fbpx

Semua sudah sedia maklum yang aktiviti bersenam sangatlah memberikan faedah yang banyak kepada tubuh badan kita. Bukan sahaja dapat menurunkan berat badan namun bersukan atau bersenam dapat menghilangkan stress, menyihatkan tubuh badan dan juga memberikan mood yang baharu. Sehinggakan banyak remaja kita sudah menjadikan aktiviti bersukan sebagai salah satu cara ‘healing’ mereka. Akan tetapi untuk kekalkan konsisten bersenam kita perlukan motivasi yang tinggi dan kena ada mindset yang betul juga. 

Justeru, ramai yang tidak boleh menjadikan bersukan atau bersenam itu sebagai aktiviti harian yang wajib adalah kerana kurangnya motivasi. Jadi, ikut cara di bawah jikalau anda ingin jadikan senaman sebagai tabiat yang kekal dalam hidup anda. 

1.Mulakan dengan langkah kecil dan kekalkan momentum 

Mungkin sudah ada di antara kita yang telah tetapkan matlamat bersenam dalam diri masing-masing. Sebagai contoh, anda semua tetapkan untuk cukup larian sejauh 10 km untuk setiap minggu ataupun ada yang sudah tetapkan yang setiap hari mesti buat aktiviti yang mengeluarkan peluh lebih kurang 30 minit. Sebenarnya, cara tersebut adalah sangat bagus tapi jika kita lihat semua adakah kita ikut apa yang kita telah tetapkan ?

Pada akhirnya, ia akan menyebabkan anda menjadi malas dan kemudia putus asa dengan mudah. Jadi, sepatutnya kita perlulah menetapkan sesuatu target atau matlamat senaman yang mudah dan anda yakin untuk dapat mencapainya. Bak kata pepatah jikalau tidak pecahkan ruyungnya manakan pulak dapat sagunya. Jadi, begitulah dengan kita, kalau tidak bermula dengan sesuatu perkara yang kecil kemudia sudah menjadi kebiasaan, barulah tambahkan lagi kepada yang lebih sukar dan mencabar. 

2. Cipta pencetus automatik 

Pencetus adalah satu kunci penting untuk berjaya jika kita nak bina satu rutin senaman. Secara mudahnya, pencetus adalah peringatan kepada kita contohnya tetapkan waktu, masa ataupun isyarat yang dapat mencetuskan reaksi automatik. Sebagai contoh apabila tiba masa untuk anda bersukan atau bersenam ‘alarm’ anda akan berbunyi untuk menandakan waktu untuk bersenam telah sampai. Jadi, lama kelamaan ia akan menjadi rutin harian anda sehinggakan anda tidak terlupa. 

3. Beri ganjaran pada diri

Apabila seseorang mula bersenam, secara tidak langsung dia bakal mendapatkan manfaat seperti menjadi lebih bertenaga dan mendapat tidur yang baik. Kualiti hidup individu terbabit juga akan turut meningkat. Akan tetpi hasilnya akan dilihat sekiranya kita konsisten dan menjadikan ianya adalah sebuah rutin.

Walaubagaimanapun, hasilnya hanya dapat dilihat selepas beberapa tempoh yang lama. Jadi, terdapat kebarangkalian untuk anda hilang motivasi di pertengahan jalan. Untuk mengelakkan ianya berlaku, apabila anda memulakan sesuatu program senaman, tetapkan ganjaran yang akan anda peroleh sekiranya matlamat kecil anda tercapai. Pilih sesuatu yang anda suka dan ingin dapatkan, tapi jangan lakukannya sebelum anda selesai melakukan rutin senaman.

Ianya boleh menjadi sekecil-kecil dan semudah mungkin. Contoh membelikan secawan kopi atau teh, pergi makan makanan kegemaran anda sebagai reward. Jadi, barulah kita semangat untuk lakukan senaman pada masa akan datang. 

4. ‘Join’ Komuniti 

Selalunya bila kita ada teman ataupun kumpulan untuk melakukan aktiviti, ianya akan menambah semangat kepada kita. Jikalau kita melakukan secara berseorangan, kita akan cepat rasa bosan dan jemu, lama kelamaan kita tiada motivasi untuk meneruskan lagi.