Peraduan Misi Mendapatkan Sampul Raya ini adalah dianjurkan oleh Aafiyat Marketing Sdn Bhd (selepas ini dikenali sebagai ‘Pihak Pengajur’) yang beralamat di Level 5, Ampang Business Centre, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar, Kedah (selepas ini dikenali sebagai ‘Peraduan Sampul Raya Percuma).
Peraduan Sampul Raya Percuma ini akan dilaksanakan bermula 16 Mac 2024 sehingga 06 April 2024.
Peraduan Sampul Raya Percuma ini adalah terbuka kepada individu warganegara Malaysia (selepas ini dikenali sebagai ‘peserta’) yang
tidak pernah membeli mana-mana produk Olive House,
tidak pernah berdaftar bagi mana-mana program pemasaran Olive House
berumur 18 tahun ke atas pada waktu Program Sampel Percuma bermula.
Sampul raya percuma yang diterima oleh peserta adalah tertakluk kepada stok sedia ada. Setiap peserta berhak untuk menerima hanya satu pek (5 keping) sampul raya sahaja. Penganjur berhak sepenuhnya di dalam pemilihan peserta yang akan menerima sampul raya percuma.
Bagi menerima sampul raya percuma, peserta hendaklah melaksanakan Langkah-langkah berikut:
Membaca terma & syarat dan tanda kotak telah membaca
Tekan butang hantar
Hanya peserta yang mengisi borang pendaftaran sahaja berpeluang mendapat sampul raya percuma.
Hanya borang pendaftaran yang lengkap dan mendapat verifikasi pihak penganjur sahaja akan menerima sampul raya percuma.
Pihak penganjur akan menghubungi peserta bagi membuat pengesahan penerimaan sebelum sampul raya dihantar kepada peserta.
Penghantaran sampul raya percuma akan dihantar tanpa melibatkan sebarang kos kepada pihak peserta.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan dan kelewatan peserta dalam menerima sampul raya percuma semasa proses penghantaran.
Pihak penganjur berhak mengenakan bayaran perkhidmatan penghantaran sebanyak RM14 (semenanjung), RM40 (Sabah/Sarawak) bagi peserta yang ingin mendapatkan sampul raya percuma selepas kegagalan pada penghantaran pertama.
Penganjur berhak untuk menentukan “atau mengubah” segala terma dan syarat serta melakukan apa-apa keputusan, aktiviti termasuk penyertaan tanpa notis kepada peserta “dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap mana-mana pihak”.
Keputusan penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan program ini termasuk pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua peserta, dan surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayani.
NOTIS PRIVASI
Dengan menyertai Peraduan Sampul Raya Percuma ini, peserta adalah dianggap bersetuju bagi penganjur “atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh penganjur” untuk memproses maklumat peribadi peserta yang diberikan dalam borang pendaftaran dalam talian untuk tujuan Peraduan Sampul Raya Percuma. Ini termasuk mendedahkan peserta kepada orang awam sekiranya peserta menjadi pemenang dengan menerbitkan nama,gambar dan maklumat peribadi yang lain, tanpa pampasan atau sebarang notis terlebih dahulu, untuk tujuan pengiklanan dan publisiti di dalam apa jua saluran penerbitan.
Penganjur juga mungkin menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan menghantar kepada peserta maklumat pemasaran dan promosi atau bahan mengenai produk dan/atau perkhidmatan, sampel, menghubungi peserta untuk maklum balas mengenai produk, tinjauan dan sebarang promosi, acara atau praduan yang dianjurkan oleh penganju