fbpx

OLIVE HOUSE HQ

Tawaran Haji 1446H : Tabung Haji selaku Sahabat Korporat Olive House teruskan bantuan untuk Jemaah Muassasah

Tabung Haji selaku Sahabat Korporat Olive House bakal meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar dengan anggaran bantuan sebanyak RM261 juta bagi musim 1446H/2025M kepada bakal jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadat haji. Ini ekoran daripada bayaran haji bagi tahun 2025 yang dijangka naik sehingga 20 peratus bagi jemaah haji Muassasah kumpulan B40 dan M40 susulan peningkatan kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci pada musim haji ⁠akan datang.

Di samping itu, Tabung Haji berjaya mengekang peningkatan kos bagi musim haji 1446H/2025M di mana kos menunaikan haji masih kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah muassasah yang tergolong dalam T20. Bagi tahun 2025, kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 yang menunaikan ibadah itu buat kali pertama ditetapkan pada RM15,000 berbanding RM12,356 seorang pada 2024. Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu pula ialah RM23,500 berbanding RM19,152 seorang pada 2024.

Baca juga : Olive House merupakan Sahabat Korporat Tabung Haji

Baca juga : Recap Urutan Haji dari Awal sampai habis

Berkemampuan merupakan salah satu Syarat Haji

Antara salah satu syarat bagi individu yang ingin menunaikan haji adalah berkemampuan. Kemampuan yang dimaksudkan di sini ialah mampu menunaikan fardhu haji sama ada dengan sendirinya atau dengan pertolongan orang lain.

Antara maksud berkemampuan dalam konteks Haji ini ialah:

1. Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.

2. Mampu mengadakan bekalan dan perbelanjaan untuk diri dan saraan nafkah mereka yang di dalam tanggungan dan yang ditinggalkan.

3. Mampu mendapatkan kenderaan pergi dan balik.

4. Aman perjalanan bagi diri dan harta daripada musuh dan wabak penyakit.

5. Sihat tubuh badan.

6. Berkesempatan masa untuk mengerjakan Haji dan Umrah.

Jadi, mengambil ukuran berdasarkan kemampuan inilah pihak Tabung Haji telah mengambil langkah meneruskan bantuan bersasar dan dalam yang sama menurunkan kadar Bantuan Kewangan Haji secara berperingkat sejak 2022, ke arah memenuhi konsep kemampuan dalam menunaikan ibadah haji. Syabas Tabung Haji!

Untuk tahun 2025, sebanyak 31,600 bakal jemaah haji bakal menerima surat tawaran secara berperingkat. Tahniah kepada bakal Dhuyufurrahman yang terpilih.

Kepada anda yang nak join Webinar Persedian Kesihatan dan Rohani Dhuyufurrahman Ketika menjalankan Ibadah Haji, boleh join dengan klik di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *