SAMBUTAN HARI JANTUNG SEDUNIA 2020 DI SELURUH MALAYSIA

World Heart Day 2020 atau Sambutan Hari Jantung Sedunia merupakan suatu program tahunan yang dilaksanakan oleh Olive House dalam menyokong kempen World Heart Federation dalam memerangi penyakit CVD atau ‘Cardiovaskular Disease’ di Malaysia.

Olive House mengulangi sejarah melaksanakan Kempen Hari Jantung Sedunia dengan kolaborasi bersama Yayasan Jantung Malaysia yang merupakan wakil rasmi Malaysia berdaftar dengan World Heart Federation bagi menjayakan kempen ini dengan sebaiknya dalam memupuk kesedaran dalam masyarakat hari ini berkaitan penyakit CVD ini.

Berdasarkan laporan Perangkaan Sebab Kematian, Malaysia pada 2019, kematian disebabkan penyakit jantung iskemik meningkat 35.3 peratus berbanding 13,503 kematian pada 2017 dan kekal menjadi punca utama kematian rakyat negara ini. Peningkatan kes pesakit jantung pada usia muda iaitu seawal 25 tahun juga sudah menjadi fenomena yang biasa di hospital dan klinik di seluruh Malaysia.

Ditambah lagi laporan daripada World Heart Federation sentiasa mengingatkan bahawa pesakit jantung merupakan golongan berisiko tinggi yang perlu mengambil langkah berhati-hati semaksimum mungkin untuk mengelak jangkitan Covid-19, kesemua faktor-faktor ini menyebabkan Olive House terpanggil untuk terus komited memberi kesedaran dan cara pencegahan penyakit jantung di Malaysia.

KOLABORASI STRATEGIK DI ANTARA OLIVE HOUSE DAN YAYASAN JANTUNG MALAYSIA

Program Jualan Amal yang merekodkan sumbangan sebanyak RM 30,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia pada tahun 2019 diteruskan pada tahun 2020 dimana sebahagian penjualan produk minyak zaitun extra virgin Olivie Plus dan Olivie Power Up akan disalurkan kepada Yayasan Jantung Malaysia. Dengan sambutan yang menggalakkan pada tahun lepas, pelanggan dapat sama-sama membuat sumbangan melalui pembelian produk terlibat mulai 29 September sehingga 1 Disember 2020.

Kolaborasi pada tahun 2020 diperluaskan dengan mengadakan dua aktiviti utama iaitu Tajaan Pesanan Khidmat Masyarakat YJM dan Olive House di radio IKIM.FM dan Virtual Run & Ride World Heart Day. Pelancaran program dilaksanakan di Rancangan Selamat Pagi Malaysia dan Bual Bicara Khas Hari Jantung Sedunia yang diadakan di radio IKIM.FM.

Layari video pelancaran Hari Jantung Sedunia 2020 di Selamat Pagi Malaysia (SPM) : https://www.facebook.com/watch/?v=1489471754596093

Bual bicara khas Hari Jantung Sedunia 2020 di IKIM.FM : https://www.facebook.com/watch/live/?extid=kFidPYwq4oGoMAqj&v=888406544899351&ref=watch_permalink

Tajaan pesanan khidmat masyarakat bersama Yayasan Jantung Malaysia diperkenalkan bagi memberi informasi kepada masyarakat secara amnya tentang bahaya dan simptom penyakit jantung dan cara pencegahan bagi mengelakkan serangan jantung melalui pemakanan dan gaya hidup sihat.

SISIPAN RANCANGAN BICARA DOKTOR BERSAMA DR ZUBAIDI AHMAD

Antara aktiviti yang turut dilaksanakan untuk memeriahkan sambutan Hari Jantung Sedunia 2020 ialah Bual Bicara Khas Rancangan Bicara Doktor bersama Dr. Zubaidi Ahmad. Berikut merupakan antara kupasan menarik sepanjang program tersebut:

1) Ceritakan keadaan semasa penyakit jantung di Malaysia.

Polar kesihatan masyarakat Malaysia berubah mengikut peredaran semasa. Sebelum ini, kebanyakan pesakit jantung bermula ketika berusia 50 hingga 70 tahun namun kini kebanyakan serangan jantung bermula dari usia muda. Penyakit yang dahulunya tertumpu kepada golongan berkemampuan disebabkan faktor pemakanan tidak sihat namun kajian terbaru mendapati penyakit jantung tidak lagi tertumpu pada sesetengah golongan mahupun usia.

Terdahulu juga kebanyakan pesakit jantung adalah terdiri daripada golongan lelaki disebabkan faktor seperti merokok tetapi kini wanita juga cenderung menghidap penyakit jantung walaupun sepatutnya kebanyakan wanita muda yang masih muda dilindungi oleh hormon estrogen. Ini menunjukkan kebanyakan orang terlepas pandang akan kesan jangka panjang(10-15 tahun) masalah penyakit “basic” iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, tinggi kolestrol yang tidak dirawat akan menjurus kepada penyakit jantung.

Sisipan ini adalah petikan daripada program BICARA DOKTOR yang ditayangkan khas di RTM 1 pada 24 September 2020 sempena Hari Jantung Sedunia.

Olive House

2) Nyatakan jenis-jenis penyakit jantung yang sering kali membelenggu rakyat Malaysia?

  • Penyakit jantung iskemik (IHD)
  • Penyakit injap jantung.
  • Kardiomiopati
  • Masalah rentak (aritmia)

3) Boleh Dr. nyatakan bagaimana untuk kita mengetahui kadar degupan jantung yang normal?

Degupan jantung yang normal adalah antara 60 hingga 90 per minit, namun kadar ini boleh berubah bergantung kepada beberapa faktor, contohnya selepas melakukan senaman kadar denyutan jantung akan menjadi lebih tinggi. Degupan jantung juga akan menjadi lebih tinggi ketika demam, mengalami anemia atau kekurangan darah merah dan juga ketika hamil. Jantung akan berdegup perlahan disebabkan faktor ubat-ubatan atau kegagalan jantung sendiri untuk berfungsi.

4) Apakah simptom-simptom asas berlakunya penyakit jantung?

  • Secara klasikalnya, kesakitan bukan hanya setakat tertumpu pada jantung, malahan turut dirasai di bahagian luar dada, belikat, leher, tangan, lengan dan jari.
  • Mengalami kesukaran bernafas
  • Mengalami palpitation atau degupan jantung yang laju.

5) Cara-cara untuk mencegah penyakit jantung?

  • Amalkan gaya hidup sihat dengan sentiasa bersenam
  • Lebihkan makanan yang mengandungi “healthy fat”
  • Amalkan minyak sihat seperti minyak zaitun untuk mengurangkan risiko membantu menurunkan kadar kolestrol yang tinggi dalam darah
  • Sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan dan merujuk pada pakar
  • Berhenti merokok
  • Elakkan berada dalam keadaan stres dan tertekan.

JOM SAMA-SAMA KITA “PERANGI PENYAKIT CVD”!

Sebagai langkah untuk membantu dalam memerangi penyakit CVD, Olive House sedang menjalankan kempen ” USE TO BEAT ” bermula 29 September 2020 sehingga 1 Disember 2020. Bersempena kempen ini juga, Olive House menjalankan jualan amal bagi mengumpul sumbangan kepada Yayasan Jantung Malaysia. Mari sama-sama kita amalkan gaya hidup yang aafiyat (sihat) dan mengambil pemakanan yang semulajadi & organik, berkualiti tinggi dan terbukti dari kajian saintifik.