fbpx

Ramai pejuang-pejuang kurus yang masih lagi struggle nak kurus tapi masih lagi tak boleh nak lawan dengan nafsu makan. Bila scroll sahaja social media keluar gambar makanan sedap-sedap, mana boleh tahan. Dalam otak dah nak diet tapi hati cakap nak makan. Jadi, harini ada sedikit tips untuk korang kawalkan nafsu makan dan yang paling penting adalah tips untuk mengelakkan rasa cepat lapar ketika berdiet. Buat korang yang inginkan bimbingan dan tips untuk kurus boleh sertai Webinar Kurus & Sihat secara PERCUMA

Tips Kurangkan Nafsu Makan Ketika Berdiet

Pertama, pastikan minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 2L sehari. Dengan minum air kita akan hilang rasa lapar dan hilang rasa pedih ulu hati yang menyebabkan kita rasa mahu makan.

Kedua, minum segelas air setiap dua jam Ini membantu kita untuk minum 2L setiap hari sebab ramai yang tidak cukup minum air kerana mereka lupa untuk berbuat demikian.

Ketiga, minum segelas air jika berasa lapar atau terasa hendak makan Kadang kala minda kita salah membaca mesej yang dihantar dan menyangka kita lapar, padahal kita harus sahaja. Tunggu sehingga 10 minit. Fokus untuk buat kerja. Jika selepas minum, rasa lapar dan keinginan untuk makan telah hilang, jangan layan nafsu kita.

Keempat, ambil minyak zaitun sekurang-kurangnya dua sudu besar setiap hari. Boleh tingkatkan pengambilan sebanyak empat dan enam sudu besar. Minyak zaitun akan mengurangkan rasa lapar dan memberikan tenaga yang lebih lama. Minyak Zaitun Olivie Plus kerana kandungan antioksidannya 30 kali ganda lebih tinggi minyak zaitun yang biasa. 

BACA JUGA : Power Up Kan Ingatan Anda

BACA JUGA : Ini Vitamin C Organik 

BACA JUGA : Bersihkan Usus Anda Dengan Cuka Tin

BACA JUGA : Nak Kurus Cepat ? Cuba Amal ‘Diet Keto’  

Kelima, kurangkan atau hentikan pengambilan karbohidrat ringkas dari 4P
-Semua produk tepung putih termasuk roti, biskut, mi, pasta, donat, kuih Melayu, keropok dan kerepek etc.
-Gantikan nasi putih dengan nasi beras perang atau nadi beras rebus
-Hentikan pengambilan gula putih, atau apa saja bentuk manisan berkalori. Jika perlu gantikan dengan Stevia atau Monk Fruit.
-Hentikan pengambilan susu haiwan ketika berdiet. Susu bukan setakat mengandungi protein dan kalsium, ia juga mengandungi gula (laktosa) yang tinggi.

Keenam, pastikan mengambil sayur-sayuran sekurang-kurangnya separuh pinggan, samada dalam bentuk tumis, rebus atau ulam. Paling kurang mesti ada timun, tomato dan lobak merah yang dimakan secara ulam.

Ketujuh, ambil buah-buahan sebelum kita makan. Antara yang dicadangkan adalah buah-buahan yang tidak manis dan tinggi serat seperti buah epal, buah pir, buah jambu batu, buah naga, buah avokado dan buah betik. Buah pisang mengandungi banyak fiber tetapi tinggi karbohidrat, jadi tak sesuai diambil jika sedang berdiet.

Kelapan, ambil minum seperti kopi dan teh kosong selepas makan Ini membantu kita mendapat kepuasan selepas makan.

Kesembilan, minum satu gelas air kosong yang dicampurkan dengan sesudu besar cuka teen Selain dari membantu kita mendapat kepuasan selepas makan, ia juga dapat mengurangkan dan memperlahankan penyerapan gula dalam darah.

Kesepuluh, elakkan makanan berproses kerana ia mengandungi banyak garam atau gula. Selain itu mengandungi pengawet, perasa dan pewarna. Tiada nutrisi di dalamnya. Ini menyebabkan kita rasa kerap lapar dan tidak puas makan.

BACA JUGA : Mana Ada Orang Makan Minyak Zaitun Dengan Benda Lain

BACA JUGA : Kempen ‘Anti Sawit’ Akan Gagal Kalau Kita Tahu Perkara Ini…

BACA JUGA : Mana Ada Orang Makan Minyak Zaitun Dengan Benda Lain

BACA JUGA : Kempen ‘Anti Sawit’ Akan Gagal Kalau Kita Tahu Perkara Ini…

Sebelas, cuba atur jadual makan. Pukul berapa kita mahu makan dan apa jenis makan yang perlu kita makan dan berapa banyak yang perlu diambil. Ini memudahkan kita membuat keputusan untuk memilih makanan. Jika tidak, di restoren kita akan makan mengikut selera lapar kita.

Kedua belas, dapatkan tidur secukupnya Ramai yang tidak cukup tidur akan makan banyak dan kemudian tidur. Tidak cukup tidur juga akan membuatkan hormon stress kita tinggi sehingga menyebabkan tahap gula dalam tubuh akan tinngi. Akhirnya gula yang tinggi ini menyebabkan kerintangan insulin.

Ketiga belas, lakukan aktiviti fizikal mengikut kemampuan dan stamina bagi mengurangkan kecederaan yang mungkin berlaku. Jika tidak mampu bermain bola, badminton atau berenang, banyakkan berjalan kaki. Luangkan masa 30 minit untuk berjalan kaki di taman, di padang atau di threadmill. Ini membantu kita rasa bersemangat dan bertenaga. Ia juga mengurangkan rasa lapar dan membantu kita tidur dengan mudah.

Keempat belas, kawal stress dengan baik. Kurangkan pengharapan dan expectation kita. Jangan bandingkan kita dengan keupayaan dan kelebihan orang lain. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Berlapang dada. Sabar, redha dan syukur selalu. Bila kita stress selalunya kita makan makanan berproses (tidak sihat) kerana kita mahu melupakan stress kita. Ini menyebabkan kita bertambah berat badan.

Kelima belas, ambil suplemen yang diperlukan seperti multivitamin dan mineral. Kedua-dua jenis suplemen ini akan meningkatkan metabolism dan membantu kita lebih rasa puas ketika makan. Jadi tiada rasa craving untuk makan kerap.

BACA JUGA : Mudah Rasa Letih, Mata Kuning, Perut Buncit… Awas ! Ia Mungkin Hati Berlemak

BACA JUGA : Mudah Rasa Letih, Mata Kuning, Perut Buncit… Awas ! Ia Mungkin Hati Berlemak

BACA JUGA : Jangan Termakan Dengan Propaganda Barat. Semuanya MITOS !

BACA JUGA : FAKTA Minyak Zaitun Asli, Jangan Mudah Tertipu !