PROMOSI RAMADHAN RAYA
BELI & BERPELUANG MENANG DUIT RAYA RM 20,000

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, Olive House dengan berbesar hati mengadakan Promosi Ramadhan Raya bermula dari 16 April sehingga 30 Jun 2020. Beli produk terpilih Olive House melalui platform ecommerce rasmi iaitu www.aafiyat2u.com atau melalui ejen-ejen rasmi Olive House di seluruh Malaysia dan anda berpeluang untuk memenangi Aafiyat Duit Raya!

RM 20,000 duit raya telah disediakan untuk dimenangi sepanjang tempoh Promosi Ramadhan Raya ini. Beli produk terpilih dan hantarkan borang penyertaan anda sebanyak yang mungkin! Berikut adalah produk Promosi Ramadhan Raya yang terpilih:

PROMOSI DISKAUN PRODUK TERPILIH SEHINGGA 15%

PRODUK PROMOSI RAMADHAN RAYA

Ketahui kebaikan produk yang terpilih untuk Promosi Ramadhan Raya ini dan mengapa anda perlu amalkan pemakanan berikut sebelum dan semasa Bulan Ramadhan ini.

KURMA AJWAH DARI MADINAH (200g)

Khasiat buah kurma sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Kurma Ajwah Olive House merupakan kurma yang berkualiti tinggi dan diimport terus dari Madinah dan antara kelebihannya adalah:

  • Diiktiraf MeSTI oleh KKM & Halal dari JAKIM
  • Tinggi Vitamin B3. Niacin diperlukan untuk pembebasan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat
  • Sumber Vitamin B6 yang diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah
  • Sumber Magnesium yang membantu menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium

MADU ASLI DARI PERGUNUNGAN KYRGYZSTAN (125g)

Madu ini dihasilkan oleh lebah liar yang mengumpul nektar dari ribuan bunga (multiflora) di kawasan pergunungan Kyrgyzstan yang segar dan jauh dari pencemaran. Antara kelebihannya adalah:

  • Mendapat pengiktirafan antarabangsa di World Beekeeping Awards 2017
  • Diiktiraf MeSTI, Halal dan memperoleh pensijilan Autentik (Asli) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Dibotolkan tanpa tapisan dan tidak menjalani sebarang proses pemanasan
  • Sarat dengan nutrien semulajadi yang hebat

BUTIRAN CAMPURAN EKSTRAK BUAH ZAITUN & DAUN ZAITUN (100g)

Ianya adalah ekstrak dari buah, ranting dan daun zaitun direndam bersama minyak zaitun ‘extra virgin’ yang menggunakan teknologi Jepun untuk menghasilkan produk minyak zaitun berbentuk butiran pertama di Malaysia.

  • Diiktiraf MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Mendapat pengiktirafan Halal daripada Institut Halal Morocco yang diiktiraf JAKIM dan Organik daripada ‘United States Department of Agriculture’ (USDA) dan ‘European Union’ (EU)
  • Bebas lemak trans dan kolesterol serta Tinggi nilai Vitamin D yang membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan

OATS MINUMAN BIJIRIN PRACAMPUR (15 peket)

Formulasi istimewa hasil gabungan bahan-bahan semulajadi yang mengandungi pelbagai jenis kebaikan dari Oat dan susu tepung skim, Biji Chia dan Ekstrak Kurma, Buah Hawthorn Beri, Buah Monk & Garam Bukit.

100% TANPA gula tambahan atau pemanis tiruan. Oats Olive House bebas dari lemak trans dan tinggi serat diet, kandungan Vitamin B & Protein dan lain-lain.

Hanya 2 minit penyediaan untuk makan lengkap sebagai menu sahur sihat seisi keluarga.

CAMPURAN MINUMAN BOTANI DAUN ZAITUN & HAWTHORN (20 uncang)

Daun zaitun dan hawthorn paling popular dan lebih dikenali di pasaran dunia sebagai pembantu melawan penyakit-penyakit berkaitan kardiovaskular, kadar gula dan tekanan darah.

Satu-satunya teh daun buah zaitun dengan tambahan khasiat beberapa beri dan serbuk kayu manis Ceylon yang boleh didapati di pasaran Malaysia. Mengandungi dua kali ganda kandungan antioksida daripada teh hijau, dan 400 peratus lebih tinggi daripada Vitamin C.

*** Peringatan: Tidak boleh diambil oleh wanita mengandung dan menyusu.

DAH BELI PRODUK RAMADHAN RAYA?
HANTAR PENYERTAAN ANDA DAN BERPELUANG MENANGI AAFIYAT DUIT RAYA!

Ya! Anda berpeluang untuk menangi Aafiyat Duit Raya. Duit raya berjumlah RM 20,000 menanti pemenang yang bertuah. Duit raya dibahagikan seperti berikut:

TERMA & SYARAT
AAFIYAT DUIT RAYA OLIVE HOUSE

  1. Aafiyat Duit Raya (“Peraduan”) ini adalah anjuran syarikat OHR Marketing Sdn Bhd (1077520-K) yang beralamat di No. 421 Jalan Perusahaan 6, Taman Bandar Baru Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia dan juga dikenali diatas jenama ‘OLIVE HOUSE’ (“Penganjur”).
  2. Peraduan ini adalah dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun pada tarikh bermula peraduan. Peraduan ini adalah dikecualikan kepada semua kakitangan OHR Marketing Sdn Bhd (“Penganjur”), ejen – ejen Olive House, konsultan serta anggota keluarga terdekat kakitangan.
  3. Peraduan ini bermula dari 16/4/2020 dan berakhir pada 30/6/2020 (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa dalam Tempoh Peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
  4. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur tidak memberi hak kepada peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada Penganjur bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh peserta sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung yang timbul daripada atau berhubung dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan oleh Penganjur.
  1. Dengan pembelian produk Promosi Ramadhan Raya sepanjang Tempoh Program, Peserta yang bertuah akan memperolehi “Kad Tahniah Anda Memenangi Duit Raya” (“Kad Tahniah”) dengan berjumlah wang ringgit (RM) tertentu yang terdapat didalam kotak produk.
  2. Berikut produk Promosi Ramadhan Raya ‘(“Produk”) :-
  3. Setiap Peserta yang berjaya memperolehi Kad Tahniah, ikuti langkah tebusan seperti berikut :-
    • Muat naik gambar Kad Tahniah Aafiyat Duit Raya yang diterima beserta resit belian
    • Taip Maklumat diri (Nama penuh, Alamat, No. Kad Pengenalan, No akaun Bank dan nama Bank)
    • Hantarkan butiran di atas ke WhatsApp Hotline 019-4033157
  4. Peserta akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi Whatsapp dari Penganjur dalam tempoh 1-3 hari bekerja bagi setiap tebusan yang diterima.
  5. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penghantaran yang tidak lengkap,sukar dibaca dan rosak.
  6. Penganjur, atas budi bicara mutlaknya, berhak untuk menolak, membatalkan atau menyingkirkan mana-mana penghantaran tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak.
  7. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya peserta tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan.
  1. Terdapat RM20,000.00 duit raya yang disediakan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Program seperti berikut :
    • RM500 x 5 orang
    • RM200 x 5 orang
    • RM100 x 5 orang
    • RM50 x 320 orang
  2. Peserta akan dihubungi melalui telefon dan sekiranya gagal dihubungi dalam tempoh 3 percubaan ,pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan.
  3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.
  4. Peserta boleh menghantar penebusan hadiah sepanjang Program bermula 16 April 2020 – 30 Jun 2020.
  5. Sebarang kelewatan penebusan melepasi tarikh 30 Jun 2020 tidak akan dikira dan dilayan oleh Penganjur.
  6. Pembayaran hadiah Duit Raya akan dibuat pada pemenang melalui 2 fasa:
    • Fasa 1: 8 Jun 2020 – 12 Jun 2020 (Pembelian bertarikh 16 April 2020 – 31 Mei 2020)
    • Fasa 2: 6 Julai 2020 – 10 Julai 2020 (Pembelian bertarikh 1 Jun 2020 – 30 Jun 2020)
  7. Pihak penganjur berhak ,mengikut budibicara mutlaknya boleh menggantikan hadiah lain atau ditukar dalam bentuk apa jua bentuk lain atas apa jua sebab tanpa pemberitahuan kepada pelanggan.
  8. Terma Syarat adalah muktamat oleh pihak Penganjur.
  1. Notis bertulis (“Notis”) ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa data peribadi peserta adalah diproses oleh atau bagi pihak OHR Marketing Sdn Bhd (“Olive House”) Dengan mengemukakan maklumat peribadi semasa dalam peraduan ini, peserta adalah dengan ini mengizinkan pemprosesan data peribadi. Olive House akan memproses data peribadi yang telah berikan seperti nama, nombor kad pengenalan peribadi,alamat dan maklumat akaun bank yang dikehendaki melalui Peraduan ini. Olive House akan memproses data peribadi peserta, termasuk sebarang maklumat tambahan yang mungkin berikan kepada Olive House untuk tujuan mengendalikan Peraduan ini (jika perlu).
  1. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Program adalah mutakhir, muktamad dan mengikat dan tiada surat-menyurat lain akan dilayan.
  2. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Peraduan Aafiyat Menang Duit Raya, sila hubungi Talian Hotline di 013-5000157/0135200157 bermula jam 10 pagi – 5 petang , Isnin hingga Jumaat atau  kunjungi website www.olivehouse.my

JADI TUNGGU APA LAGI?

KLIK BUTANG “BELI SEKARANG” DIBAWAH DAN HANTAR PENYERTAAN ANDA UNTUK BERPELUANG MENANGI AAFIYAT DUIT RAYA!