TERMA & SYARAT OLIVIE VIRTUAL RUN 2024
1. Program Olivie Virtual Run 2024 (selepas ini dikenali sebagai Program ini) adalah dianjurkan oleh Aafiyat Marketing Sdn Bhd (No. Syarikat: 201401001447) yang beralamat di Level 5 & 6, Ampang Business Centre, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar, Kedah (selepas ini dikenali oleh “Pihak Penganjur”).
2. Program ini akan berlangsung dari 1 September 2024 sehingga 30 September 2024 (selepas ini dikenali sebagai “Tempoh Program”). Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Program secara tidak langsung dibatalkan serta merta. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menyingkatkan atau melanjutkanTempoh Program tanpa sebarang notis.
3. Program ini adalah terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dengan nombor pengenalan diri yang sah (MyKad) dalam Tempoh Program ini termasuk kakitangan Aafiyat Holdings Sdn Bhd, seluruh anak syarikat Aafiyat Marketing Sdn Bhd, Country Area Manager (CAM), ejen-ejen dari Aafiyat Holdings Sdn Bhd dan juga ahli keluarga terdekat mereka (selepas ini dikenali sebagai ‘Peserta’).
4. Dengan menyertai Program ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan keputusan, terma dan syarat Pihak Penganjur. Setiap keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan mengikat, oleh itu sebarang tuntutan berkenaan keputusan tidak akan dilayan.
MENGENAI PROGRAM
5. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.
6. Bagi Program Olivie Virtual Run 2024 ini adalah seperti yang berikut:-
7. Program Olivie Run 2024 ini terbahagi kepada 2 Pakej;-
LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN PROGRAM OLIVIE VIRTUAL RUN 2024
8. Pendaftaran penyertaan Program ini akan dibuka bermula 30 Julai 2024 sehingga 20 Ogos 2024.
9. Kesemua Peserta yang berdaftar bagi Program Olivie Virtual Run 2024 akan melakukan aktiviti yang di pilih di lokasi mereka sendiri sambil merekod masa mereka menggunakan aplikasi STRAVA.
10. Bagi Peserta yang telah mendaftar, setiap Peserta hendaklah melaksanakan dan melengkapkan kesemua langkah seperti yang tertera di bawah
11. Peserta yang menyertai Program Olivie Virtual Run 2024 ini haruslah melengkapkan jarak larian yang telah ditetapkan oleh Pihak Penganjur. Adalah menjadi tanggungjawab Peserta untuk melakukan persiapan dan latihan yang mencukupi untuk melengkapkan jarak larian tersebut.
12. Dengan menyertai Program Olivie Virtual Run 2024 ini, Peserta bersetuju untuk memastikan tahap kesihatan dan kecergasan masing-masing berada dalam keadaan baik untuk menyertai larian tanpa sebarang kesulitan dan bantuan sepanjang Tempoh Program. Jika Peserta berasa ragu-ragu dengan tahap kesihatan sendiri, sila dapatkan nasihat doktor.
MENGENAI CABUTAN BERTUAH
13. Peserta yang membuat pendaftaran berhak untuk menyertai Cabutan Bertuah.
14. Hadiah Cabutan Bertuah yang bernilai sehingga RM3000 terdiri daripada 2 kategori;-
15. Peserta tidak boleh menukar milik hadiah yang telah dimenangi atau menukar hadiah tersebut kepada nilai wang dan lain-lain yang berkaitan untuk apa-apa sebab.
NOTIS PRIVASI
16. Kesemua Peserta bersetuju untuk mematuhi peraturan, keputusan, terma dan syarat yang dibuat oleh Pihak Penganjur.
17. Penyertaan Program ini perlu diisi oleh setiap Peserta melalui pautan https://olivehouse.my/olivie-virtual-run/. Pembayaran yuran penyertaan serta borang penyertaan yang lengkap diisi oleh Peserta merupakan bukti Peserta bersetuju menerima Terma dan Syarat Program.
18. Permohonan kemasukan hanya akan diproses selepas menerima resit bukti pembayaran yang lengkap dari Peserta.
19. Peserta perlu mengambil tahu bahawa berlari merupakan aktiviti yang berat dan akan mengakibatkan keletihan fizikal. Peserta menyertai Program ini atas risiko sendiri dan tidak akan melibatkan Pihak Penganjur untuk sebarang kecederaan, kemalangan, penyakit, kehilangan atau kerosakan peralatan yang digunakan akibat penyertaan program ini. Sepanjang Tempoh Program tersebut, para Peserta akan bertanggungjawab ke atas keselamatan peribadi mereka sendiri termasuk tetapi tidak terhad kepada;-