Memang terdapat pelbagai jenis minyak zaitun dalam pasaran seperti yang kelihatan di pasaraya. Tak lupa juga pelbagai pendapat dan kenyataan yang digunakan oleh orang “marketing” dalam menonjolkan bahawa sesuatu minyak zaitun itu adalah terbaik. Jadilah pengguna yang bijak dalam membuat penilaian sebelum membeli.
Berbalik kepada tujuan kita mengamalkan minyak zaitun iaitu untuk kesihatan, sudah tentulah kandungan khasiat dan kualitinya menjadi ukuran utama. Pembungkusan dan keasidan bukanlah satu-satunya sandaran kerana ianya boleh direka dan diubah.
Tentang botol gelap ataupun botol cerah, ianya bukan penentu kualiti dan keaslian. Untuk pengetahuan semua, minyak zaitun extra virgin sensitif kepada pendedahan cahaya dan haba dalam jangka masa panjang. Jadi melalui botol gelap atau botol cerah yang disimpan dalam kotak, kedua-dua kaedah ini mampu menghalang pendedahan kepada cahaya dalam menjaga kualiti minyak zaitun.
Yang harus kita utamakan adalah kandungan khasiatnya dan kesahihan sumber minyak dari pengusaha yang telus. Dalam minyak zaitun terdapat antioksidan yang bernama hydroxytyrosol. Ianya adalah satu-satunya antioksidan yang terdapat dalam zaitun dan tidak mampu dihasilkan oleh mana-mana formulasi kimia. Setakat ini belum ada teknologi berjaya menciplak komposisi hydroxytyrosol ini.
BACA JUGA : Ambil Minyak Zaitun Sebelum Tidur Dapat Bantu Kurangkan Keradangan
BACA JUGA : Jangan Terlebih Sehingga Memudaratkan Diri
BACA JUGA : Tips Kekal Bertenaga Ketika Bersukan
Ianya adalah minyak zaitun extra virgin yang dihasilkan oleh pengeluar berpengalaman lebih 125 tahun. Mereka mempunyai ladang, kilang dan mesin tuaian sendiri dalam menghasilkan minyak zaitun berkualiti tinggi dan telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan antarabangsa seperti:
Pensijilan terbaru Olivie Plus 30x adalah mendapat Pensijilan Makanan Organik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
BACA JUGA : Minyak Zaitun Pilihan Orang Ramai
BACA JUGA : Power Up Kan Ingatan Anda
Ujian makmal yang dijalankan terhadap Olivie Plus 30x mendapati ianya mengandungi 30 kali ganda lebih antioksidan (hydroxytyrosol) berbanding minyak zaitun extra virgin biasa. Perbandingan telah dijalankan melibatkan 22 sample dari 4 buah negara Mediterranian yang lain dan mendapati ianya adalah yang tertinggi dari segi khasiatnya.