Peraduan Aafiyat Menang Bersama 2019

Peraduan Aafiyat Menang Bersama 20192019-06-17T09:34:29+00:00

Terma & Syarat Peraduan Aafiyat Menang Bersama 2019

  1. OHR Marketing Sdn Bhd (“OLIVEHOUSE”) adalah penganjur Aafiyat Menang Bersama (“Pertandingan”) ini.
  2. Pertandingan ini bermula pada 18 Jun 2019 dan berakhir pada 31 Julai 2019 pada 23:59 (“Tempoh”).
  3. Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan berusia 18 tahun dan ke atas seperti yang dinyatakan di Kad Pengenalan Peserta/Pelanggan bermulai tarikh pembelian .
  4. Kakitangan HQ, Pejabat Pengurus Ejen ,Pengurus Ejen,Ejen atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan perniagaan beserta keluarga terdekat adalah tidak layak untuk menyertai pertandingan ini. Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan,anak,ibubapa mertua, ibu bapa dan adik- beradik.
  5. Untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan ini, peserta /pelanggan hendaklah:
    • Membeli satu atau campuran mana-mana produk (“Produk Peraduan”) iaitu:
      1. Olivie Plus 30x 250ml
      2. Olivie Power Up 340g
      3. Olivie Ultra Pop
      4. Jus Delima Azerbaijan(1liter)/Jus Delima Azerbaijan (200ml)/Pati Delima (350g)
      5. Minuman Koko Pra Campuran
      6. Madu Gunung Kyrgyzstan 125gx1 / Madu Gunung Kyrgyzstan 125gx3
      7. Sari Cuka Teen 250ml / Sari Cuka Teen 500ml
    • Pembelian produk Peraduan hendaklah didalam 1 resit daripada mana-mana ejen OH yang berdaftar dengan jumlah minima RM200.00 dan ke atas .
    • Pelanggan hendaklah menghantar gambar resit asal dan hantar ke Hotline 013-5000157/0135200157 melalui Whatsapp/Sms/Telegram bersama dengan butiran penyertaan iaitu :
      • Nama Penuh:
      • Nombor Kad Pengenalan:
      • Alamat:
      • Nama Ejen:
    • Peserta perlu menyimpan resit asalnya untuk menuntut hadiah
    • Olive House dengan budibicara yang mutlaknya memilih 50 pemenang daripada peserta yang memenuhi syarat untuk menerima hadiah BAUCER PETROL RM100.
    • Olive House boleh mengikut budibicara mutlaknya menggantikan sebarang hadiah dengan apa-apa perkara yang mempunyai nilai yang sama
    • Hadiah tidak boleh ditukar atau dipindah milik
    • Pemenang akan diumumkan di Facebook Olive House: Malaysiaolivehouse dari semasa ke semasa sepanjang tarikh berlangsungnya Peraduan.
    • Pemenang akan dihubungi oleh staff HQ bagi pengesahan maklumat
    • Olive House berhak untuk menggantikan peserta simpanan sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi dalam tempoh 1 minggu daripada tarikh penebusan
    • Sekiranya pemenang dan peserta gantian tidak dapat dihubungi,ianya dianggap tidak memenangi hadiah ini .
    • Tiada surat rayuan akan dilayan dan keputusan daripada Olive House adalah muktamad
    • Olive House berhak mengubah tarikh pengumuman pemenang disebabkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan tidak dijangka jika tindak balas yang mengalakkan, dan lain-lain.
    • Jika terdapat pertikaian mengenai identiti peserta dan mana-mana aspek lain dari apa-apa penyerahan peserta, Olive House berhak memutuskan keputusan tersebut dan keputusannya adalah muktamad,konklusif dan mengikat peserta yang berkaitan
    • Dengan menyediakan maklumat yang diperlukan, Peserta dengan ini bersetuju kepada Olive House dalam memproses data peribadinya untuk Peraduan ini dan lain-lain aktiviti yang dijalankan oleh Olive House selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010(“PDPA”) yang dijelaskan.
    • Maklumat Peserta/Pelanggan boleh dikongsi antara syarikat Olive House dan /atau rakan kongsi perniagaan Olive House, kakitangan,ejen atau berkaitan untuk tujuan ini.
    • Olive House tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara kepada mana-mana orang untuk sebarang kerugian atau kerosakan terhasil daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini
    • Olive House akan mempunyai hak dan budi bicara mutlak menentukan segala perkara berkaitan dengan Peraduan ini termasuk tetapi bukan mengehadkan kepada kelayakan Peraduan ini dan keputusan sedemikian akan menjadi muktamad dan terikat kepada semua peserta peraduan/pelanggan
    • Olive House mungkin pada bila-bila masa boleh menamatkan Peraduan ini atau meminda mana-mana daripada terma dan syarat Peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu dan tanpa memberikan apa-apa sebab
    • Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan semua pihak bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia
Whatsapp Penyertaan SEKARANG!