Daging sudah semestinya menjadi makanan kegemaran bagi rakyat Malaysia. Pelbagai resepi yang enak dan lazat boleh dibuat berasaskan daging ini. Daging sememangnya sedap tetapi hati-hati sekiranya makan secara berlebihan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Secara amnya, daging merah mengandungi pelbagai nutrisi termasuk protein, vitamin B-12 dan zat besi.
Protein yang terdapat padanya adalah sumber untuk membangunkan otot, tulang dan jaringan pada sistem badan manusia. Manakala B-12 dan zat besi berperanan untuk pembentukan sel darah merah. Namun perlu diingat, pengambilan daging merah secara berlebihan juga adalah salah satu faktor pelbagai penyakit kronik seperti masalah jantung kerana kandungan kalori dan lemaknya sangat tinggi.
BACA JUGA : Fakta Minyak Zaitun Asli, Jangan Mudah Tertipu !
BACA JUGA : Ekzema Sungguh Menyeksakan !
BACA JUGA : Minyak Zaitun Mesra Alam: Diiktiraf ‘Carbon Neutral’ Oleh VINCOTTE
Kesan Daging Berlebihan
Selain daripada itu, ada juga kesan-kesan lain yang mungkin sudah pun berlaku kepada kita semua namun disebabkan kurang kesedaran jadi kita mengambil keputusan untuk tidak kisah dan peduli. Antaranya :
1. Mudah berpeluh.
Peluh yang berlebihan adalah salah satu kesan akibat makan banyak daging merah kerana tubuh perlu mengerahkan tenaga untuk mencerna dan memproses makanan. Keadaan ini disebut sebagai thermogenesis yang boleh meningkatkan suhu tubuh dan kesannya, menyebabkan seseorang berpeluh dengan lebih banyak.
2. Mudah letih.
Semua tenaga yang diperlukan untuk mencerna makanan berat seperti daging merah boleh menyebabkan seseorang mudah penat dan berasa lelah.
Ketika tubuh cuba mencerna makanan, ia akan memindahkan aliran darah ke usus untuk membantu proses tersebut selain ke bahagian tubuh lain termasuk otak. Hal ini yang membuatkan seseorang mudah berasa pening selepas makan terlalu banyak daging merah.
BACA JUGA : Mudah Rasa Letih, Mata Kuning, Perut Buncit… Awas ! Ia Mungkin Hati Berlemak
BACA JUGA : Pahitnya Minyak Zaitun Ini… Tak Boleh Telan La !
BACA JUGA : Gabungan Duo Baharu Menjanjikan Perubahan Kesihatan Anda
3. Dehidrasi
Kesan sampingan lain adalah dehidrasi kerana proses pencernaan memerlukan lebih banyak air yang membuatkan seseorang mudah dahaga.
4. Bau badan
Makan terlalu banyak daging juga boleh menyebabkan bau badan seseorang menjadi lebih kuat. Menerusi sebuah kajian yang dihasilkan oleh Journal Chemical Senses, orang yang makan daging merah akan mengeluarkan bau badan yang kurang enak berbanding mereka yang tidak makan daging merah.
Sejumlah kajian menemukan hubungan rapat antara pengambilan daging merah dengan penyakit kanser dan kardiovaskular.
5. Risiko kanser dan penyakit kardiovaskular
Dalam kajian mendapati, tabiat makan daging merah akan meningkatkan risiko penyakit itu selain menyebabkan masalah pembuluh darah tersumbat.
Jadi, selepas makan daging yang banyak tu boleh kita sama-sama cuci semula perut dan usus kita dengan menggunakan Cuka Tin dan jangan lupa juga untuk amalkan setiap hari pengambilan Minyak Zaitun.
Jangan lupa untuk ikuti tips ini kalau nak cuci perut kita. Klik gambar di bawah…