baik dari sedekah 1,000 ekor kuda di jalan Allah’ menimbulkan banyak persoalan. 

Olive House sebagai penaja utama Salam Baitullah pada tahun ini, tetap akan terus menyokong dan menyambut baik apa-apa keputusan yang di buat oleh pihak RTM. Agenda Olive House jelas untuk membantu masyarakat merealisasikan gaya hidup aafiyat dah salah satunya adalah dengan menaja program seumpama ini.

Walaupun terpalit dengan kontroversi ini, Olive House akan terus menyokong asatizah malah program Salam Baitullah ini turut membantu jemaah dan bakal jemaah mendapatkan perkongsian maklumat di Tanah suci. Olive House adalah jenama yang dipercayai dan produk utamanya iaitu Olivie sudah pun terjual lebih sejuta botol sepanjang dipasarkan.

Jangan lupa kita terus tonton Program Salam Baitullah pada malam ini dan seterusnya kerana pelbagai topik yang menarik berkaitan kesihatan jemaah haji.