Penaja Utama Salam Baitullah 5 Tahun Berturut
Olive House merupakan penaja utama Program Salam Baitullah pada tahun 2024. Siaran Salam Baitullah telah bersiaran pada 20 Jun hingga 2 Julai 2024 yang lalu. Pada tahun ini banyak kelainan yang diketengahkan antaranya adalah tahun ini Olive House juga merupakan Sahabat Korporat kepada Tabung Haji dan membawa influncer terkemuka tanah air iaitu Alif Satar sebagai duta rasmi Olive House.
Semasa program tersebut pelbagai promosi yang telah ditawarkan dengan menawarkan pelbagai kombo-kombo yang menarik seperti di bawah. Meskipun siaran telah pun tamat tetapi promosi tersebut masih lagi berjalan dan masih ada lagi kesempatan buat anda semua yang belum lagi dapatkan promosi Salam Baitullah. Bukan itu sahaja, pelbagai hadiah-hadiah yang Eksklusif ditawarkan seperti ‘Fridge Magnet’ yang terdapat dalam dua versi iaitu Makkah dan Madinah, T-Shirt Exclusive kolaborasi Alif Satar X Olive House dan juga canvas bag edisi terhad Salam Baitullah.
Promosi Salam Baitullah
Yang mana belum lagi Grab promosi Salam Baitullah dan dapatkan hadiah-hadiah Eksklusif PERCUMA di bawah:
Selain daripada promosi Olive House juga membuat contest ‘Share and Win’ semasa program tersebut berjalan. Hadiah yang ditawarkan adalah Pakej Umrah sebagai hadiah utama yang bakal diberikan kepada penonton yang bertuah. Contest masih lagi berlangsung untuk korang semua kerana masih lagi ada hadiah Android TV, Dinar Emas dan juga hadiah misteri untuk dimenangi.
Pemenang Hadiah Pakej Umrah
“Setiap tahun, tidak pernah terlepas untuk menonton program Salam Baitullah ini. Namun, pada tahun ini terdetik untuk menyertai kuiz dalam masa sama ingin menambah ilmu tetapi tidak menaruh harapan untuk memenangi hadiah tersebut,” ujar Puan Syarifah. “Sambil menanti untuk menonton ahli keluarga yang pergi menunaikan Haji pada tahun ini untuk muncul di dalam slot Dhuyufurrahman”. ‘First Time’ join contest dan alhamdulillah terus menang.
“Saya juga ada amalkan pengambilan Minyak Zaitun dalam hidupan seharian pada setiap pagi untuk manfaat kesihatan tubuh badan”, kata Encik Anuwar.
Atas nasihat doktor, saya disuruh untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil buah serta sayur-sayuran untuk mengekalkan kesihatan. Jadi, saya cuba untuk mengamalkan Minyak Zaitun Olivie Plus satu sudu setiap pagi sebelum sarapan. Alhamdulillah, saya rasa badan semakin sihat dan bertenaga. Beliau mengatakan bahawa dia hanya bertuah kerana sudah semestinya ramai yang sertai contest ini dan rezeki sudah tertulis untuk beliau.
Pemenang kedua yang bertuah memenangi pakej umrah penuh adalah Puan Nor’ Aziah Binti Jaapor berusia 58 tahun yang berasal dari Ipoh, Perak merupakan seorang pesara guru. Ucapan penuh rasa syukur yang dilontarkan kerana terpilih untuk memenangi pakej umrah dari peraduan Kuiz Terkumpul di sembang-sembang medsos semasa program Salam Baitullah.
Saya tidak percaya apabila mendapat panggilan dari Pihak Salam Baitullah yang mengatakan saya memenangi pakej umrah
“Saya berlumba-lumba untuk menjawab semua kuiz-kuiz yang terkumpul bersama-sama ahli keluarga saya dan alhamdulillah saya mendapat rezeki untuk memenangi hadiah pakej umrah,” ujar Puan Aziah dengan penuh rasa kegembiraan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang bertuah dan terpilih untuk memenangi pakej umrah penuh tajaan Olive House. Penyertaan daripada kuiz terkumpul sangatlah banyak dan buat mereka yang tidak berjaya masih lagi ada peluang kerana Contest ‘Share & Win yang masih lagi berlangsung. Hadiah Android TV dan Dinar Emas masih lagi menanti anda semua.