fbpx
STPM

Lepasan STPM, Sambung Belajar Atau Kerja ?

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah diumumkan pada pagi tadi dan sudah pasti ianya sangat mendebarkan dan merisaukan para pelajar. Namun setiap antara kita dah usaha sehabis baik dan apa jua keputusan yang diterima haruslah bersyukur. Selepas menerima keputusan setiap orang pasti akan ada persoalan di minda iaitu nak sambung belajar ke peringkat seterusnya ataupun terus bekerja. Jadi, di sini akan dikongsikan beberapa halatuju kepada pelajar lepasan STPM. 

1.Sambung belajar atau kerja ?

Bagi mereka yang bertekad untuk menyambung pengajian di universiti, tiada ada apa perlu dirisaukan kerana matlamat itu jelas. Namun ada pelajar menyatakan niat untuk tidak melanjutkan pelajaran kerana mahu mencari pekerjaan terlebih dulu. Cuma apa yang perlu diperhalusi, jika anda menggunakan keputusan STPM, pekerjaan apakah yang bakal anda diperoleh?

Kebanyakan jawatan penolong pegawai untuk lepasan STPM sangat sedikit dan rata-rata ditawarkan perlu kepakaran sekurang-kurangnya di peringkat diploma. Sekiranya anda memilih menggunakan sijil SPM anda yang lalu, sudah pasti banyak jawatan kerajaan yang boleh dimohon. Namun, satu kerugian kerana membazir masa mengambil STPM selama setahun setengah.

2. Pasaran kerja dan siswazah menganggur 

Ramai pelajar risau apabila mendapati ramai lepasan universiti menganggur selepas menamatkan pengajian. Perkara utama yang perlu difikirkan setiap pelajar ialah jika memilih bidang pengajian harus memikirkan hala tuju selepas keluar dari universiti.

Anda perlu membina pelan kerjaya lima tahun akan datang dan membuat kajian berkenaan pekerjaan yang diminati selari dengan prospek masa depan dari segi gaji serta perkembangan kerjaya berdasarkan pengajian bidang yang bakal diambil. Namun dalam Revolusi Industri 4.0 akan datang, mentaliti pelajar yang menuntut di universiti untuk mendapat pekerjaan perlu diubah. Yakni menjadikan matlamat masuk universiti untuk bina kerjaya melalui kepakaran sendiri.

Anda perlu bersedia, bidang keusahawanan antara yang penting untuk membina kerjaya selepas belajar dan graduan universiti pula menyediakan jawatan kosong pada masyarakat. Usah khuatir, kebanyakan universiti awam juga menyediakan platform dan modul pengajaran terbaik bagi memastikan graduan yang dikeluarkan menjadi pilihan majikan. Cuma anda perlu bersedia untuk menyahut cabaran dan bermotivasi untuk melakukannya.

3. Minat dan personaliti 

Anda perlu mendalami personaliti dan kesesuaian diri dalam memilih program pengajian di universiti. Jika anda berminat untuk memasuki bidang bioteknologi, personaliti diperlukan adalah gemar menganalisis dan percambahan idea untuk melakukan inovasi sesuatu produk.

Perlu memikirkan keupayaan diri, ada pelajar suka belajar daripada aktiviti praktikal berbanding teori yang memerlukan bacaan. Bagi memastikan memahami apa dipelajari selama tempoh berada di universiti, teliti subjek yang akan dipelajari dengan mencari maklumat di laman web universiti berkenaan atau bertanya kepada rakan-rakan di bidang berkaitan.

Perkara ini perlu diambil perhatian dengan teliti kerana kegagalan berbuat demikian menyebabkan kurangnya motivasi untuk belajar. Jika keliru dengan pilihan, anda boleh berjumpa dan menghubungi kaunselor kerjaya di sekolah dan institut pengajian tinggi berkenaan kerana mereka menyediakan ujian minat kerjaya yang boleh membantu.

4. Tekanan kerisauan

Perkara paling utama dalam membuat pemilihan program pengajian adalah tidak terpengaruh dengan tekanan rakan sebaya yang membawa pada bidang sama. Situasi ini berlaku kepada pelajar yang mempunyai rasa rendah diri untuk berdikari ketika di universiti. Anda harus meluaskan zon keselesaan dan membawa orang baru ke dalam dunia anda untuk menjadi rakan ketika berada di universiti.

Ahli keluarga juga serba sedikit akan mempengaruhi pilihan anda untuk memasuki universiti atau bekerja. Sesetengah ahli keluarga mempunyai kepercayaan dan kefahaman tertentu untuk keputusan anda hingga boleh mengganggu emosi. Anda perlu meyakinkan ahli keluarga berkenaan perancangan kehidupan masa hadapan secara jelas dan realistik.

5. Kerisauan

Sesetengah pelajar mungkin berasa risau kerana tiada pengalaman ahli keluarga yang pernah masuk universiti sebelum ini. Mereka beranggapan kehidupan di universiti banyak memerlukan perbelanjaan. Kebanyakan universiti awam di Malaysia mempu­nyai saluran bantuan kebajikan yang boleh membantu pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga berpendapatan rendah.

Sesetengah universiti menawarkan pelbagai biasiswa yang tidak perlu dibayar selepas pengajian dengan syarat mampu mendapat keputusan cemerlang. Beberapa agensi pinjaman pendidikan menawarkan pertukaran pinjaman kepada biasiswa sekiranya memperoleh kepujian kelas pertama.

BACA JUGA : Nak Kurus Cepat ? Cuba Amal ‘Diet Keto’  

BACA JUGA : Kempen ‘Anti Sawit’ Akan Gagal Kalau Kita Tahu Perkara Ini…

BACA JUGA : Bersihkan Usus Anda Dengan Cuka Tin