fbpx

Makanan yang sihat dan seimbang sangat penting bagi pesakit kencing manis atau diabetes. Justeru, sebagai langkah penjagaan kesihatan secara optimum, berikut beberapa jenis makanan disarankan untuk pesakit kencing manis:

1. Makanan dan Minuman Bergula Tinggi 

  • Minuman bergula seperti soda, jus buah dalam tin, teh manis, dan minuman tenaga mempunyai kandungan gula yang tinggi, yang menyebabkan lonjakan gula darah yang cepat.
  • Gula-gula dan coklat yang tinggi gula, termasuk kek, biskut, dan pastri manis.
  • Ais krim dan pencuci mulut manis juga mengandungi gula dan lemak tepu yang tinggi.
BACA JUGA : Tanda Awal Diabetes

2. Makanan Karbohidrat Halus

  • Roti putih, nasi putih, dan pasta dibuat daripada bijirin halus yang mudah dipecahkan kepada gula dalam darah. Karbohidrat ini menyebabkan peningkatan mendadak dalam gula darah.
  • Bijirin sarapan bergula dan bijirin diproses tinggi yang kekurangan serat.

3. Makanan Yang Diproses dan Bergoreng

  • Makanan ringan diproses seperti kerepek kentang, biskut, dan makanan ringan segera tinggi karbohidrat tidak sihat, lemak trans, dan garam.
  • Makanan bergoreng seperti ayam goreng, kentang goreng, dan burger juga mengandungi lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko komplikasi diabetes.

4. Makanan Yang Bergaram Tinggi 

  • Makanan dalam tin, jeruk, sos dan kicap mengandungi kandungan garam yang tinggi. Pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, yang merupakan masalah biasa bagi pesakit diabetes.

5. Makanan Yang Tinggi Lemak Tepu dan Lemak Trans

  • Keju penuh lemak, daging merah yang berlemak, sosej, dan daging diproses boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan menyebabkan peningkatan kolesterol, yang berbahaya bagi pesakit diabetes.
  • Makanan cepat saji yang mengandungi lemak trans seperti burger, pizza, dan makanan segera lain juga perlu dielakkan.

PENGAMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Perubahan gaya hidup dengan menjaga pemakanan, mengekalkan berat badan seimbang, menurunkan berat badan sekurang-kurangnya lima hingga 10 peratus, serta meningkatkan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit seminggu, dipercayai dapat mencegah dan melambatkan kesan penyakit. 

Dalam masa yang sama, individu yang menghidap diabetes disarankan untuk melakukan pemeriksaan berkala, saringan dan rawatan untuk risiko kardiovaskular seperti tekanan darah, tahap kolesterol dan obesiti.

Pengambilan makanan superfood seperti minyak zaitun dan menggantikan gula putih dengan madu sebagai pemanis semulajadi turut disarankan agar dapat menghindari gejala penyakit Diabetes.

Semoga kita sentiasa diberi kesedaran terhadap bahayanya penyakit Diabetes ini yang merupakan antara pembunuh senyap.