fbpx

OLIVE HOUSE HQ

Monosodium Glutamat (MSG): Fakta, Risiko dan Kesedaran

Kebelakangan ini viral tentang Monosodium Glutamat (MSG). Ada yang kata MSG ni ok, ada yang kata tak OK. Sebenarnya dah lama perdebatan berkaitan MSG ni berlaku dalam masyarakat kita.

MSG juga dikenali sebagai perisa tambahan E621. Dah lama MSG ni jadi bahan penting dalam industri makanan sebab keupayaannya meningkatkan rasa dalam masakan.

Tapi, kajian-kajian terkini menunjukkan kesan sampingan tertentu yang perlu diberi perhatian, terutamanya jika penggunaannya tidak dikawal dan diambil secara berlebihan.

MSG pertama kali ditemui di Jepun pada tahun 1908 dan kini dah jadi benda biasa dalam masakan sebab murah, senang, dan power tambah rasa umami. Walaupun ia diiktiraf selamat oleh FDA tapi kajian ada menunjukkan ada kesan sampingan kalau kita makan banyak sangat MSG ni.

Kesan MSG Terhadap Kesihatan

  1. Obesiti dan Diabetes
    Kajian menunjukkan MSG boleh mencetuskan obesiti dengan meningkatkan selera makan dan pengambilan makanan. Pada haiwan, MSG dikaitkan dengan kenaikan berat badan, kadar insulin, dan lemak tubuh yang abnormal.
  1. Kerosakan Hati (Hepatotoksisiti)
    MSG didapati boleh menyebabkan tekanan oksidatif yang merosakkan hati. Haiwan yang diberi MSG menunjukkan peningkatan aktiviti enzim hati yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan hati.
  1. Neurotoksisiti (Kerosakan Saraf)
    MSG dikenali sebagai neurotransmitter yang berlebihan dalam sistem saraf. Penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan otak seperti kehilangan neuron dan gangguan fungsi hippocampus (pusat memori).
  1. Kesan Genotoksik
    MSG boleh menyebabkan kerosakan DNA melalui tekanan oksidatif dan meningkatkan risiko kecacatan selular.
  1. Reaksi Alergi
    Beberapa individu melaporkan simptom seperti sakit kepala, tekanan dada, dan kelemahan selepas mengambil MSG. Walaupun tidak semua orang sensitif terhadap MSG, risiko ini tetap wujud.

Jadi sebenarnya OK ke TAK OK MSG ni?

Baca juga di sini https://olivehouse.my/2024/11/20/makanan-yang-perlu-dielakkan-oleh-pesakit-diabetes/

Walaupun MSG boleh meningkatkan rasa dan membantu pesakit yang kehilangan selera makan, ia hendaklah digunakan dengan berhati-hati. Menggantikan MSG dengan garam biasa adalah antara pilihan lebih selamat, terutamanya bagi mereka yang sensitif terhadap bahan ini.

MSG memberikan manfaat sebagai penambah rasa tetapi penggunaannya yang berlebihan boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan. Pilihan terbaik adalah mengambil makanan semula jadi dan segar, mengurangkan makanan proses yang tinggi kandungan MSG.

Pendapat korang macam mana? Kongsikan pengalaman atau pendapat anda di ruangan komen!

Rujukan:

https://www.tandfonline.com/doi/epdf/10.1080/10942912.2017.1295260?needAccess=true&fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTEAAR3yC33mwLQnErYh-l2eeWlWTzytPnxV9MlA0A4xAwygHEuoRUmaFtv6mSo_aem_S0gNJM-WIVoPJtFQQwD3qQ&sfnsn=wa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *