fbpx

TERMA DAN SYARAT TIKTOK DANCE CHALLENGE

  1. Kita Semangat Bertenaga Tiktok Challenge (selepas ini dikenali sebagai ‘Program’) ini adalah di anjurkan oleh Aafiyat Marketing Sdn Bhd (No. Syarikat: 201401001447/ 1077520-K) yang beralamat di Level 5 & 6, Ampang Business Centre, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar, Kedah (selepas ini dikenali sebagai ‘Pihak Penganjur’).
  2. Program ini akan berlangsung pada 26 Julai 2024 sehingga 27 Ogos 2024 (selepas ini dikenali sebagai ‘Tempoh Program’). Penyertaan yang diterima selepas daripada tarikh penyertaan atau di luar tempoh penyertaan secara tidak langsung akan dibatalkan serta merta. Pihak Pengajur juga mempunyai hak untuk melanjutkan atau menyingkatkan Tempoh Program tanpa sebarang notis.
  3. Program ini terbuka kepada warganegara atau penduduk bertaraf Permastautin Tetap di Semenanjung Malaysia sahaja dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun  dan ke atas pada tarikh penyertaan peraduan dengan nombor pengenalan diri yang sah seperti yang didaftarkan di (MyKad).
  • Dewasa berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas dengan nombor pengenalan diri yang sah (MyKad) dan/atau
  • Remaja berumur tiga belas (13) hingga tujuh belas (17) tahun dengan pengawasan dan kebenarandaripada ibu bapa atau penjaga yang sah.

    4. Program ini juga terbuka kepada kakitangan Aaafiyat Holding Sdn Bhd dan seluruh anak syarikat termasuk Aafiyat Marketing Sdn Bhd, Country Area Manager (CAM) atau ejen-ejen dari Aafiyat Holding Sdn Bhd dan Ahli keluarga terdekat mereka, dan perserta yang terlibat juga dibenarkan menyertai pertandingan jika mereka adalah  merupakan salah satu daripada ahli keluarga atau kenalan rapat salah seorang juri atau kakitangan pihak penganjur.

    5. Kesemua peserta yang menyertai program ini perlu bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Setiap keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Oleh itu, sebarang tuntutan berkenaan dengantidak akan di layan.

    6. Kesemua peserta hendaklah bersetuju untuk tidak akan melakukan sebarang tuntutan atau tindakan undang-undang terhadap pihak pengajur dalam apa jua keadaan.

    7. Pihak Penganjur berhak untuk menyingkir atau membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap dan diterima di luar Tempoh Peraduan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipersalahkan terhadap sebarang masalah, kelewatan, kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk sekalipun akibat sebarang kegagalan rangkaian dan/atau gangguan visual yang dihantar atau diterima melalui akuan Tiktokeserta yang melanggar mana-mana peraturan, berlaku tidak adil dan/atau menggunakan sebarang tipu helah untuk mendapatkan kelebihan atau kemenangan akan disingkirkan dengan serta merta. Perbuatan mengganggu, menjengkelkan atau mengugut adalah dilarang sama sekali.

B . LANGKAH– LANGKAH PENYERTAAN

  1. Bagi Peserta yang ingin menyertai penyertaan ini, setiap Peserta hendaklah melaksanakan dan melengkapkan kesemua langkah-langkah seperti yang tertera di bawah: –

*Peserta juga perlu ke laman muka https://olivehouse.my/kita-semangat-bertenaga-tiktok- challenge/ di mana peserta perlu UPLOAD dan MENJAWAB kesemua soalan yang terdapat di puatan tersebut

C. TARIKH AKHIR PENYERTAAN

9. Semua penyertaan perlu dimuat naik di Akuan Tiktok pada 26 July 20204 Sah sehingga  27  Ogos 2024. Jam 23:59:59 berikutan (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Malaysia zon waktu (“Tempoh  Peraduan”). Sebarang penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan akan secara automatik. Setiap Peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja.

10.Pihak Penganjur berhak untuk menyingkir atau membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap dan diterima di luar Tempoh Peraduan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan  dipersalahkan terhadap sebarang masalah, kelewatan, kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk sekalipun akibat sebarang kegagalan rangkaian dan/atau gangguan visual yang dihantar atau  diterima melalui akaun Tiktok dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang penggunaan akaun Tiktok tanpa kebenaran yang berkenaan dengan Peraduan ini. Peserta yang melanggar mana-mana  peraturan, mendapat kelebihan yang tidak adil semasa menyertai Peraduan, atau dapatkan status kemenangan melalui tipu helah akan disingkirkan. Perbuatan menganggu, menjengkelkan atau mengugut adalah dilarang sama sekali.

11. Perserta dikehendaki untuk memuat naik video tarian ke akaun TikTok dengan menggunakan #hastag yang diberikan serta memastikan video tarian tersebut berdurasi tidak melebihi 30 saat.

12. Para Peserta bertanggungjawab untuk memastikan lagu dan tarian yang dipilih sesuai dengan tema yang ditetapkan.

13. Peserta perlu memberikan kebenaran kepada Pihak Pengajur untuk menggunakan video tarian bagi tujuan promosi dan penerbitan.
14. Peserta harus memiliki hak cipta untuk muzik yang digunakan dalam video mereka. dan segala bentuk penipuan, termasuk penggunaan bot atau manipulasi juri akan menyebabkan diskualifikasi serta merta.
15. Peserta dikehendaki menunjukkan etika dan perilaku yang baik dalam setiap komunikasi berkaitan dengan pertandingan dan peserta perlu bertanggungjawab untuk memastikan video tarian mereka tidak mengandungi kandungan yang menyalahi undang-undang atau menyinggung perasaan. Penggunaan bahan, kostum yang tidak senonoh atau menyalahi etika adalah tidak dibenarkan.
16. Peserta juga dinasihatkan untuk sentiasa menjaga reputasi dan perwatakan positif serta tidak melakukan tindakan yang akan menjejaskan nama baik dan merugikan Pihak Penganjur.
17. Peserta perlu mengakui dan menerima segala risiko yang berkaitan dengan penyertaan dalam pertandingan ini, Pihak Pengajur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan fizikal atau kerosakkan harta benda semasa penghasilan video. dan perlu memberi kebenaran kepada pihak pengajur untuk menyemak dan menilai video penyertaan secara bebas.
18. Peserta perlu bertanggungjawab untuk memastikan kualiti video mencukupi untuk penilaian yang adil oleh panel juri.
19. Peserta perlu bertanggungjawab untuk menanggung semua kos yang terlibat dalam penyediaan, penghasilan video mereka.
20. Pihak Penganjur berhak untuk menentukan bilangan pemenang tambahan berdasarkan jumlah penyertaan dan kualiti penyertaa

D. PEMILIHAN PEMENANG

  1. Para Peserta yang memenuhi kesemua terma dan syarat pernyertaan (rujuk cara penyertaan) akan disenarai pendek dan dipilih oleh barisan juri atau dikenali sebagai pihak pengajur (selepas ini dikenali sebagai Pemenang) untuk menangi hadiah seperti yang berikut:
  • 1x  Baucar Barangan Gadget
  • 35x Baucar Barangan Sukan
  • 10x Hamper Produk Olive House
  • 30x Olive House Customer Membership
    (FREE 1,000 Points)
  1. Setiap Pemenang hanya berhak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja.
  2. Peserta tidak boleh memohon untuk menukar milik hadiah yang telah dimenangi, menukar hadiah tersebut kepada nilai wang dan lain-lain yang berkaitan untuk apa-apa sebab.
  3. Pihak Penganjur berhak dengan budi bicara mutlak untuk menukar sebarang Hadiah pada nilai yang sama, pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal. Kesemua hadiah yang diberikan adalah dalam bentuk seadanya dan muktamad.
  4. Penghantaran Hadiah akan dibuat tanpa melibatkan sebarang kos penghantaran kepada pemenang. Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Penganjur berhak mengenakan kos penghantaran sebanyak RM100.00 (bagi Semenanjung) atau RM200.00 (bagi Sabah atau Sarawak) terhadap Pemenang yang gagal menerima pada penghantaran pertama.
  5. Hadiah akan dihantar kepada  alamat penghantaran yang diberi oleh Pemenang setelah butiran alamat yang diberikan oleh Pemenang disahkan oleh Pihak Penganjur. Para Pemenang hendaklah memastikan alamat penghantaran yang diberi adalah terkini dan tepat.
  6. Segala risiko yang hadir daripada Hadiah mestilah diambil oleh Pemenang dan Pihak Penganjur dikecualikan daripada segala jaminan atau liabiliti berkaitan Hadiah.
  7. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan dan kelewatan pemenang dalam menerima hadiah.
  8. Pihak Penganjur berhak untuk menentukan tindakan terhadap Hadiah yang tidak ditebus oleh Pemenang

    E. PENGUMUMAN
    PEMENANG
  1. Senarai Pemenang bagi Program Dance Challanges akan diumumkan di media sosial pihak Penganjur iaitu di laman rasmi Fabceook live House HQ (https://www.facebook.com/MalaysiaOliveHouse), dan juga akaun rasmi TikTk Olive House HQ (https://www.tiktok.com/@olivehousehq)
  2. `Pihak Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk menjalankan proses pengesahan terhadap Pemenang yang dipilih dan memenuhi butiran penghantaran Hadiah. Pemenang haruslah bersetuju untuk memberikan semua maklumat yang diperlukan kepada pihak ketiga tersebut untuk memudahkan proses-proses penghantaran hadiah.
  3. Setiap Pemenang akan dihubungi oleh pihak Penganjur melalui aplikasi Whatsapps di nombor “hotline” +60019-4009361 bagi mendapatkan butiran lanjut daripada Pemenang dan membuat pengesahan maklumat yang diterima sebelum memproses penghantaran Hadiah tersebut kepada Pemenang.

Butiran:

3.1 Nama Penuh (berdasarkan Kad Pengenalan)

3.2 No. Kad Pengenalan

3.3 No. Telefon

3.4 Alamat Surat-Menyurat

  1. Jika tiada sebarang maklum balas daripada Pemenang dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Pengumuman Pemenang, Pihak Penganjur berhak membatalkan status kemenangan Pemenang tersebut, atau menarik balik hadiah dan memilih Pemenang baharu. Tiada pampasan (sama ada dalam bentuk tunai atau barangan) akan diberikan sebagai ganti rugi  kepada Pemenang yang tidak memberikan maklum balas

        HAK-HAK PENGANJUR

  1. Pihak Penganjur berhak secara mutlak dalam menentukan atau meminda mana-mana terma dan syarat, atau menggantung atau menamatkan program, serta melakukan apa-apa keputusan atau aktiviti termasuk penyertaan tanpa sebarang notis kepada Peserta pada bila-bila masa dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti terhadap mana-mana pihak. Peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
  2. Segala keputusan Pihak Penganjur berhubung dengan Program ini, termasuk pemilihan Pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana Peserta, dan surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.
  3. Pihak Penganjur tidak akan bertangunggjawab ke atas yang berikut:

    Sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang dialami oleh mana-mana pihak disebabkan oleh sebarang kelewatan dan/atau kegagalan dalam mengisi butiran atau maklumat akibat daripada sebarang ralat rangkaian, komunikasi atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh talian internet semasa mengambil bahagian dalam peraduan Sekiranya berlaku kesilapan, gangguan dan/atau kegagalan tersebut, Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan oleh mana-mana Peserta untuk menyertai Peraduan.

    Sebarang masalah, kerosakan atau kehilangan dalam apa jua bentuk kepada mana-mana Peserta, atau wakil mereka yang diberi kuasa akibat daripada penyertaan mereka dalam Program Kita Semangat Bertenaga Tiktok Challenge ; dan Sebarang ralat, peninggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan talian internet, kecurian, pemusnahan atau akses tanpa kebenaran kepada butiran atau maklumat, yang timbul semasa operasi atau penghantaran akibat daripada fungsi pelayan, virus, pepijat atau sebab lain di luar kawalan.

  1. Peserta juga bersetuju bahawa Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, kecederaan atau kerosakan pada mana-mana gajet Peserta dan/atau pihak ketiga yang berkaitan dengan atau berpunca daripada akses kepada penyertaan dalam Kita Semangat Bertenaga Tiktok Challenge ini, termasuk memainkan, memuat turun apa-apa bahan atau maklumat daripada Laman sesawang yang berkaitan dengan Peraduan ini, penyerahan butiran atau maklumat Program, dan tidak terhad kepada sebarang kehilangan, penangguhan, kegagalan atau kerosakan data atau fungsi lain.
  2. Pihak Penganjur berhak berdasarkan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana perserta yang ditentukannya mengganggu proses penyertaan atau pengendalian Program Kita Semangat Bertenaga Tiktok Challenge, atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat
  3. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Program ini sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak dijangka di luar kawalan Penganjur.
  4. kesemua penyertaan yang dihantar mestilah sesuai untuk diterbitkan ke dalam mana-mana rangkaian sosial awam. Kandungan yang berunsur provokatif atau politik, menyinggung perasaan atau menimbulkan persoalan tidak akan diterima sama sekali. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk membatalkan penyertaan yang mempunyai kandungan yang tidak sesuai.
  5. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Program Kita Semangat Bertenaga Tiktok Challenge ini berserta keputusan Pihak Penganjur.
  6. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memadam atau menambah Terma dan Syarat ini tanpa notis awal pada bila-bila masa dan Peserta akan terikat dengan perubahan
  7. Terma dan Syarat Program Kita Semangat Bertenaga Tiktok Challenge ini disediakan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

NOTIS PRIVASI

  1. Dengan menyertai Program Kita Semangat Bertenaga Tiktok Challenge ini, Peserta telah dianggap bersetuju bagi Pihak Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Pihak Penganjur untuk memproses maklumat peribadi Peserta yang diberikan dalam borang pendaftaran secara atas talian untuk tujuan Program Kita Semangat Bertenaga Tiktok Challenge. Ini termasuk mendedahkan Peserta kepada orang awam sekiranya Peserta menjadi Pemenang dengan menerbitkan nama, gambar dan maklumat peribadi yang lain, tanpa pampasan atau sebarang notis terlebih dahulu, untuk tujuan pengiklanan dan publisiti di dalam apa jua saluran penerbitan. Para Peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan dan tindakan undang-undang terhadap Pihak Penganjur berkaitan penerbitan maklumat mereka.
  2. Pihak Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Pihak Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan menghantar kepada  maklumat pemasaran, promosi atau bahan mengenai produk dan/atau perkhidmatan, produk, menghubungi peserta untuk maklum balas mengenai produk, tinjauan dan sebarang promosi, acara atau peraduan yang dianjurkan oleh Pihak Penganjur..