Apa Beza Minyak Zaitun EVOO Biasa dan Olivie Plus 30X?

Kajian Selama 6 Bulan Mendedahkan Jawapannya

Ramai yang mengamalkan minyak zaitun kerana ianya terbukti baik untuk kesihatan. Namun, tidak semua minyak zaitun mempunyai kandungan antioksidan yang sama. Hakikatnya, jenis buah zaitun, lokasi tanaman, tahap kematangan buah, kaedah pemprosesan dan kandungan antioksidan polifenol boleh menghasilkan perbezaan yang ketara terhadap kualiti sesuatu minyak zaitun.

Persoalannya, apakah perbezaan sebenar antara minyak zaitun EVOO biasa dan minyak zaitun Olivie Plus 30X? Satu kajian klinikal selama enam bulan oleh Fakulti Perubatan Université de Sherbrooke, Kanada telah memberikan jawapan yang mengejutkan ramai.

Minyak zaitun EVOO Olivie Plus 30X dihasilkan daripada buah zaitun yang ditanam di kawasan Pergunungan Atlas, Morocco yang sangat terkenal dengan cuaca yang sangat ekstrem. Suhu boleh mencecah sehingga 53°C, tanahnya keras dan berbatu, manakala sumber air pula sangat terhad. Dalam keadaan sebegini, pokok zaitun perlu membina sistem pertahanan semula jadi yang lebih kuat untuk terus hidup. Lalu menghasilkan lebih banyak sebatian pelindung semula jadi seperti antioksidan polifenol dan hydroxytyrosol. Inilah antara faktor yang menyumbang kepada kandungan antioksidan luar biasa dalam Olivie Plus 30X.

Minyak Zaitun Olivie Plus 30X – Antioksidan 30X Ganda Jauh Lebih Tinggi

Analisis makmal menunjukkan Olivie Plus 30X mengandungi:

    • Jumlah Polifenol: 1,249 mg/kg
    • Hydroxytyrosol Tunggal: 233.6 mg/kg
    • Tyrosol: 123.1 mg/kg 
    • Sebatian terbitan keseluruhan hydroxytyrosol : 1680mg/kg

Sebagai perbandingan, minyak zaitun extra virgin biasa lazimnya hanya mengandungi sekitar 7 mg/kg hydroxytyrosol.

Ini bermakna kandungan hydroxytyrosol dalam Olivie Plus 30X adalah sehingga 30 kali ganda lebih tinggi berbanding minyak zaitun biasa.

Hasil Kajian Klinikal Terhadap Minyak Zaitun Olivie Plus 30X Selama 6 Bulan Di Kanada

Bagi melihat kesan Olivie Plus 30X terhadap kesihatan salur darah, sekumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan Université de Sherbrooke, Kanada menjalankan kajian selama enam bulan.

Kajian tersebut melibatkan peserta warga emas berumur antara 65 hingga 80 tahun.

Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan:

Kumpulan 1 – Refined Olive Oil (ROO)

Kumpulan 2 – Extra Virgin Olive Oil biasa (EVOO)

Kumpulan 3 – High Polyphenol Extra Virgin Olive Oil (HP-EVOO) iaitu Olivie Plus 30X

Setiap peserta mengambil dua sudu teh sehari sepanjang tempoh kajian.

Apa Yang Berlaku Selepas 6 Bulan?

Hasil kajian menunjukkan perbezaan yang jelas antara ketiga-tiga kumpulan.

Kumpulan yang mengambil refined olive oil menunjukkan peningkatan keradangan dan kalsifikasi seperti yang lazim berlaku akibat proses penuaan.

Kumpulan yang mengambil EVOO biasa pula menunjukkan keadaan yang lebih stabil.

Namun, kumpulan yang mengambil Olivie Plus 30X menunjukkan hasil yang paling ketara. Antaranya:

1. Kapasiti Antioksidan Meningkat Sehingga 67%

Peserta yang mengambil Olivie Plus 30X menunjukkan peningkatan kapasiti antioksidan yang lebih tinggi berbanding kumpulan lain.

Ini menunjukkan keupayaan tubuh yang lebih baik untuk menangani tekanan oksidatif.

2. Aktiviti Enzim PON-1 Meningkat

Kajian turut menunjukkan peningkatan aktiviti enzim PON-1.

Enzim ini memainkan peranan penting dalam membantu melindungi salur darah daripada kerosakan akibat proses pengoksidaan.

3. Keradangan Arteri Berkurang

Selepas enam bulan, kumpulan Olivie Plus 30X menunjukkan pengurangan keradangan arteri sekitar 6%.

Keradangan kronik merupakan salah satu faktor yang sering dikaitkan dengan kemerosotan kesihatan salur darah.

4. Tanda Awal Pengumpulan Mikro-Kalsium Berkurang

Penyelidik juga mendapati pengurangan sekitar 7% pada tanda awal pengumpulan mikro-kalsium.

Mikro-kalsium merupakan antara petunjuk awal perubahan pada salur darah yang biasanya berlaku secara perlahan tanpa gejala yang jelas.

Mengapa Penemuan Ini Penting?

Kesihatan salur darah memainkan peranan penting dalam memastikan darah dan oksigen dapat dihantar ke seluruh badan dengan lancar.

Namun, faktor seperti:

    • Umur yang semakin meningkat
    • Kurang aktiviti fizikal
    • Tekanan hidup
    • Pemakanan tidak seimbang
    • Kerosakan oksidatif

boleh memberi tekanan kepada sistem kardiovaskular dari semasa ke semasa.

Sebab itu para penyelidik memberi perhatian kepada makanan yang kaya dengan polifenol kerana potensinya dalam menyokong kesihatan salur darah.

Apa Yang Membezakan Olivie Plus 30X?

Perbezaan utama Olivie Plus 30X bukan sekadar pada rasanya sebagai minyak zaitun extra virgin yang premium.

Ia terletak pada:

    • Kandungan hydroxytyrosol yang tinggi
    • Kandungan polifenol yang tinggi
    • Sumber buah zaitun dari kawasan gurun gersang dan cuaca ekstrem pergunungan Atlas di Morocco
    • Penghasilan daripada buah zaitun segar dan berkualiti tinggi
    • Sokongan dari kajian klinikal terhadap kesihatan salur darah dan kesihatan

Gabungan faktor-faktor ini menjadikan Olivie Plus 30X berbeza daripada minyak zaitun extra virgin biasa yang terdapat di pasaran.

Kesimpulan

Tidak semua minyak zaitun extra virgin menawarkan kandungan antioksidan yang sama.

Kajian klinikal selama enam bulan oleh Université de Sherbrooke, Kanada menunjukkan bahawa minyak zaitun extra virgin tinggi polifenol seperti Olivie Plus 30X mempunyai potensi yang berbeza berbanding minyak zaitun extra virgin biasa dalam menyokong kesihatan salur darah.

Dengan kandungan hydroxytyrosol sehingga 30 kali ganda lebih tinggi berbanding EVOO biasa, Olivie Plus 30X menawarkan satu pilihan yang unik bagi mereka yang mencari minyak zaitun tinggi antioksidan yang disokong oleh kajian.

Kerana tubuh yang bekerja tanpa henti setiap hari layak menerima perlindungan yang terbaik.

 

Short FAQ:

1. Apa beza minyak zaitun biasa dan Olivie Plus 30X?

Perbezaan utama terletak pada kandungan antioksidan, khususnya hydroxytyrosol dan polifenol. Olivie Plus 30X mengandungi hydroxytyrosol tunggal sehingga 233mg/kg berbanding EVOO biasa yang lazimnya sekitar 7mg/kg. Manakala kumpulan hyroxytyrosol keseluruhan adalah 1680mg/kg.

 

2. Maksud hydroxytyrosol?

Hydroxytyrosol ialah salah satu antioksidan paling aktif yang terdapat dalam buah zaitun. Ia terkenal kerana saiz molekulnya yang kecil dan mudah diserap oleh tubuh.

 

3. Mengapa kandungan polifenol penting?

Polifenol membantu melindungi tubuh daripada kerosakan oksidatif yang berlaku akibat penuaan, tekanan hidup, pencemaran dan gaya hidup moden.

 

4. Adakah Olivie Plus 30X telah dikaji secara klinikal?

Ya. Olivie Plus 30X digunakan dalam kajian klinikal oleh Fakulti Perubatan Université de Sherbrooke, Kanada yang menilai kesannya terhadap kesihatan salur darah dalam kalangan warga emas.

 

5. Berapa banyak Olivie Plus 30X digunakan dalam kajian tersebut?

Peserta kajian mengambil dua sudu teh sehari selama enam bulan.

 

6. Apakah yang ditemui dalam kajian tersebut?

Penyelidik mendapati peningkatan kapasiti antioksidan sehingga 67%, peningkatan aktiviti enzim PON-1 serta pengurangan keradangan arteri dan tanda awal pengumpulan mikro-kalsium pada salur darah.

 

7. Siapakah yang sesuai mengambil Olivie Plus 30X?

Olivie Plus 30X sesuai untuk individu yang ingin menambah pengambilan antioksidan harian dan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan jangka panjang.

 

Link kajian: