Program CSR Olive House
Masyarakat memainkan peranan yang penting di dalam menyokong usaha Olive House. Sebagai warga korporat yang prihatin, Olive House akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan-golongan yang kurang berkemampuan. Olive House sentiasa komited untuk memenuhi aspirasi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami dengan menyumbang kepada pelbagai pihak yang memerlukan.
Di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat, kami telah memperkenalkan dua lagi sub-jenama aktiviti CSR kami, iaitu Bantuan Aafiyat dan Aafiyat Scholarship. Program yang telah dilancarkan pada tahun 2020 ini bertujuan untuk memberikan impak positif dalam komuniti, meningkatkan kualiti hidup dan hasil sosio-ekonomi bagi masyarakat di seluruh negara.


Fokus & Objektif CSR
Bantuan Aafiyat Ketika Covid-19
Bantuan Aafiyat Ketika COVID-19 BANTUAN AAFIYAT adalah salah satu kempen tanggungjawab sosial korporat Olive House, menyumbang keperluan asas bernilai RM20,000 untuk membantu barisan hadapan dan yang terjejas