fbpx

Serangan jantung adalah satu perkara yang tidak asing lagi. Serangan terhadap jantung ini boleh berlaku pada bila-bila masa di mana jua. Apa yang mengerikan adalah serangan jantung ini boleh membawa maut. Fakta membimbangkan apabila penyakit berkaitan jantung di Malaysia meningkat saban tahun sekali gus menjadi penyebab utama kematian rakyat di negara ini sejak tahun 1999. Dalam tempoh itu, penyakit jantung iskemik merekodkan kes kematian tertinggi diikuti infarksi miokardium akut (serangan jantung). Statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia 2023 menunjukkan penyakit jantung iskemik menjadi penyebab utama kematian di Malaysia pada tahun 2022 dengan merekodkan 20,322 kematian atau 16.1 peratus daripada 126,268 kematian disahkan secara perubatan.

Penyakit jantung iskemik disebabkan oleh salur darah tersumbat sehingga lebih 70 peratus dan tidak mampu untuk menyalurkan darah ke jantung seperti diperlukan. Penyebab kematian utama mengikut jantina pula menunjukkan lelaki mendominasi iaitu 22,981 (18.2 peratus) dan manakala wanita disebabkan oleh radang paru-paru (pneumonia). Kumpulan umur paling ramai meninggal dunia kerana penyakit jantung iskemik ialah antara 41 hingga 59 tahun yang merekodkan 25,254 (20 peratus) dan 21,087 (16.7 peratus) berusia 60 tahun ke atas. Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya menjelaskan sejak dua dekad lalu, beban penyakit berkaitan jantung merekodkan peningkatan daripada 11.6 peratus pada tahun 2000 kepada 17.0 peratus pada 2020.

Disebabkan penyakit jantung merupakan sesuatu yang lazim di Malaysia, pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah penyebab penyakit jantung? Ada banyak sebab yang mendorong kepada sakit jantung seperti hipertensi, obesiti, kolestrol tinggi, diabetes, tidak aktif dan juga diet tidak sihat.

Apakah punca serangan jantung?

Dalam kaji selidik Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi pada tahun 2011, kira-kira 70 peratus daripada rakyat Malaysia mengalami tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan kolesterol tinggimenurut Yayasan Jantung Malaysia (YJM).

Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia berkata, faktor-faktor penyumbang kepada risiko penyakit jantung ialah:

  • Tekanan ataupun stress terutama yang berkaitan dengan kerja
  • Tekanan darah tinggi
  • Pengambilan alkohol berlebihan
  • Traffik jam
  • Keradangan saluran darah
  • Penggunaan dan pendedahan kepada tembakai
  • Kurangnya aktiviti fizikal
  • Tabiat makan yang tidak sihat, seperti minum minuman ringan dan makan makanan segera

Jantung merupakan organ penting yang berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh. Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, obesiti serta hipertensi merupakan faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung. Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi membolehkan jantung berfungsi dengan efisien agar kekal sihat sehingga ke akhir hayat.

Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ – Sahabat Jantung Anda

Amalan pengambilan minyak zaitun oleh orang Yunani sejak beribu tahun lalu menarik para pengkaji untuk mendalami kajian kesan pengambilan minyak zaitun terhadap kesihatan tubuh badan. Apa yang mengejutkan adalah kajian menunjukkan bahawa orang Yunani, kebanyakan mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding penduduk negara lain walaupun mengamalkan pemakanan ‘high-fat diet’ tetapi berasaskan minyak zaitun sebagai lemak utama.Negara lain yang juga mengamalkan ‘high-fat diet’ tetapi berasaskan lemak daripada haiwan pula didapati peratusan penduduknya mempunyai kadar penyakit jantung adalah lebih tinggi. Penemuan itu mendorong populariti dan kemasyuran diet Mediterranean menfokuskan kepada pengambilan minyak zaitun sejak ribuan tahun lagi di seluruh dunia.
 

Mengapa Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ sangat baik untuk Jantung?

Sebagai komponen utama diet Mediterranean, berdasarkan amalan sejak beribu tahun lagi, kajian telah dilaksanakan secara meluas kepada minyak zaitun dan terbukti mempunyai banyak manfaat kepada kardiovaskular atau kesihatan jantung secara umumnya. Berikut adalah beberapa sebab mengapa minyak zaitun dianggap sangat baik untuk penyakit jantung :

1. Lemak Sihat

Minyak zaitun kaya dengan ‘Monounsaturated Fat’ atau lemak monotaktepu terutamanya asid oleik, yang diketahui mempunyai kesan positif ke atas paras kolesterol. Lemak monotaktepu ini boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol jahat LDL dan meningkatkan tahap kolesterol yang baik HDL menggalakkan kesihatan jantung.

2. Tinggi Antioksidan

Minyak zaitun mengandungi pelbagai antioksidan, seperti polifenol dan vitamin E, yang dikaitkan dengan mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif dalam badan. Keradangan kronik dan tekanan oksidatif boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit jantung.

3. Mengurangkan Pembekuan darah

Minyak zaitun mempunyai komponen oleuropein dan hydroxytyrosol dimana ianya terbukti menghalang pengagregatan platelet, dengan itu mengurangkan risiko pembekuan yang tidak normal. Platelet adalah sel darah yang terlibat dalam pembekuan, dan pengagregatan platelet yang berlebihan boleh menyebabkan pembentukan bekuan darah. Minyak zaitun juga mengandungi asid oleik, yang juga merupakan asid lemak omega-9 sangat baik untuk kardiovaskular dan jantung, termasuk pengurangan risiko pembentukan bekuan darah. Ia juga boleh membantu meningkatkan aliran darah dan menghalang pengagregatan platelet.