fbpx

Tips Penjagaan Jantung Kita

Jantung adalah organ terpenting yang menghidupkan semua sistem biologi dalam tubuh. Malah organ penting ini akan terus berdenyut untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Penyakit jantung tidak terhad hanya pada orang tua sahaja, bahkan orang muda juga boleh terkena serangan penyakit jantung jika tidak menjaga kesihatan jantung dengan baik

Terdapat beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk kesihatan jantung anda.

  1. Aktif Secara Fizikal

Senaman boleh membantu menguatkan jantung supaya jantung anda boleh mengepam darah dengan lebih lancar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki secara konsisten setiap hari juga boleh membantu.

  1. Ambil makanan yang sihat atau seimbang

Diet harian sangatlah penting dalam penjagaan jantung. Mengambil daging merah secara berlebihan boleh membawa kearah penyakit kardiovaskular dan hendaklah diambil dengan sederhana. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan dan serat kerana ianya bagus untuk jantung anda.

 

Mengapa Minyak Zaitun baik untuk jantung 

1. Minyak Zaitun Tinggi Antioksida

Selain itu, minyak zaitun juga amat tinggi kandungan hydroxytyrosol yang merupakan antioksida yang paling berkuasa untuk kesihatan kardiovaskular. Hal ini kerana, ia dapat menghalang pengoksidaan dalam tubuh yang menyumbang kepada pemendakan kolesterol dalam saluran darah.

Jika pengoksidaan tersebut tidak dihalang, saluran darah atau arteri pasti akan tersumbat dan oksigen tidak dapat dibawa ke jantung seterusnya boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular atau serangan jantung.

Kandungan antioksida ini juga bertindak dengan berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada tubuh seseorang selain menghalang pengaktifan gen dalam DNA yang menyebabkan keradangan.

 

2. Minyak Zaitun Bersifat Anti-keradangan

Di samping itu, minyak zaitun juga bersifat anti-keradangan yang membantu mencegah penyakit-penyakit kronik yang terjadi akibat keradangan dalam tubuh. Penyakit tersebut termasuklah sakit jantung, diabetes, dan pelbagai lagi.

Pengambilan minyak zaitun tentunya berupaya mencegah keradangan dan seterusnya melindungi jantung daripada risiko penyakit-penyakit yang tidak diingini. Jelaslah bahawa minyak zaitun dan jantung mempunyai kaitan dari sudut kesihatan.

Rata-rata kajian telah mengatakan bahawa pengambilan minyak zaitun extra virgin asli boleh membantu untuk mengurangkan kadar kolesterol dan sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung. Jadi mari mulakan hari anda dengan pengamalan gaya hidup sihat untuk kesihatan jantung anda. Dapatkan minyak zaitun extra virgin asli OLIVIE PLUS 30X yang diiktiraf ORGANIK daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *