fbpx
influenza A

Musim sekarang ramai yang mula batuk, selsema dan demam malah ada yang disahkan positif influenza. Yang paling membimbangkan sekali adalah sekolah pun ada yang diarah untuk tutup kerana 6,000 pelajar dijangkiti Influenza. Sebagai ibu bapa, memang kita risau bila anak panas badan atau tak bermaya. Persoalannya, adakah ini cuma selesema biasa, atau influenza (flu) yang boleh jadi serius?

Apa Itu Influenza?

Influenza ialah jangkitan saluran pernafasan disebabkan oleh virus influenza A, B atau C. Di Malaysia, walaupun tiada musim sejuk, jangkitan ini boleh berlaku sepanjang tahun terutamanya apabila imuniti badan menurun. Virus influenza merebak melalui titisan batuk dan bersin, atau melalui sentuhan pada permukaan yang tercemar. Sebab itu, walaupun kita jaga pemakanan, kebersihan diri dan imuniti tetap memainkan peranan penting.

Tanda dan Gejala Influenza

Gejalanya hampir sama seperti selesema biasa, tetapi biasanya lebih teruk dan mendadak.
Antaranya:

  • Demam tinggi secara tiba-tiba
  • Batuk dan sakit tekak
  • Sakit kepala, sendi dan otot
  • Keletihan melampau
  • Kadangkala cirit-birit atau muntah (terutama pada kanak-kanak)
  • Kebiasaannya, pesakit akan sembuh dalam masa seminggu, tetapi bagi golongan berisiko — seperti kanak-kanak kecil, warga emas dan ibu mengandung — influenza boleh membawa kepada komplikasi seperti pneumonia dan keradangan jantung atau otak.

Cara Mencegah & Merawat Influenza
1. Dapatkan Vaksin Influenza

Vaksin disarankan terutamanya untuk:

  • Kanak-kanak bawah 5 tahun
  • Ibu mengandung
  • Pesakit kronik (asma, diabetes, hipertensi)
  • Warga emas

Terdapat dua jenis vaksin:

  • Quadrivalent (melindungi 4 jenis virus)
  • Trivalent (melindungi 3 jenis virus)

Vaksin bukan 100% elak jangkitan, tapi bantu kurangkan risiko & keparahan simptom.

2. Amalkan Langkah Pencegahan Harian

  • Cuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan
  • Tutup mulut & hidung ketika batuk / bersin
  • Elak berkongsi barangan peribadi
  • Gunakan pelitup muka jika bergejala

3. Tingkatkan Imuniti Secara Semula Jadi

Ramai ibu bapa kini memilih pendekatan fitrah & semula jadi kerana ia bukan sekadar rawatan, tetapi pencegahan harian dan di sinilah, Madu Kyrgyzstan & Minyak Habatussauda Olive House memainkan peranan penting.

Madu Kyrgyzstan Olive House — Hikmah Al-Quran, Bukti Sains

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya; di dalamnya terdapat penawar bagi manusia.”
(Surah An-Nahl, 69)

Madu Kyrgyzstan berasal dari kawasan gunung bebas pencemaran dan tidak dipanaskan atau ditapis berlebihan, mengekalkan enzim & nutrien semula jadi.

Kajian menunjukkan madu asli kaya dengan:

  • Flavonoid & Polifenol – antioksidan kuat melawan radikal bebas
  • Enzim aktif (glucose oxidase, catalase) – kesan antimikrob & anti-radang
  • Vitamin & mineral – menyokong tenaga dan metabolisme badan

✅ Disahkan KKM (MESTI & Autentik)
🏆 Pingat Emas World Bee-Keeping Award

Minyak Habatussauda Olive House — Kekuatan Thymoquinone (TQ)

“Gunakanlah Habatussauda, kerana padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali maut.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Sains moden kini membuktikan sabda ini benar.
Komponen aktif Thymoquinone (TQ) dalam Habatussauda mempunyai:

  • Kesan anti-virus & anti-mikrob
  • Anti-radang & antioksidan
  • Kesan menguatkan sistem imun (immunomodulator)

Rujukan: Phytotherapy Research (2020), Journal of Molecular Sciences (2021)

Perlindungan Aafiyat: Dua Anugerah Quranik Dalam Satu Rutin

Apabila Madu Kyrgyzstan dan Habatussauda Olive House diamalkan bersama, ia menjadi rutin pemakanan Quranik moden yang membantu:

  • Menyokong sistem imun harian
  • Mengurangkan risiko jangkitan pernafasan seperti influenza
  • Memberi tenaga & ketenangan minda
  • Bukan ubat, tetapi usaha fitrah berpaksikan wahyu & disokong sains.

Rutin Aafiyat Harian Olive House

Dewasa:
1 sudu kecil madu + 3–5 titis minyak Habatussauda setiap pagi & malam

Kanak-kanak:
½ sudu kecil madu + 1–2 titis minyak Habatussauda dalam air suam

Langkah kecil, kesan besar. Pelindung semula jadi keluarga anda sepanjang musim influenza. Sama-samalah kita ikhtiar. 

Olive House — Realizing Aafiyat Lifestyle

Kami di Olive House percaya pada hikmah pemakanan Quranik yang diperakui sains. Influenza mungkin tidak dapat dielak, tetapi dengan sistem imun yang kuat dan gaya hidup Aafiyat, keluarga anda lebih bersedia menghadapi musim penyakit ini.

Jom dapatkan produk untuk tingkatkann imuniti anda di olivehousemall.com