Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, pengamal perubatan am dan juga merupakan ikon Aafiyat, terdapat kaitan rapat antara tahap kolesterol tinggi dengan masalah jantung dan juga penyakit hati berlemak.
Beliau menjelaskan bahawa peningkatan kolesterol, terutama kolesterol jahat (LDL), boleh menyumbang kepada pembentukan hati berlemak dan menyebabkan sumbatan pada saluran darah jantung. Apabila tahap kolesterol LDL tinggi, lemak boleh terkumpul dalam hati, menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai hepatic steatosis atau hati berlemak. Ia sering berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang seperti pengambilan lemak berlebihan – terutama transfat dan karbohidrat berproses – serta faktor lain seperti obesiti dan gaya hidup tidak aktif.
BACA JUGA : 10 Tanda Awal Hati Berlemak yang Anda Perlu Tahu
BACA JUGA : Mudah Rasa Letih, Mata Kuning, Perut Buncit… Awas ! Ia Mungkin Hati Berlemak
BACA JUGA : Tanda-Tanda Awal Sakit Jantung
Dr. Zubaidi turut menyarankan pengambilan Vitamin E dan juga minyak zaitun sebagai dua pilihan alami yang terbukti memberi manfaat kepada pesakit dengan masalah kolesterol tinggi, jantung, dan hati berlemak. Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat, berfungsi mengurangkan oksidasi kolesterol LDL yang merupakan salah satu faktor risiko utama untuk penyakit jantung. Di samping itu, Vitamin E juga melindungi sel-sel hati daripada kerosakan oksidatif dalam masa yang sama penting untuk mencegah dan merawat hati berlemak.
Menurut beliau lagi, minyak zaitun, terutama jenis extra virgin, kaya dengan asid lemak tak tepu tunggal dan antioksidan seperti polifenol dan Vitamin E, menjadikannya bermanfaat untuk kesihatan jantung dan hati. Minyak zaitun membantu menurunkan kolesterol LDL sambil meningkatkan kolesterol baik (HDL), yang baik untuk jantung. Ia juga mengurangkan keradangan dan memperbaiki fungsi hati dan ianya sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah hati berlemak.
Sebagai saranan, Dr. Zubaidi menyarankan pengambilan kombinasi antara Tocotrienol Softgel dan juga Olivie Plus (dikenali Tocovie) untuk kesihatan yang lebih baik. Cara pengambilannya sangat mudah iaitu ambil satu sudu besar minyak zaitun OLIVIE PLUS bersama satu biji TOCOTRIENOL SOFTGEL ketika perut kosong di waktu pagi dan ulang sebelum tidur. Gabungan ini sangat bermanfaat untuk membantu mengawal kolesterol, menyokong kesihatan hati, dan melindungi jantung secara menyeluruh.
BACA JUGA : Tips Memilih Minyak Zaitun Asli
BACA JUGA : Gabungan Duo Baharu Menjanjikan Perubahan Kesihatan Anda
BACA JUGA : Ambil Minyak Zaitun Sebelum Tidur Dapat Bantu Kurangkan Keradangan