fbpx

OLIVE HOUSE HQ

Pemeriksaan Kesihatan dan Saringan Sebelum Haji : Apa yang perlu anda tahu?

Menunaikan ibadah haji adalah impian setiap umat Islam. Namun, perjalanan ini memerlukan persiapan fizikal dan mental yang rapi, termasuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan saringan sebelum haji. Langkah ini amat penting untuk memastikan jemaah berada dalam keadaan sihat dan mampu melaksanakan ibadah dengan baik di Tanah Suci.

Kenapa Pemeriksaan Kesihatan Sebelum Haji Penting?

Perjalanan ke Mekah melibatkan aktiviti fizikal yang intensif, seperti berjalan jauh, beribadah dalam cuaca panas, dan menghadapi keramaian besar. Pemeriksaan kesihatan membantu mengenalpasti sebarang masalah kesihatan yang boleh menghalang kemampuan jemaah untuk melaksanakan ibadah haji.

Selain itu, pemeriksaan ini penting untuk mencegah penularan penyakit berjangkit seperti influenza, meningitis, dan COVID-19 di kalangan jemaah. Arab Saudi juga mewajibkan vaksinasi tertentu sebagai syarat kemasukan, termasuk vaksin meningococcal, influenza, dan COVID-19.

Proses Pemeriksaan Kesihatan Sebelum Haji

Untuk makluman bakal Dhuyufurrahman yang mendapat tawaran haji bagi tahun 2025 / 1446H, kini urusan pemeriksaan kesihatan telah dipermudahkan kerana buku rawatan jemaah haji kini dalam bentuk digital. Hasil transformasi digital Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH) dapat menjimatkan masa dan tenaga bakal haji di samping memastikan rekod kesihatan mudah diakses semasa di Tanah Suci.

Pada tahun ini, tiada keperluan lagi untuk hadir ke pejabat cawangan untuk mendapatkan BRRJH. Bakal haji boleh membuat semakan menerusi aplikasi THiJARI dan memuat turun surat tawaran tunai haji melalui laman web THiJARI, www.thijari.com.my. Seterusnya, mereka boleh melakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan yang mempunyai Pegawai Perubatan yang berdaftar dengan TH dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dikehendaki untuk membawa bersama kad pengenalan dan Surat Tawaran Tunai Haji (‘softcopy / hardcopy’).

Berikut adalah antara prosedur yang perlu dilaksanakan oleh bakal jemaah Haji:

  1. Penilaian Kesihatan Menyeluruh: Doktor akan memeriksa sejarah perubatan, tahap kecergasan, dan keadaan kesihatan semasa jemaah.
  2. Ujian Makmal: Beberapa ujian seperti darah, air kencing, dan pemeriksaan tekanan darah dilakukan untuk mengenalpasti sebarang masalah seperti diabetes, hipertensi, atau kolesterol tinggi.
  3. Pengesahan Vaksinasi: Jemaah perlu memastikan mereka telah menerima vaksin yang diwajibkan, seperti meningococcal dan influenza. Sijil vaksinasi akan dikeluarkan untuk dibawa ke Tanah Suci. Buat masa ini, Bakal Haji disarankan untuk mengambil suntikan Vaksin Meningococcal dan Influenza setelah lulus pemeriksaan kesihatan. Manakala bagi Vaksin Covid-19, pemakluman mengenai suntikan vaksinasi tersebut akan dimaklumkan oleh TH/KKM kemudian
  4. Kaunseling Kesihatan: Doktor akan memberikan nasihat mengenai penjagaan kesihatan sepanjang perjalanan, seperti cara mengelakkan dehidrasi, menangani keletihan, dan menjaga kebersihan diri.

Persiapan Kesihatan Sebelum Haji

  1. Amalkan Gaya Hidup Sihat: Mulakan dengan menjaga pemakanan, bersenam secara konsisten dan memastikan tidur yang mencukupi.
  2. Rawat Penyakit Sedia Ada: Pastikan ubat-ubatan untuk penyakit atau virus bawaan Haji di tanah suci seperti ubat demam, selsema dan batuk dibawa mencukupi. Selain itu, boleh juga amalkan pengambilan minyak Habbatus Sauda bagi mengekalkan imuniti sepanjang di tanah suci.
  3. Pakai Kasut yang Selesa: Ibadah haji melibatkan banyak aktiviti berjalan kaki. Kasut yang selesa dapat mengelakkan kecederaan.

Baca juga di sini : Checklist Barangan Keperluan Haji

Kepentingan Menjaga Kesihatan Mental

Selain kesihatan fizikal, kesihatan mental juga penting untuk memastikan pengalaman haji yang lancar. Tekanan daripada perjalanan jauh, perubahan rutin, dan persekitaran yang berbeza boleh memberi kesan kepada emosi jemaah. Luangkan masa untuk berdoa, bermeditasi, dan berkomunikasi dengan ahli keluarga bagi mengekalkan keseimbangan mental.

Panduan Kesihatan Semasa di Tanah Suci

  1. Kekalkan Hidrasi: Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi akibat cuaca panas.
  2. Makan Makanan Seimbang: Pilih makanan yang sihat dan bersih untuk kekal bertenaga. Pengambilan makanan yang bernutrisi tinggi seperti minyak zaitun dapat membantu memberikan tenaga serta mengurangkan rasa lapar ketika beribadah.
  3. Elakkan Penularan Penyakit: Gunakan pelitup muka, cuci tangan dengan kerap dan elakkan tempat terlalu sesak apabila tidak diperlukan.

Kesimpulan

Pemeriksaan kesihatan dan saringan sebelum haji bukan sekadar keperluan formal tetapi adalah langkah penting untuk memastikan jemaah berada dalam keadaan terbaik untuk melaksanakan ibadah. Dengan persediaan yang rapi, jemaah bukan sahaja dapat menunaikan haji dengan lancar tetapi juga dapat menjaga kesihatan diri sepanjang perjalanan. Pastikan anda mematuhi semua saranan kesihatan dan mendapatkan nasihat perubatan yang diperlukan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Khas buat bakal Haji dan Hajjah yang nak join Webinar Persedian Kesihatan dan Rohani Dhuyufurrahman Ketika menjalankan Ibadah Haji, boleh join dengan klik di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *