Kisah tragik Baby Adham ni memang mengejutkan satu Malaysia. Namun di sini kita tak nak sentuh bab siapa betul siapa salah. Biar pihak berwajib yang teruskan siasatan dan kita doakan yang terbaik.
Apa yang nak dirungkaikan di sini adalah berkaitan dengan sindrom Cyclopia yang dikatakan satu keadaan rare di mana bayi dilahirkan dengan satu mata sahaj, tidak ada hidung dan ada proboscis (macam struktur hidung) kat atas mata tu. Keadaan ni berlaku dikatakan sebab kecacatan serius pada otak bayi masa awal kehamilan.
Kebanyakan kes cyclopia ni berakhir dengan keguguran atau bayi lahir mati. Kalau pun bayi tu survive lepas lahir, hayat dia biasanya cuma bertahan semaksima 13 jam sahaja. Cyclopia ni sangat jarang berlaku – anggaran dalam 1 kes daripada 100,000 kelahiran. Paling sedih, tak ada cara nak cegah, dan tiada rawatan yang boleh pulihkan keadaan ni.
Kalau ada penjagaan pranatal yang betul, cyclopia biasanya boleh dikesan awal. WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) cadangkan lawatan pranatal pertama dibuat secepat mungkin, ideally dalam trimester pertama kehamilan.
Cyclopia ni sebenarnya simptom kepada masalah otak yang dipanggil alobar holoprosencephaly. Keadaan ni berlaku awal masa kehamilan, selalunya dalam bulan pertama. Sepatutnya masa tu otak embrio tengah membahagi kepada dua hemisfera, tapi dalam kes cyclopia, otak tak membahagi macam sepatutnya. Bahagian kepala dan muka pun jadi tak berkembang dengan normal.
Kesan yang paling obvious? Mata bayi. Sepatutnya ada dua mata kat sisi berlawanan muka, tapi dalam kes cyclopia, embrio mungkin cuma ada satu mata kat tengah muka. Kadang-kadang ada kes di mana dua bola mata terbentuk tapi dalam satu soket.
Saranan kepada Ibu yang Hamil
Untuk ibu-ibu mengandung, salah satu cara yang boleh bantu kurangkan risiko masalah perkembangan bayi ni ialah dengan memastikan nutrisi yang mencukupi sepanjang kehamilan. Jus Delima organik Olive House adalah pilihan yang sangat baik sebab ia kaya dengan antioksidan, mineral, dan vitamin macam asid folik.
Asid folik adalah vitamin B9 yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sel dalam tubuh. Ia sangat diperlukan semasa kehamilan untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural (neural tube defects) pada bayi, seperti spina bifida.
Jus delima juga membantu meningkatkan aliran darah dan membekalkan nutrisi penting kepada janin. Jadi, ibu-ibu mengandung disarankan untuk amalkan Jus Delima organik Olive House sebagai sebahagian daripada diet harian untuk menyokong kehamilan yang sihat.