Sudah menjadi juadah yang wajib apabila tibanya Hari Raya Aidiladha iatu makanan atau menu berasaskan daging akan dihidangkan. Gulai, rendang, sup, serunding serta macam-macam lagi menu daging yang sering disajikan di mana-mana rumah yang kita kunjungi.
Dalam kita tidak sedari, pengambilan sumber protein yang kaya dengan purine ini boleh menyebabkan tahap kolesterol meningkat. Jadi, ramailah mula risau paras kolesterol naik. Masa makan tak ingat dunia semua kita balun. Tak kira tua atau muda, mesti akan alami masalah ini.
Jadi ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk mengawal paras kolesterol antaranya :
1. Amalkan Minyak Zaitun.
Setiap hari kita boleh amalkan satu sudu minyak zaitun ketika perut kosong pada waktu pagi dan satu sudu lagi pada waktu malam sebelum kita tidur. Minyak Zaitun adalah lemak yang sihat dan ianya adalah lemak tak tepu. Minyak Zaitun ini sangat bagus diambil dalam diet seharian kita. Banyak kajian yang telah membuktikan bahawa minyak zaitun sangat bagus untuk kesihatan kita. Boleh dapatkan Olivie Plus 30x kerana antioksidannya 30 kali ganda lebih daripada minyak zaitun yang biasa.
BACA JUGA : Fakta Minyak Zaitun Asli, Jangan Mudah Tertipu !
BACA JUGA : Ekzema Sungguh Menyeksakan !
BACA JUGA : Minyak Zaitun Mesra Alam: Diiktiraf ‘Carbon Neutral’ Oleh VINCOTTE
2. Makanan Tinggi Fiber Larut Air.
Makanan kaya dengan sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan seperti buah tin, prune. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan untuk membantu menurunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air. Bila dah seharian kita makan bermacam-macam juadah dan eloklah kita Detoks pula perut dan usus kita dengan Cuka Tin. Muda saja, bancuh satu sudu cuka tin dalam satu gelas air kosong dan nak lagi sedap boleh juga campurkan dengan madu asli serta lemon.
3. Oat dan Barli.
Makan oat dan minum barli yang merupakan sumber tinggi beta-glukan. Bahan ini berupaya mengawal kemasukan kolestrol dalam darah.
BACA JUGA : Mudah Rasa Letih, Mata Kuning, Perut Buncit… Awas ! Ia Mungkin Hati Berlemak
BACA JUGA : Pahitnya Minyak Zaitun Ini… Tak Boleh Telan La !
BACA JUGA : Gabungan Duo Baharu Menjanjikan Perubahan Kesihatan Anda
5. Limau Kasturi Antikolesterol.
Minum jus oren, lemon atau limau kasturi kerana kaya bahan flavanone yang mana bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yang bertindak sebagai antikolesterol. Namun ada banyak lagi jus-jus yang boleh kita buat untuk mencuci perut kita buat setelah makan daging yang banyak.