Serangan jantung merupakan salah satu penyakit jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia sejak 13 tahun lalu. Menurut laporan akhbar tempatan, peningkatan sebanyak 54 peratus telah dicatatkan dalam tempoh 10 tahun ini dengan 13,503 kematian pada 2017 berbanding hanya 8,776 kematian pada 2007.

Antara faktor yang menjadi perbincangan adalah gaya hidup masyarakat di negara terutamanya tabiat pemakanan tidak sihat. Antaranya pengambilan refined carbo yang tidak terkawal, minuman dan makanan berproses serta makanan segera. Terdapat kajian mendapati makanan-makanan ini banyak mengandungi bahan tidak sihat seperti trans-fat, pengawet dan pewarna tiruan yang menjadi punca gangguan kesihatan seseorang dalam jangka masa panjang.

Jika dibandingkan dengan negara Mediterranean, kadar penyakit jantung adalah lebih sedikit berbanding di negara kita. Ini dipengaruhi budaya pemakanan yang juga dikenali Mideterranean Diet yang mana lebih banyak mengandungi sayur, buah-buahan dan minyak zaitun.

Kajian menunjukkan khasiat yang terdapat di dalam minyak zaitun mampu menyumbang kepada kesihatan manusia secara khususnya kepada kesihatan jantung. Kandungan mono-unsaturated fat dan antioksida yang tinggi dalam minyak zaitun boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok serta penyakit kronik yang lain.

Keradangan dan oksidasi kolestrol antara punca utama kepada masalah berkaitan jantung di mana, di dalam minyak zaitun terdapat bahan mempunyai sifat anti-keradangan dan juga antioksida yang mampu menghalang tekanan oksidasi kolestrol daripada berlaku. Dua sifat utama dalam minyak zaitun ini adalah factor penting bagi mencegah dari berlakunya serangan jantung.

Ibuprofen adalah sejenis dadah yang digunakan untuk tujuan mengurangkan keradangan bagi kalangan pesakit jantung. Yang menakjubkan adalah, di dalam minyak zaitun terdapat bahan bernama oleocanthal yang memunyai kesan dan tindakan yang sama seperti ibuprofen. Ini menjadikan minyak zaitun merupakan ‘heart-healthy food’ atau erti kata lain makanan yang baik untuk kesihatan jantung seseorang.

Pastikan anda memilih minyak zaitun dari jenis extra virgin kerana terdapat banyak jenis yang lain seperti Virgin Olive Oil, Pomace, Light dan Extra Light. Extra virgin olive oil (EVOO) ini merupakan pati minyak zaitun yang melalui proses perahan secara mekanikal tanpa haba tambahan (mechanically cold-pressed). Unfiltered EVOO amat disarankan kerana mempunyai lebih banyak khasiat berbanding jenis filtered di mana nitrogen filling membantu mencegah dari berlakunya fermentasi.

Selain itu, Amercian Heart Assosiation (AHA) juga menyarankan pengambilan dua sudu besar minyak zaitun setiap hari mampu memelihara kesihatan jantung. Minyak zaitun boleh diamalkan pada waktu pagi dan malam semasa perut kosong. Selain dari makan, ianya juga boleh dijadikan salad dressing dan juga pelbagai kegunaan luaran seperti masker kecantikan wajah.

Monounsaturated fats dari minyak zaitun mampu memberi kesan baik kepada jantung apabila dijadikan makanan harian dan menggantikan makanan yang tinggi saturated fat dan trans fat kepada minyak zaitun dalam usaha mengurangkan risiko serangan jantung. Ubah tabiat pemakanan anda hari ini kepada yang lebih sihat.

Rujukan:
http://who.int/mediacentre/factsheets/fs310/en/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16136122
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10695923

Lihat Minyak Zaitun “Etra Virgin”