Immune Booster Semulajadi2020-04-16T15:11:36+08:00

PENGENALAN
COVID-19 : NOVEL CORONAVIRUS

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak coronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, di wilayah Hubei, China. Virus tersebut ialah coronavirus dan virus ini merupakan virus keluarga yang termasuk selsema biasa dan virus seperti Sars dan Mers. WHO memberi nama rasmi baharu coronavirus yang kali pertama dikenal pasti di China 31 Disember 2019 yang lalu. Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata nama yang dipilih ialah COVID-19 sebagai singkatan Co untuk Corona, Vi untuk Virus dan D untuk ‘Disease‘ / penyakit.

PAUTAN LAPORAN TERKINI KES COVID-19

Status Terkini Dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Status Terkini Dari Live Photos

KENALI SIMPTOM-SIMPTOM COVID-19

Simptom dan tanda bagi jangkitan ini juga banyak berkaitan dengan gejala pernafasan. Ini menjadikan diagnosis dan pengesanan COVID-19 agak mencabar kerana kebanyakan gejala adalah sangat biasa dijumpai dan boleh bermakna apa sahaja daripada jangkitan influenza hinggalah ke pneumonia atau tuberkulosis. Inilah sebabnya selain memberi tumpuan kepada gejala dan tanda-tanda jangkitan, terdapat juga saringan kesihatan terhadap mereka yang mempunyai faktor risiko tinggi seperti mereka yang telah pergi ke / dari Wuhan atau China pada umumnya selama 2-3 minggu yang lalu.

Tempoh inkubasi (masa yang diambil untuk gejala pertama untuk menunjukkan dirinya selepas seseorang yang dijangkiti virus) untuk COVID-19 ini dijangkakan berada dalam tempoh 14 hari. Ianya bermakna seseorang yang dijangkiti virus ini tidak akan mempunyai gejala atau tanda selama 14 hari dan berpotensi menyebarkan penyakit ini dalam masa tersebut. Berikut adalah simptom COVID-19:

Lihat Produk
Beli Sekarang!
Fat Burner Semulajadi

COVID-19 adalah isu kesihatan awam yang serius dan jika anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali mempunyai gejala yang disenaraikan di atas bersama-sama dengan faktor risiko seperti interaksi dengan orang / pelancong dari China atau telah pergi ke / dari China pada masa lalu 2- 3 minggu lalu, maka anda harus melaporkan kepada klinik/hospital terdekat anda dengan segera.

LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 YANG PERLU ANDA TAHU

Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan COVID-19.

BAGAIMANA KITA DAPAT MEMBANTU MENCEGAH COVID-19

Selain mengambil langkah-langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti diatas, kita boleh juga membantu mencegah dan melawan COVID-19 dengan meningkatkan dan menguatkan sistem imuniti badan kita. Antara pilihan pemakanan yang kita boleh amalkan untuk meningkatkan imuniti badan secara semulajadi adalah dengan mengambil produk makanan seperti berikut:

MADU

Ialah makanan yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan.

Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu mempunyai ciri-ciri antibakteria dan anti-kulat, yang dapat membantu mengurangkan risiko virus dan bakteria punca penyebab penyakit terutamanya COVID-19.

Beli Sekarang!

MINYAK ZAITUN

Adalah minyak yang didapati dari buah zaitun (Olea europaea), pokok tradisional dari lembah Mediterranean. Minyak zaitun berasal dari pokok zaitun yang tumbuh lambat, mempunyai batang berkedut dan kelabu ramping dengan cabang pecah-pecah. Pokok zaitun boleh tumbuh sehingga 50 meter di habitat semula jadi mereka dan hidup selama lebih daripada 500 tahun. Buah ini mempunyai bentuk bulat gemuk dengan warna hijau apabila mentah dan berubah menjadi kekuning-kuningan apabila sudah mula memasak. Minyak zaitun adalah merupakan antara salah satu makanan yang kaya dengan Vitamin D yang bersifat anti-radang dan anti-bakteria. Hal ini dapat membantu menguatkan sistem imuniti badan kita.

Beli Sekarang!

DELIMA (Punica granatum)

Merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Sifat jus delima yang tinggi kandungan antioksidan penting untuk memastikan sel-sel dalam badan melawan virus, mengurangkan keradangan dan mencegah kerosakkan organ. Selain itu, jus delima juga kaya dengan vitamin C yang mampu membantu meningkatkan imuniti badan untuk melawan penyakit lebih-lebih lagi dalam situasi COVID-19 yang sedang melanda kita sekarang.

Beli Sekarang!

KURMA

Kajian menunjukkan, kurma mengandungi nilai nutrisi yang sangat hebat.Dalam bentuk buah kering, kandungan kalori adalah lebih tinggi berbanding kebanyakan buah segar. Kandungan kalori dalam kurma adalah serupa dengan buah-buahan kering yang lain, seperti kismis dan buah tin. Secara am, kebanyakan kalori dalam kurma datang dari karbohidrat. Selebihnya adalah dari jumlah protein yang sangat kecil. Selain dari kalori, kurma juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang penting di samping serat yang tinggi. Kurma juga mempunyai pelbagai nutrisi, mineral, antioksida dan komponen ‘phytochemicals’ yang baik untuk mempertingkat sistem imuniti badan yang dapat membantu mengurangkan risiko terkena COVID-19.

Beli Sekarang!

JOM SAMA-SAMA KITA “BOOST OUR IMMUNITY, PROTECT YOUR COMMUNITY”!

Sebagai satu langkah untuk membantu kerajaan dalam menangani COVID-19, Olive House sedang menjalankan kempen “Boost Your IMMUNITY, Protect Yout COMMUNITY“. Mari sama-sama kita amalkan gaya hidup yang aafiyat (sihat) dan mengambil pemakanan yang semulajadi & organik, berkualiti tinggi dan terbukti dari kajian saintifik.