fbpx

OLIVE HOUSE HQ

6 Jenis buah & sayur yang meningkatkan tenaga ketika berpuasa

Berpuasa sepanjang hari boleh buat badan rasa lemah dan kurang bertenaga, terutama kalau sahur dan berbuka makan ikut suka hati. Dah la kena tahan lapar, kalau tak makan makanan yang betul, memang makin lemau jadinya. Tapi jangan risau, ada cara nak kekalkan tenaga ketika berpuasa! Rahsianya? Buah dan sayur yang betul.

1. Kurma

Bayangkan lepas berbuka, perut rasa penuh, tapi kepala masih pening sebab badan kurang tenaga.

Inilah sebab kenapa kurma jadi penyelamat! Kurma ni bukan sekadar amalan sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, tapi juga tenaga segera dalam bentuk semula jadi.

Tenaga ketika berpuasa

Gula dalam kurma cepat diserap badan, jadi kalau tengah lesu masa berbuka, tiga biji kurma boleh buat rasa segar semula. Bonusnya, serat dalam kurma bantu lancarkan penghadaman, jadi tak adalah masalah perut sebu lepas makan berat.

Nak dapatkan kurma? Boleh cari di sini. >>>

2. Pisang

Selain kurma, pisang juga hero yang underrated. Kalau selalu rasa badan cepat letih atau otot kejang, itu mungkin sebab kurang kalium. Pisang kaya dengan kalium, jadi makan sebiji masa sahur boleh bantu elak keletihan melampau.

Tenaga ketika berpuasa

Lagipun, pisang senang nak makan, tak perlu kupas banyak lapisan atau potong-potong. Campur dalam smoothie dengan susu dan madu? Lagi power!

3. Tembikai

Sekarang bayangkan tengahari panas terik, tekak dah mula rasa kering. Masa berbuka, tembikai adalah penyelamat terbaik! Dengan kandungan air 92%, tembikai ni ibarat botol air semula jadi. Bukan setakat melegakan dahaga, tapi juga penuh dengan vitamin C dan antioksidan.

Tenaga ketika berpuasa

Nak best, cuba buat jus tembikai tanpa gula atau makan sejuk-sejuk lepas berbuka. Memang puas!

4. Bayam

Kalau nak tenaga tahan lama, bukan buah je penting, sayur pun kena ada. Contohnya, bayam. Mungkin tak sehebat bayam Popeye yang boleh buat otot besar dalam satu suapan, tapi bayam memang kaya dengan zat besi.

Zat besi ni penting sebab ia bantu penghasilan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.

Hasilnya, kurang rasa lesu!

Tenaga ketika berpuasa

Nak makan bayam tapi malas masak? Blend je dengan pisang dan yogurt, sedap dan berkhasiat.

5. Lobak merah

Lobak merah pula bukan sekadar untuk mata yang sihat, tapi juga bagus untuk tenaga berpanjangan. Serat dalam lobak merah buat perut rasa kenyang lebih lama, jadi tak cepat lapar.

Tenaga ketika berpuasa

Kalau bosan makan mentah, cuba buat jus lobak merah campur epal dan halia. Rasanya sedap dan segar, macam spa dalam gelas!

6. Avokado

Akhir sekali, kalau nak tenaga ketika berpuasa tapi tak nak makan banyak, avokado pilihan terbaik. Buah ni kaya dengan lemak sihat yang bagi tenaga tahan lama. Lagi satu, ia buat perut rasa kenyang lebih lama, jadi tak mudah lapar sebelum waktu berbuka.

Nak makan avokado dengan gaya hipster? Buat sapuan atas roti bakar, letak telur rebus sikit, tabur lada hitam—dah jadi hidangan sahur ala kafe hipster!

Baca juga : Tips Kekal Bertenaga Pada Bulan Ramadan

Kekalkan tenaga ketika berpuasa sepanjang Ramadan kali ini

Jadi, kalau nak kekal bertenaga sepanjang Ramadan, jangan lupa tambah buah-buahan dan sayur-sayuran ini dalam diet harian. Kurma dan pisang bagi tenaga segera, tembikai bantu kekalkan hidrasi, bayam dan lobak merah pastikan badan cergas dan avokado pula buat perut kenyang lebih lama.

Dengan pilihan makanan yang betul, puasa jadi lebih mudah, badan lebih segar dan ibadah pun lebih lancar.

Selamat berpuasa dengan penuh tenaga dan semangat!