fbpx
Jumaat, 26 Julai – Kedah Darul Aman FC telah mengumumkan barisan penaja mereka untuk musim 2024/2025 dalam sebuah sidang media khas yang diadakan di Alor Setar pada Jumaat.
 
Sidang media yang dihadiri oleh pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Daud Bakar dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC, Shahrul Samsudin, mereka telah mengumumkan hampir 30 penaja yang kini bersama dengan skuad Sang Kenari.
 
BACA JUGA : 7 Makanan Yang Mengurangkan Kolesterol
 
Dalam majlis yang serba ringkas itu, KDA FC dengan bangganya mengumumkan Aafiyat Holdings Sdn Bhd menerusi jenama Olive House sebagai Rakan Kongsi Strategik bagi musim ketiga berturut-turut.
Bagi pihak Aafiyat, ia telah diwakili oleh Ketua Pegawai Pemasaran Aafiyat Holdings Sdn Bhd, Puan Rusyidah binti Yahya dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat (C-CASE) Encik Mohd Ayub bin Mohamud Muhsin. Kerjasama antara Pihak Olive House dan KDA FC adalah salah satu usaha untuk memberikan kesedaran serta merealisasikan gaya hidup Aafiyat kepada masyarakat.
 
Hal ini kerana gaya hidup Aafiyat bukan sahaja menerapkan pengamalan aktiviti fizikal semata-mata namun ianya haruslah di selarikan dengan pengamalan makanan yang bernutrisi tinggi dalam kehidupan seharian.
Sehingga kini, Olive House komited untuk terus menyebarluaskan pengamalan produk bernutrisi tinggi yang terbukti keberkesanannya melalui kajian saintifik seperti Minyak Zaitun Ekstra Virgin Olivie Plus dan Vitamin E Tocotrienols.
Meskipun penaja utama kepada Kelab Sang Kenari tersebut masih lagi belum dapat diputuskan lagi, kami (Olive House) tetap bersemangat tinggi dan aktif dalam mendukung ke arah kemajuan sukan no 1 di Malaysia ini.
 
Selaku pengeluar produk-produk bernutrisi tinggi seperti Minyak Zaitun, Minyak Habbbatus Sauda dan sebagainya, Olive House juga ingin membantu dalam penjagaan kesihatan dengan membawa kempen “Khasiat Berganda, Semangat Bertenaga” bukan sahaja kepada masyarakat sahaja tetapi ia juga difokuskan para pemain serta seluruh pasukan KDA FC demi meningkatkan tenaga dan kecergasan mereka.
Diharap kerjasama ini dapat disambut baik dan sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat pasukan KDA FC dari segi mental mahupun fizikal serta kesihatan semua pihak