fbpx

OLIVE HOUSE HQ

Ancaman Senyap di sebalik bencana banjir

Air Bah membawa bahaya : Ancaman senyap di sebalik bencana banjir

Kejadian banjir yang melanda Malaysia ketika ini selain memusnahkan tempat tinggal dan harta benda, ia turut memberikan ancaman kepada kesihatan awam yang mempunyai kesan jangka masa panjang. Longgokan sampah-sarap yang tidak diurus dengan baik serta air tercemar bawaan banjir dan memasuki saliran air meningkatkan risiko terjadinya penyakit berjangkit.


Penyakit ketika banjir

Berikut adalah antara penyakit berjangkit yang dikenalpasti Malaysia pada musim banjir dan pasca-banjir:

  1. Demam kepialu

Demam kepialu adalah jangkitan bakteria sistemik yang disebabkan oleh Salmonella enterica. Ia mudah merebak terutamanya melalui makanan, air atau hubungan rapat dengan pesakit yang dijangkiti. Kebanyakan pesakit menunjukkan gejala biasa iaitu demam panas yang berterusan. Namun, jika ia tidak dirawat, ia boleh memudaratkan dan membawa maut.

  1. Taun

Taun merupakan penyakit cirit-birit yang berlaku disebabkan pengambilan makanan atau air yang tercemar yang menyebabkan jangkitan pada usus melalui bakteria vibrio cholerae. Salah satu simptomnya adalah cirit-birit tetapi boleh bertukar kepada simptom yang mengancam nyawa seperti terjadinya sawan.

  1. Hepatitis A

Hepatitis ialah kumpulan virus yang muncul dalam bentuk keradangan hati yang menjejaskan fungsi hati secara akut atau kronik. Ia biasanya merebak melalui pengambilan makanan dan air yang tercemar dengan najis.

Penyakit ini biasa berlaku di kawasan yang kotor dan mangsa menunjukkan simptom demam, demam kuning (jaundis) dan cirit-birit. Malangnya, kira-kira 15 peratus mangsa Hepatitis A mengalami simptom yang berpanjangan selama lebih 6 hingga 9 bulan. Penyakit ini mempunyai vaksin yang berfungsi yang boleh diberikan kepada orang awam.

  1. Disentri dan keracunan makanan

Disentri disebabkan oleh beberapa jenis bakteria dan parasit. Bakteria shigella yang menyebabkan disentri merebak melalui makanan atau air yang tercemar. Simptom utama penyakit ini ialah cirit-birit berdarah. Walau bagaimanapun, banyak kes juga menunjukkan gejala sakit perut, demam, kekejangan dan rasa tidak selesa (rasa tidak selesa, sakit, atau ketegangan).

  1. Leptospirosis

Leptospirosis merupakan penyakit yang diakibatkan oleh bakteria yang dikenali sebagai genus Leptospira. Leptospirosis merupakan penyakit yang biasa terjadi di kawasan yang mengalami banjir berulang. Ia berjangkit menerusi sentuhan melaui air atau makanan yang tercemar oleh air kencing haiwan.

Gejalanya termasuklah demam dengan suhu yang tinggi, sakit kepala, muntah-muntah dan cirit-birit. Jika tidak dirawat lebih awal, jangkitan ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, meningitis, kegagalan hati atau gangguan pernafasan.

  1. Demam denggi

Demam denggi ialah penyakit berjangkit biasa yang disebabkan oleh virus asid ribonukleik (RNA) daripada keluarga flaviviridae yang disebarkan melalui vektor nyamuk yang dikenali sebagai Aedes aegypti. Demam denggi menyerang melalui simptom serangan demam secara tiba-tiba dan sakit kepala yang teruk. Dalam sesetengah keadaan, demam ini menyebabkan kejutan dan pendarahan yang boleh membawa kepada kematian.

  1. Malaria

Malaria merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh protozoa parasit sel tunggal yang dipanggil plasmodium yang dihantar kepada manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles betina.

Akibatnya, parasit plasmodium membiak dalam hati manusia dan menyerang sel darah merah yang kemudiannya menyebabkan demam berulang dan berpeluh sekali-sekala yang disertai dengan anemia. Jika tidak dirawat, malaria sering membawa kepada kematian atau kerosakan pada organ penting akibat gangguan bekalan darah ke otak.

  1. Konjunktivitis

Konjunktivitis adalah jangkitan kecil yang menjelma sebagai pink-eye. Sebagai keradangan konjunktiva (komponen mata putih dan kelopak mata dalam), konjunktivitis menyebabkan kerengsaan dan boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus.

Oleh sebab itu, penting untuk kita melindungi diri daripada penyakit semasa dan selepas banjir. Selain menyelamatkan nyawa dan dokumen penting, penjagaan kesihatan juga perlu dipandang serius.

Dalam kita menghadapi musim banjir, imuniti merupakan satu persiapan yang penting untuk kita dalam mengekalkan kesihatan. Jika imuniti tubuh badan kita kuat ia dapat membantu kita daripada terjebak daripada penyakit-penyakit semasa banjir. Justeru untuk menguatkan kembali sistem imuniti badan, maka perlu kepada pemakanan tambahan yang tinggi antioksidanya, kaya dengan nutrisi dan vitamin yang diperlukan untuk tubuh.

Oleh itu, mari sama-sama kita amalkan 1 sudu besar Olivie Plus untuk kekal sihat dan bertenaga di musim banjir ini.

Baca juga : Tingkat Imuniti Bantu Sakit Diabetes 


Tip keselamatan di musim banjir

1. Jaga kebersihan makanan
Minum air yang sudah dimasak atau ditapis. Elakkan meminum air tidak dirawat. Makan makanan dimasak Hanya makan makanan dimasak dan disimpan panas. Kupas buah-buahan dan elak makanan mentah.

    2. Jaga kebersihan diri
    Amalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air bersih.

    3. Jaga kebersihan kawasan persekitaran
    Guna ubat nyamuk untuk melindungi diri daripada digigit nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan demam denggi. Seterusnya, periksa dan buang air bertakung supaya nyamuk Aedes tidak dapat membiak di rumah.

    4. Tingkatkan imuniti tubuh badan
    Tingkatkan sistem imuniti tubuh badan dengan pengambilan minyak zaitun Olivie Plus 30X untuk kekal sihat dan bertenaga di musim banjir.

    5. Dapatkan vaksinasi & rawatan jika bergejala
    Dapatkan rawatan segera jika mengalami demam, cirit-birit, muntah, atau masalah kesihatan lain, walaupun selepas bencana.

    Jom realisasikan gaya hidup Aafiyat bersama Olive House.

    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *