fbpx

Dah masuk bulan 7 ni, tapi korang nak kurus masih lagi samar-samar dan tak nampak jalan penyelesaian. Tips pun dah banyak ikut, jangan makan itu ini, macam-macam cara dah buat tapi tak berjaya juga. Anda pernah dengar tentang ‘Diet Keto’ ? Buat anda semua yang masih lagi tidak tahu tentang ‘Diet keto’, di sini ada penjelasannya. ketogenik adalah sejenis diet dengan pola makan rendah karbohidrat namun tinggi lemak dan mampu untuk menurunkan berat badan. 

Persoalannya, bagaimana cara memulakan diet keto? Jom terus baca artikel dengan lebih lanjut.

Diet Ketogenik

Sebelum tahu cara memulakan diet keto, fahami apa itu diet jenis ketogenik ini. Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, ketogenik adalah sejenis diet dengan pola makan rendah karbohidrat namun tinggi lemak. Adakah ia bagus untuk di amalkan? Itulah persoalannya. 

Untuk pengetahuan anda semua, ia memerlukan anda untuk mengurangkan pengambilan karbo dan menggantikan ia dengan lemak untuk menyeimbangkan sistem metabolisme. Proses yang dinamakan sebagai ketosis ini seterusnya akan dapat membantu anda membakar lemak menjadi tenaga sekali gus memberi sumber tenaga untuk fizikal dan mental.

Dalam pada itu, ia juga dipercayai mampu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah atau insulin serta meningkatkan tahap keton yang terbukti mempunyai banyak manfaat.

Betul Ka Boleh Bantu Untuk Kurus ? 

Ya, sebenarnya anda mungkin boleh menjadikan diet jenis ini sebagai salah satu cara untuk anda menurunkan berat badan serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit lain. Ini kerana ia dipercayai mampu untuk menyeimbangkan sistem metabolisme tubuh badan individu dengan proses ketosis yang mengurangkan karbo dan menambahkan lemak. 

Bukan itu sahaja, ia juga boleh buat anda kenyang lebih lama tanpa perlu fikir pengambilan kalori dan juga dapat mengurangkan tekanan darah distolik dan tahap trigliserida. Menurut kajian melibatkan 34 orang dewasa yang mengamalkan diet ini selama lebih kurang 8 minggu, mereka berjaya mengurangkan berat badan sehingga 5 kali ganda lebih banyak berbanding mereka yang mengamalkan diet rendah lemak biasa.

Tips “Beginner’ Untuk Memulakan Diet Keto

1.Hadkan Pengambilan Karbo

Pada permulaannya, anda hanya perlu ambil 20 ke 30 gram karbohidrat sehari dan tidak lebih. Disebabkan itu juga, anda perlu kenal apakah makanan yang mempunyai kandungan karbo yang tinggi. Ia bukan sahaja ada pada roti, biskut, pasta, gula-gula serta aiskrim sahaja tetapi makanan yang anda tidak sangka seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang juga mungkin tinggi dengan karbo.

2. Waspada Tahap Pengambilan Lemak 

Sebut sahaja lemak, ramai yang takut dan sudah semestinya mengatakan bahawa lemak lah yang menambah berat badan dan juga memberikan risiko penyakit kronik seperti masalah jantung. Sebenarnya, anda masih boleh dan mungkin perlu ambil lebih banyak lemak di dalam diet sebagai usaha menjayakan diet ini daripada jenis lemak sihat serta tidak tepu. Sebagai contohnya lemak sihat seperti Minyak Zaitun Olivie Plus 30x yang merupakan sumber lemak sihat dan boleh membantu orang dalam diet serta menurunkan berat badan. 

3. Jaga-Jaga Pengambilan Protein. 

Meskipun diet ini banyak berkisar tentang pengambilan karbo dan lemak sahaja, anda juga tidak boleh abaikan protein. Ini kerana ia juga penting untuk anda beri lebih perhatian. Pengambilan protein juga penting di mana ia perlu sederhana yakni tidak terlalu banyak atau sedikit kerana ia juga sumber glukosa yang boleh membantu proses ketosis tubuh badan anda. Oleh itu, sila pastikan anda masih ambil protein daripada sumber yang sihat seperti daging merah, daging putih atau suplemen tambahan pada kuantiti dan kualiti yang tepat.

4. Spray-Spray Sihat

Minyak Zaitun Extra Virgin Spray (EVOOS) ini sangat sesuai untuk korang yang ingin mengamalkan ‘Diet Keto’. Sangatlah mudah untuk digunakan kerana ia adalah dalam bentuk spray. Boleh di semburkan terus ke dalam mulut ataupun sembur pada makanan seperti salad sebagai ‘dressing’.

Keberkesanan diet jenis keto adalah lebih tinggi (hilang berat badan 8kg dalam 45 hari) kepada individu yang mengamalkan EVOOS yang bersifat antioksidan yang tinggi sebelum memulakan diet. Ini mungkin disebabkan oleh kehadiran sebatian bioaktif membawa kepada penyediaan metabolik yang menggalakkan untuk permulaan ketosis yang lebih berkesan.