fbpx
sakit lutut

Punca Sakit Lutut Di Usia Muda

Umur takde belum cecah 30-an lagi, tapi kenapa sakit lutut dah mula menyerang? Nak berjalan susah, nak naik turun tangga sambil mengeluh, nak solat lagi tak boleh fokus punya. Semuanya sebab sakit lutut!

Menurut satu kajian dianggarkan 9.3% warga Malaysia dewasa menghidapi sakit lutut dan lebih daripada separuh yang diperiksa mempunyai simptom osteoarthritis. Tepuk dada, tanya diri sendiri. Adakah anda tergolong dalam kalangan ini? Sakit lutut boleh terjadi kerana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut, lutut atau ligamen dan tulang rawan lutut.

Antara penyebab sakit lutut adalah:
– Osteoarthritis
-️ Pernah mempunyai sejarah kecederaan lutut
-️ Berat badan berlebihan
-️ Peningkatan usia
-️ Faktor genetik/sejarah keluarga
 
 
Jom kita ketahui punca-punca yang menyebabkan sakit lutut di usia muda
1. Obesiti Punca Utama Sakit Lutut 
Berat badan yang berlebihan memberikan tekanan pada sendi lutut, terutamanya struktur penahan berat seperti tulang rawan. Tulang rawan akan jadi cepat haus dan lusuh, dan seterusnya membawa kepada radang sendi lutut. Menurunkan berat badan melalui pemakanan sihat dan senaman yang kerap boleh membantu mengurangkan tekanan pada lutut.
 
2. Pemilihan Kasut Yang salah 
Memakai kasut tanpa sokongan yang betul boleh menyumbang kepada sakit lutut. Kasut yang tidak sesuai boleh menjejaskan penjajaran anggota bawah, yang boleh menegangkan sendi lutut. Penggunaan kasut bertumit tinggi secara kerap boleh mengubah pengagihan berat pada kaki dan boleh menjejaskan biomekanik berjalan serta timbulnya ketidakselesaan dari semasa ke semasa.
 
3. Aktiviti berimpak tinggi 
Melibatkan diri dalam aktiviti yang memberi tekanan pada lutut, seperti berlari di atas permukaan yang keras atau menyertai sukan dengan kerap melompat, boleh menyumbang kepada kecederaan lutut yang berlebihan. Mengangkat terlalu banyak beban semasa latihan juga boleh menegangkan sendi lutut dan struktur sekeliling. Teknik yang betul dan intensiti yang meningkat secara beransur-ansur adalah penting untuk mencegah kecederaan semasa aktiviti fizikal berimpak tinggi.
 
4. Gaya Hidup Tidak Aktif
Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan otot lemah dan mengurangkan fleksibiliti. Otot memainkan peranan penting dalam menyokong sendi lutut. Apabila otot menjadi lemah atau tidak seimbang, ia boleh membawa kepada mekanik sendi yang tidak betul dan peningkatan risiko kecederaan.