Diabetes bukan sekadar “penyakit gula.” Ia adalah masalah kesihatan yang boleh membawa kepada pelbagai komplikasi serius jika tidak dikesan dan dirawat awal. Apabila kadar gula dalam darah meningkat terlalu tinggi, ia boleh merosakkan organ dan jaringan tubuh, mengundang pelbagai penyakit lain seperti serangan jantung dan strok.
Gejala Awal Diabetes yang Perlu Anda Tahu:
Ramai orang tidak menyedari tanda-tanda awal diabetes jenis 2. Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang daripadanya! Ini adalah antara gejala yang boleh menjadi petunjuk awal diabetes:
BACA JUGA : 10 Tanda Awal Hati Berlemak yang Anda Perlu Tahu
BACA JUGA : Mudah Rasa Letih, Mata Kuning, Perut Buncit… Awas ! Ia Mungkin Hati Berlemak
BACA JUGA : Tanda-Tanda Awal Sakit Jantung
Kerap Kencing
Bila gula darah tinggi, buah pinggang bekerja keras untuk membuang lebihan gula. Ini boleh menyebabkan anda kerap buang air kecil, terutama pada waktu malam.
Rasa Haus Berlebihan
Kerap buang air kecil boleh menyebabkan dehidrasi, menjadikan anda berasa haus berlebihan dan sentiasa dahaga.
Sentiasa Lapar
Tubuh anda tidak dapat menggunakan gula sebagai tenaga, jadi anda berasa lapar walaupun sudah makan.
Cepat Letih
Kurangnya gula dalam sel tubuh menyebabkan anda mudah letih dan lesu.
Penglihatan Kabur
Gula yang tinggi boleh merosakkan pembuluh darah pada mata, menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kehilangan penglihatan.
Luka Lambat Sembuh
Gula yang tinggi dalam darah melambatkan penyembuhan luka. Luka yang kecil pun boleh mengambil masa lama untuk pulih.
Kesemutan atau Mati Rasa pada Tangan dan Kaki
Tingginya kadar gula boleh menjejaskan pengaliran darah dan merosakkan saraf, menyebabkan rasa kebas atau kesemutan pada tangan dan kaki. Keadaan ini dikenali sebagai neuropati.
Jika anda mengalami salah satu atau lebih daripada tanda-tanda ini, jangan abaikan! Segera buat pemeriksaan kesihatan dan dapatkan nasihat doktor. Cegah sebelum parah, jaga diri sebelum terlambat.
Perubahan gaya hidup dengan menjaga pemakanan, mengekalkan berat badan seimbang, menurunkan berat badan sekurang-kurangnya lima hingga 10 peratus, serta meningkatkan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit seminggu, dipercayai dapat mencegah dan melambatkan kesan penyakit.
Dalam masa yang sama, individu yang menghidap diabetes disarankan untuk melakukan pemeriksaan berkala, saringan dan rawatan untuk risiko kardiovaskular seperti tekanan darah, tahap kolesterol dan obesiti.
Pengambilan makanan superfood seperti minyak zaitun dan menggantikan gula putih dengan madu sebagai pemanis semulajadi turut disarankan agar dapat menghindari gejala penyakit Diabetes.
Semoga kita sentiasa diberi kesedaran terhadap bahayanya penyakit Diabetes ini yang merupakan antara pembunuh senyap.
BACA JUGA : Tips Memilih Minyak Zaitun Asli
BACA JUGA : Gabungan Duo Baharu Menjanjikan Perubahan Kesihatan Anda
BACA JUGA : Ambil Minyak Zaitun Sebelum Tidur Dapat Bantu Kurangkan Keradangan