TERMA SYARAT VIDEO MASAKAN (COOKING CONTEST) ELAIESE 11 NOVEMBER 2021 SEHINGGA 12 DISEMBER 2021.

1. Terma & Syarat Peraduan:

  • Pertandingan Video Masakan (Cooking Video Contest) ini terbuka kepada semua pelanggan Elaiese (termasuk ejen) yang membeli di Aafiyat Store berdekatan.
  • Peserta berpeluang untuk memenangi nilai baucer berjumlah sehingga RM450.00.
  • Pembelian dengan minimum sebotol Elaiese mestilah beserta resit pembelian.
  • Produk Elaiese mestilah dapat dilihat di dalam video masakan tersebut.
  • Resit pembelian hendaklah disimpan untuk pengesahan bagi pemilihan pemenang nanti. (Boleh simpan dalam bentuk gambar)
  • Peserta mesti memastikan facebook dan/atau intagram masing-masing telah ditetapkan dalam sebagai “Public”
  • Tempoh peraduan bermula: 11 November 21 sehingga 12 Disember 21.
  • Dengan menyertai peraduan ini, setiap peserta disifatkan telah bersetuju sepenuhnya dan tanpa syarat untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan.

2. Langkah-Langkah Untuk Menyertai Peraduan Adalah Seperti Berikut:

  • Peserta perlu membeli minimum satu (1) botol Elaiese di Aafiyat Store berhampiran.
  • Para peserta PERLU membuat rakaman video hidangan masakan menggunakan produk Elaiese.
  • Peserta dikehendaki “Follow” Facebook/Instagram Aafiyat Store Sdn. Bhd.
  • Peserta perlu merekod video, durasi tempoh maksimum 3 minit dan memuat naik video berkenaan di Facebook @ Instagram masing-masing dengan tag Aafiyat Store Sdn Bhd serta #elaiesereipe #aafiyatstore #cookingwithelaiese
  • Para peserta perlu membuat penulisan yang menarik dan WAJIB menggunakan ayat ‘Saya menggunakan produk Elaiese kerana…..”
  • Peserta boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang mereka inginkan dengan gambar dan penulisan yang berbeza.
  • Pememang akan diumum pada 30/12/21
  • Setiap pemenang hanya berhak memenangi satu (1) hadiah sahaja.
  • Sebarang penyertaan yang tidak lengkap, terlambat atau bukti pembelian yang tidak mencukupi akan terbatal secara automatic.
  • Penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyertaan yang hilang, terlambat atau salah arah.
  • Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad.

3. Pemilihan Pemenang: –

  • Pemilihan pemenang akan dijalankan oleh juri dalam bidang masakan beserta ucapan yang menarik.
  • Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi melalui facebook/intagram.
  • Sekiranya peserta yang disenarai pendek tidak boleh dihubungi, atau tiada respon dalam 24 jam, peserta seterusnya dari senarai yang disenarai pendek akan dihubungi.
  • Pemenang akan diumum melalui Facebook Aafiyat Store Sdn. Bhd. pada 30 Disember 2021.

4. Hadiah Peraduan (“Hadiah”) Adalah:

Nilai Hadiah:

  • Hadiah Utama: Baucer bernilai RM150
  • Hadiah tempat Kedua: Baucer bernilai RM100
  • Hadiah tempat Ketiga: Baucer bernilai RM50
  • Hadiah saguhati : 5 x Baucer bernilai RM30
  • Nota:
  • Hadiah akan diserahkan kepada kedai ejen Aafiyat Store tempat pembelian dibuat.
  • Semua Hadiah terikat kepada terma dan syarat yang dilampirkan pada Hadiah.
  • Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk memberikan Hadiah alternatif nilai yang sama tanpa notis terlebih dahulu.
  • Hadiah tidak boleh ditebus dengan wang tunai dan tidak boleh dipindah milik.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan telah memberikan hak kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butir-butir, dokumen dan maklumat mereka untuk tujuan pengiklanan dan semua publisiti lain dari semasa ke semasa tanpa apa-apa royalti atau pampasan termasuk tanpa batasan untuk sebarang rakaman dan rakaman yang berkaitan dengan Peraduan.
  • Semua penyertaan akan menjadi milik Pihak Penganjur dan Peserta tidak akan menuntut, menggunakan, atau mengeksploitasi penyertaan untuk sebarang tujuan dengan apa jua maksudnya pada bila-bila masa.
  • Pihak Penganjur berhak mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk menukar,membatalkan, menamatkan, menangguhkan Peraduan ini dan / atau meminda Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan tanpa apa-apa bayaran atau pampasan.
  • Semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah muktamad dan mengikat ke semua Peserta Peraduan ini, dan tiada surat-menyurat akan dilayan.
  • Penganjur berhak untuk mengesahkan kelayakan Peserta dan Peserta yang tidak mematuhi Terma dan Syarat ini akan hilang kelayakan. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kelayakan seperti itu.
  • Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang menentukan atau semunasabahnya disyaki untuk mengganggu proses penyerahan Peraduan atau pengendalian Peraduan ini, atau bertindak melanggar atau berpotensi melanggar terma-terma ini dan keadaan.
  • Tanpa mengehadkan perkara di atas, Pihak Penganjur mempunyai hak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang berbahaya kepada proses penyerahan Peraduan atau pengendalian Peraduan ini.
  • Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat dalam semua aspek dan tiada surat-menyurat atau rayuan selanjutnya akan dilayan.

5. Dasar Data & Privasi Peribadi

Adalah menjadi tanggungjawab Peserta untuk memberikan maklumat lengkap dan sah. Peserta bersetuju untuk memberikan hak kepada Penganjur untuk mendapatkan akses untuk mendapatkan, mengekstrak, mengesahkan dan / atau menggunakan maklumat yang diberikan pada bila-bila masa dari semasa ke semasa.

DAPATKAN ELAIESE SEKARANG!