OLIVE HOUSE PENAJA MAHA 2024
Syukur Alhamdulillah dengan izin-Nya pada tahun ini Olive House merupakan penaja untuk MAHA 2024. Setiap 2 tahun, MAHA atau Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia adalah pameran terbesar yang menampilkan kemajuan dalam sektor pertanian dan agro pelancongan Malaysia.
Pada tahun ini MAHA 2024 akan menyambut penganjuran program ini yang ke-100 tahun sejak penganjurannya yang pertama pada tahun 1992. MAHA 2024 kali ini datang dengan pelbagai kelainan serta bertemakan, “Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan”.
Olive House sudah masuk kali ke-4 menyertai program anjuran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan iaitu MAHA. Pada tahun ini, Olive House merupakan penaja untuk MAHA dan menjadikan penajaan yang kali ke-2 daripada Olive House dalam program MAHA ini.
Tidak cukup dengan itu, Olive House akan menyediakan 6 booth sepanjang 11 hari program bermula 11 – 22 September 2024 di MAEPS Serdang. Olive House tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil peluang ini dalam mengetengahkan produk-produk kesihatan yang berkualiti serta bernutrisi tinggi kepada semua pengunjung dari seluruh Malaysia.
Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan MAHA 2024 dan temui team kami di 6 Booth Olive House (017, 018, 019, 046, 055, 056) untuk mendapatkan promosi khas sempena MAHA 2024 dan pelbagai aktiviti yang menarik bakal diadakan di sana.
TIPS PENTING SEBELUM PERGI MAHA
1 Pilih kasut sukan atau sandal yang selesa
2 Sediakan payung sebelum hujan atau topi
3 Bawa tisu basah untuk langkah kecemasan
4 Bawa telekung sendiri bagi pengunjung wanita
5 Bawa botol air untuk elak dehidrasi
6 Pastikan anak-anak anda berada dalam kawalan anda
7 Jangan lepaskan peluang untuk uji rasa produk kesihatan di Pavilion Olive House
8 Paling penting bawa duit dan dapatkan promosi khas dari Olive House