fbpx
maha 2024

Tarikan MAHA 2024

Sekarang ini tular di semua platform media social tentang kesesakan pengunjung MAHA yang sanggup berpanas dan berjalan jauh dari tempat letak kereta bagi mengunjungi program tersebut.
Pastinya ramai yang tertanya-tanya apa yang menarik sangat MAHA 2024 kali ini sehinggakan pengunjung sanggup melakukan sedemikian. Jom ikuti 7 tarikan ‘wajib’ anda kunjungi.
 
1. MAHA Go Global
MAHA 2024(11/9/2024). —AZHAR MAHFOF/The Star
MAHA 2024 menjadi medan bagi para pengunjung berpeluang untuk merasai dan menikmati produk pertanian bukan sahaja dalam negara, bahkan dari luar negara.
Antara 16 negara yang menyertai acara ini adalah Jepun, Thailand, Brunei, Indonesia dan Hong Kong serta beberapa negara Eropah.
 
Pastinya anda akan berpuas hati sebaik memasuki ke ruang pameran di Zon 1 Kawasan Perdana kerana pengunjung boleh mencuba kepelbagaian makanan negara-negara berkenaan secara percuma.
 

2. Kedai Kopi

MAHA 2024(11/9/2024). —AZHAR MAHFOF/The Star

Apabila menyebut tentang kopi, sudah tentu membuatkan pencinta minuman itu kecur air liur! Antara yang menjadi tumpuan ramai adalah di Peladang Outlet di Zon 1. Beberapa kopi yang menjadi pilihan pengunjung seperti Vanilla Latte, Caramel Latte, Hazelnut Latte, Roasted Hazelnut dan Tiramisu.

Harga? Jangan bimbang serendah RM8 sahaja anda boleh menikmati kelazatan dan kesegaran kopi.
Jika mahu ‘healing’ sambil menikmati secawan kopi, boleh menuju ke Zon 5 kerana terdapat beberapa kedai kopi di kawasan sawah padi dan sungai atau ke Zon 2 untuk merasai hidangan kopi di Kafe Orkid.
 

3. Pasar Terapung

MAHA 2024(11/9/2024). —AZHAR MAHFOF/The Star
Haa dah tak perlu nak pergi ke negara jiran iaitu Thailand untuk pasar terapung. Pasar terapung adalah tarikan terbaru MAHA 2024. Terletak di Agro-Park di Zon 5, pengunjung yang berada di Pavilion Negeri di Zon 3 perlu menyeberangi Tasik MAEPS menggunakan jambatan untuk sampai ke pasar berkenaan.


Sekali imbas, pasti ramai terbayang-bayang pasar terapung di Hat Yai, Thailand kerana terdapat pelbagai pilihan makanan yang dijual oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Antara menu wajib dicuba semestinya kari ikan temenung, nasi dagang dan ikan celup tepung dan pelbagai lagi makanan yang disajikan di tujuh perahu.

4. Laman Bunga Matahari

MAHA 2024(11/9/2024). —AZHAR MAHFOF/The Star
Bagi mereka yang kaki bergambar dan gemar merakam video, lokasi yang terletak di Gaya Hidup Agro di Zon 2 ini sememangnya wajib untuk anda singgah bersama orang tersayang.


Laman Florikultur ini menempatkan pelbagai jenis bunga dengan bunga matahari paling mencuri tumpuan ramai.
Sebaik melalui terowong bunga orkid, hati anda pastinya terdetik rasa kagum dengan pemandangan dan kecantikan bunga matahari yang kembang mekar dengan saiz paling besar menyamai muka orang dewasa


5. Laman Padi

MAHA 2024(11/9/2024). —AZHAR MAHFOF/The Star
Calling for kaki bergambar ataupun OOTD. Jika pengunjung teringin merasai bagaimana susahnya menjadi pesawah, boleh juga mencuba menanam padi. Di sini akan menguji keberanian pengunjung sama ada takut atau tidak berdepan dengan lintah sawah.


Selain itu, di Laman Padi juga mendedahkan orang ramai mengenai proses bagaimana beras dihasilkan, bermula dari menanam hinggalah padi yang masak diambil. Jangan ingat sawah padi berlumpur sahaja tau, di sini juga terdapat padi huma yang tidak menggunakan air.

6. Laman Agro Ternakan

MAHA 2024(11/9/2024). —AZHAR MAHFOF/The Star
Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak, jangan lepaskan peluang dengan berkunjung ke Laman Agro Ternakan di Zon 6. Di sini anak anda bukan sekadar melihat haiwan ternakan di dalam kandang, malah boleh turut bermain bersamanya.


Jika ingin melihat haiwan-haiwan eksotik, anda boleh mengunjungi Petting Zoo. Beberapa ekor gajah turut didatangkan khas sempena MAHA 2024.
Selain itu, terdapat juga jualan dan produk penjagaan haiwan kesayangan dengan harga jualan yang berpatutan.

7. Agro Business

May be an image of 6 people, dais and text
Lebih 150 produk usahawan dari seluruh negara didapati di Agro Business yang memberi jaminan bahawa anda tidak akan pulang dengan tangan kosong. Bagi anda yang belum pernah merasai minyak zaitun dan ingin untuk cuba rasa. Boleh kunjungi ke Booth Olive House kerana disana terdapat 6 booth yang disediakan.


Lebih menarik lagi banyak hadiah yang special anda boleh bawa pulang secara percuma iaitu Tote Bag yang limited edition dan juga pelbagai hadiah yang menarik lagi. Sempena 12 hari Olive House berada di MAHA, tawaran yang eksklusif akan diberikan kepada anda semua yang hadir.


Jika, anda ingin dapatkan nasihat kesihatan dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang diri anda, boleh berjumpa dengan Aafiyat Consultant kami di sana.
Malang tidak berbau, inilah nukilan yang hanya mampu diungkap pada masa sekarang buat pihak Olive House.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *