fbpx

Kebaikan Berlari

BERLARI, aktiviti menyihatkan mudah dan boleh diamalkan sesiapa saja bertujuan mengeluarkan toksin melalui kaedah perpeluhan. Aktiviti kecergasan secara konsisten berupaya meningkatkan metabolisma badan, merancakkan proses mengepam oksigen terus ke paru-paru dan melancarkan peredaran darah dalam sistem badan.

Individu yang sering bersenam memperoleh kebaikan seperti memiliki wajah berseri, tubuh badan sihat, proaktif bekerja, fokus dan produktiviti meningkat ketika berada di tempat kerja. Namun, menurut laman sesawang Fit Malaysia, www.fit.my, kebanyakan orang salah faham dan akan melakukan tiga kesilapan besar ketika menjalani kecergasan utama.

Antaranya, berlari untuk mengurangkan berat badan bukannya untuk tujuan kecergasan dan membakar kalori; tidak menjaga makan selepas bersenam sedangkan pengambilan nutrien sesuai penting bagi membantu proses kecergasan dan pembinaan otot. Kesalahan lain ialah bersenam secara tidak sistematik tanpa mendapat panduan daripada pakar. Senaman yang tidak berkualiti memenatkan dan memperlahankan proses pembinaan otot. Badan tidak mempunyai masa untuk pulih. “Bersenam setiap hari tidak bermakna anda cergas dan kuat. Apa yang lebih penting adalah senaman yang berkualiti,” katanya.

Tahukah anda, hampir 3.6 juta penduduk negara ini adalah penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol yang boleh mengakibatkan penyakit jantung. Tetapi, ada berita baik! Anda boleh mencegah penyakit-penyakit ini dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang bernutrisi tinggi. 

Larian santai ataupun briskwalk akan membuatkan jantung anda bekerja lebih kuat kerana permintaan oksigen lebih tinggi semasa bersenam. Ini akan menjadikan jantung lebih sihat. Namun sudah menjadi ‘trend’ pada masa kini ramai yang gemar unt uk menyertai event larian sama ada ianya adalah kategori ‘funrun’ ataupun marathon. Ianya adalah satu initiatif yang bagus kerana ia akan menambahkan lebih semangat kita untuk bergiat aktif dan mengeluarkan peluh. 

Namun, ada juga yang sibuk seharian bekerja dan tidak ada masa untuk menyertai event larian tersebut. Ada juga antarfa kita yang mengatakan mereka segan untuk menyertai event tersebut kerana takut dipandang remeh mungkin berbadan agak sedikit besar ataupun mereka berlari tidaklah pantas seperti orang lain. Jadi, mereka pun berhasrat untuk tidak menyertai mana-mana event. 

Jadi, korang yang ada masalah seperti di atas yang segan nak sertai mana-mana event larian dek kerana risau diejek ataupun malu. Anda semua perlu tetapkan pendirian diri sendiri dan tanamkan azam serta letakkan mindset yang kita lari untuk kita bukan orang lain. Kita lari kita yang akan dapat sihat bukannya mereka. Untuk yang baru sahaja nak berjinak-jinak dalam sukan larian dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk sertai event secara fizikal. Boleh juga untuk sertai event larian tersebut secara virtual. 

Olivie Virtual Run – 2 Million Steps 

Olive House menganjurkan Program Olivie Virtual Run 2024 – 2 Million Steps sebagai satu seruan kepada semua rakyat Malaysia untuk kekal sihat dengan melakukan aktiviti fizikal. Bayangkan semangat dan keseronokan apabila anda menyertai ribuan peserta lain dari seluruh negara, semuanya bersatu untuk mencapai 2 juta langkah (bersamaan 1524 KM)!

Terbuka kepada semua warga Malaysia, larian ini dilakukan secara “virtual”. Tak perlu risau tentang masa atau tempat – anda boleh lari di mana-mana dan bila-bila masa yang sesuai dengan anda! Ini yang bestnya, kita boleh lari pada waktu dan tempat yang kita sesuai. Yang lagi menariknya kali ini kita juga akan dapat rasai suasana sama seperti event fizikal kerana kita juga akan dapat Event T-Shirt dan juga medal finisher bersama. Bukan itu sahaja, Kita juga akan berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah ketika kita sertai event ini. 

Untuk para runners, jangan risau kerana ada hadiah yang special untuk runners semua iaitu hadiah bagi kategori catatan jarak  yang paling jauh. Jadi boleh la ajak kawan-kawan untuk bersaing sama-sama dalam merebut tempat jarak paling jauh ini. 

Kalau berani sahut cabaran untuk 2 juta langkah dan sayang jantung anda jom kita klik link ini untuk mendaftar 

Pendaftaran di sini 

Pendaftaran di sini 

Pendaftaran di sini