fbpx

Kesihatan otak adalah sangat penting tidak mengira usia. Semakin berusia, fungsi dan kesihatan otak semakin menurun. Otak manusia adalah sangat penting dan bertidak sebagai pusat kawalan arahan mengawal pelbagai proses penting badan seperti berfikir, pembelajaran, memori, pergerakan, emosi dan mengatur deria pendengaran, bau dan penglihatan. Mengekalkan otak yang sihat sangat penting untuk kehidupan gembira dan aman. 

Terdapat pelbagai penyakit yang boleh mengganggu fungsi otak seperti angin ahmar, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, jangkitan pada otak (meningitis), trauma, penyakit mental (tekanan perasaan, skizophrenia, psikosis) serta pengambilan minuman keras dan dadah terlarang. Kesan setiap penyakit berbeza kepada setiap individu bergantung kepada bahagian otak yang terganggu. 

Apabila seseorang itu menghidapi penyakit nyanyuk atau dementia, saiz otak mengecut separuh dari saiz normal. Penyakit Alzheimer adalah penyakit nyanyuk lazim menyebabkan kemerosotan fungsi kognitif. Ia juga menganggu domain otak lain menyebabkan kemerosotan fizikal, gangguan percakapan, keseimbangan badan semasa berjalan, emosi dan kebolehan melakukan aktiviti harian.

Pernah tak kita terfikir, kenapa ada slogan yang sering kita dengar dan sudah sebati dalam masyarakat kita iaitu “Badan cergas, otak cerdas”? Haa, rupanya ada sebab yang solid di sebalik slogan tu. Senaman ni bukan setakat buat kita rasa fit je, tapi boleh juga memanjangkan umur.
Tahu tak yang gaya hidup sedentari ni, yang suka duduk diam tak buat apa-apa especially bila umur makin berusia boleh pendekkan jangka hayat? Kajian sains ada buktikan yang senaman ni mampu buat badan dan otak kita menjadi 10 tahun lebih muda.
 
 
𝟏. 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐚𝐚𝐧 𝐎𝐭𝐚𝐤
Anda tahu tak, senaman boleh bantu elak penyakit Alzheimer? Ada kajian dari jurnal perubatan ‘America Academy of Neurology’ mengatakan orang yang tak bersenam akan alami kemerosotan fungsi otak lebih cepat. Tapi warga emas yang aktif bersenam, daya ingatan mereka tak je kekal, malah makin tajam.
University of Miami pun membuktikan senaman yang teratur boleh pastikan kebolehan kognitif kita kekal lama. Tak kira umur berapa, senaman boleh bantu jaga otak anda supaya sentiasa fresh.
Senaman ternyata boleh tingkatkan peredaran darah ke otak, bantu tumbuhnya salur darah baru, dan protein BDNF yang ada dalam otak kita tu boleh bantu jaga sel otak daripada rosak. Ini yang buatkan ingatan lebih tajam, dan kita pun senang tangkap benda baru.
 
𝟐. 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐛𝐮𝐡 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧
Kajian dari Universiti Birmingham mengatakan bahawa jika anda bersenam secara konsisten dari muda sampai laa ke tua, anda sebenarnya tengah lawan penuaan. Kajian tu bandingkan dua kumpulan warga emas, satu kumpulan rajin bersenam, satu lagi tak aktif dan tak bersenam
Hasilnya? Yang rajin bersenam tu nampak lebih sihat, awet muda. Berbanding dengan yang tak aktif, mereka ada masalah kolesterol tinggi, otot dan imuniti pon semakin lemah.
 
 
𝟑. 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐨𝐤
Kalau anda ingat senaman ni just untuk elak penyakit je, anda salah. Senaman juga penting untuk seseorang tu sembuh selepas sakit. Ada kajian baru-baru ni libatkan 300 percubaan klinikal yang membuktikan pesakit strok yang bersenam pulih dengan lebih cepat.
Dr. Robert Sallis, dari Pusat Perubatan Kaiser Permanente Fontana di California, dah lama bagi ‘preskripsi’ senaman kepada pesakitnya. Katanya, sejak awal 1990-an lagi beliau percaya senaman boleh kurangkan keperluan ubat. Kalau pesakitnya mula bersenam, walaupun hanya berjalan, beliau nampak perubahan besar dalam tahap kemurungan, mood, dan tenaga pesakit.
Jadi, yang mana malas-malas bersenam tu, admin sarankan anda rajin-rajinkan diri ye kalau taknak cepat menua.

Menurut Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (2016), diramalkan terdapat kira-kira 50,000 orang di Malaysia yang menghidap penyakit ini. Anggaran bilangan orang tua yang menghidap penyakit ini di seluruh dunia dijangka berganda untuk setiap 20 tahun.

“Apa gunanya tubuh yang sihat, duit yang banyak sekiranya kita kehilangan ingatan terhadap Pencipta, pasangan dan keluarga?”

Bayangkan ibu atau bapa kita masih hidup tetapi tidak mengenali kita dan ahli keluarga. Ia seakan bertemu dengan yang mempunyai pertalian darah, ada memori bersama- sama menjalani kehidupan sejak kita lahir dulu tapi semuanya hilang begitu saja.

Kajian menunjukkan Hydroxytyrosol dalam Minyak Zaitun #rajasegalaminyakzaitun mampu menyokong fungsi neuron otak².

Bahkan, hasil kajian di Universiti Tsukuba Jepun jelas membuktikan peranan Ekstrak Pokok Zaitun Olivie Power Up dalam mencegah penyakit Alzheimer, meningkatkan daya ingatan dan kesan anti-penuaan kognitif³.

BACA JUGA : Minyak Zaitun Pilihan Orang Ramai

BACA JUGA : Mana Ada Orang Makan Minyak Zaitun Dengan Benda Lain

BACA JUGA : Nak Kurus Cepat ? Cuba Amal ‘Diet Keto’